Wednesday, November 16, 2005

Jap lagi nak meeting ni

Aku dah beli 6 biji center panel dan masih berkira-kira untuk beli beading atau tidak. Projek kedua rumah aku dah bermula insyaALLAH by today diorang akan start hacking lampu dan kipas untuk bagi center dan pasang center panel sekali.. Wiring plak aku tambah lampu kat belakang dapur plus tambah wiring untuk kipas dalam tiga-tiga bilik serta downlight dalam display cabinet aku. Hajat hati nak tambah socket kat tepi tangga sebab nak letak cengal pond kat situ tapi kalau nak suruh hack kat situ point yang paling dekat pun dari dalam bilik bawah. Masak jugak kontraktor tu nanti. Untuk permulaan aku nak touch up syiling dulu. Memang mengikut jadual perancangan aku sebelum ini lepas siapkan syiling aku akan proceed dengan tiles kat porch dan juga simen kat belakang rumah serta membeli beberapa perabot yang masih kurang.

InsyaALLAH by end of Disember akan selesai projek phase 2. Raya kali ni memang mata aku dicuci dengan perubahan hiasan dalaman rumah pakcik-pakcik aku. Rumah baru moklong yang lebih warm dengan plaster ceiling dan downlight (memang idaman moklong nak ada rumah mcam tu. Walaupun apartment tapi nampak cantik ) dengan KC design baru. Rumah baru pak ngah yang dah diubahsuai bahagian dalam dari depan sehingga ke bumbung dan juga ke dapur. Peh memang tak terkejut kalau pak ngah kata dia habis almost 60K untuk interior aje. Gaya Inggeris dengan dome 3 biji dan wall paper Italy bunga timbul serta French windows. Tu kalau buat mcm kotak then tanam bunga tulip or carnition kat French window tu memang lah cantik sangat. Huarggghh mcm banglow idaman ku aje designya.. Tetiba aje projek wallpaper yang phase 3 tu rasa mcm nak drag masuk dalam phase 2 ni (budget ada ke mama budget ciput sangat ) sebab 23hb –27hb ni ada Homdec kat MV. Nanti nak ushar2 jugak kalau lamex ke Goodrich ada buat package untuk master bedroom. Kalau brand lain ada package lagi murah lagilah bagus.



Cerita rumah ni sampai bila-bila pun tak habis. Kat taman aku tu memang lah apa saja renovation patern grill. Konsep rumah masing-masing dengan idea tersendiri.Tak terkejut pun bila sorang jiran tu pasang grill wrought iron seluruh rumah 15K. pehh kaya betul la diorang ni kan…hmm menurut pemerhatian memang kaya-kaya depa ni…pakai kereta pun sakan-sakan belaka. heehh aku ni hah aje yang semput-semput nak buat itu ini. Tu lah yang terpaksa jugak devide projek umah tu phase by phase. Tapi kira ada jugak yang kalau tak de duit tu masuk pun kosong-kosong aje. Ada gak yang masuk taman tak pasang grill modal belum ada lagi lah kot.



Dah lama tak tulis blog jiwang-jiwang. Bila pi blog geng lama-lama huargghh aku sedih bagi pihak kak max..tapi belum sempat lagi hantar takziah pada dia. Kak Max..rindu nak jumpa akak. Last jumpa kat umah siapa ekk kat serdang pastu jumpa semula kat Alor setar masa aku ada bowling tournament sekali ngan kak midad. Mudah-mudahan kak max tabah menghadapi dugaan ALLAH. Harap lepas ni ada rezeki lagi InsyaALLAH. Mat jan hang tak dan nak jadi pak menakan lagi la no…buat sera plak..banyak2 bersabar ye Kisah jenel dan blog ni dah lama wujud dalam hidup aku. Aku start blogging since 98 on and off. Biasalah frust putus cinta bengang off la..pastu bila angin dah ok aku on balik sepanjang 8 tahun aku ada 3 tajuk jenel yang berbeza. Sepanjang menulis blog ramai yang aku dah berkenalan. Hopefully this blog will be the last. Dan geng2 lama ramai yang tak tahu about this new blog. Tapi blog baru tak best sangat pun asyik2 cite pasal rumah boring gak kan…kalau baca blog yang dulu2 boleh nangis dibuatnya.



Penulis blog era awal 2000 ramai kalau nak list kan nama…dengan kemunculan penulis blog yang baru. Aku ni kira antara yang senior terawal dengan kumpulan geng2 penulis blog yang lama-lama. Sekarang ni GJ dah ramai muka baru dah memang aku tak kenal pun. Tapi senonya antara banyak2 tu dah rindu nak jumpa kak max, kak midad, kak aquil (ingat tak kita buat kuih belanda kat melaka)..geng fajar, idzwan, mat jan, lan, spy, tok rimau, elin…anytime bleh jumpa. Cik daun cik easy dan dah tentulah adik yang sorang tu rudy. Rudy bila nak tulis semula mcm kak max hahh…

6 comments:

Anonymous said...

Patutnya semua projek plaster ceiling, downlights, wiring... buat masa awal2 lagi. Benda2 tu messy dan berabuk sangat nanti. Tak sesuai environment tu untuk kids. Lain kali belajar dari yang berpengalaman... dan planning tu paling utama...

Dua sen dari saya..

Anonymous said...

Terima kasih...pendapat anda amat dihargai...kalau banyak duit mcm awak boleh le buat semua serentak sekali kan. Saya pun nak mcm tu

Planning kami setakat 31/12/2005 - tak beli perabot banyak sebab nak settlekan cornice, center panel dan beading.

setakat pasang center panel aje bukan banyak habuk pun just letak gam syiling dan lekatkan aje proses sama mcm kami pasang arc kat pintu dapur haritu. Lagipun phase 1 dulu center panel dan kipas dlm bilik tu tak jatuh as high priority. Mcm ni lah kalau orang yang tak de duit terpaksa plan. Memang ada buat planning kalau tak bila nak raya, bila nak balik kampung dan harini tentu pening sebab duit semua habis sumbat untuk rumah semata-mata..

Buat sikit-sikit ikut kemampuan la katakan. :)...

hmm kalau murah hati boleh pinjam 50K...ingat nak renovate terus dapur tu atas bawah :)

*Tuan Punya Blog*

Anonymous said...

Hehe.. Memang kalau ada banyak duit lagi best nak reno.. Tapi kalau tak banyak duit pun, yang dulu mesti di dulukan..

Tapi saya tak rasa duit tak banyak.. Dari tulisan sebelum ni rasanya rezeki murah jugak kan..

Boleh boleh pinjam 50K, boleh blah... :)

*Saya yang atas tadi, lupa nak include nama*

Anonymous said...

zira...! i miss you too!

Kopi Suam said...

huarghhh lamanya menantikan saat ini kak max...

bila nak mai KL...habaq no kak..nanti saya tinggalkan HP number kat blog akak

Anonymous said...

raya sebulan kan?
slmt hari raya
maaf zahir batin..
:-)