Wednesday, December 07, 2005

Berita Terkini - Gempar Bom di Menara dan HQ

Kecoh kejap kat opis aku ni tadi. Aku tengah ghalit buat kerja tetiba semua orang macam kelam kabut Wan ajak aku turun .”jom akak cepat turun’. Hah turun nak gi mana. Aku masih blur2. En F kata ada bom kat building ni. Lepas tu Fad call. Akak tolong ambik kan purse saya. Saya kat PP. Kat sini kecoh sebab depa kata ada bom. Berbondong-bondong lah kami dari area projek ni turun bawah. Tapi orang lain mcm biasa tak de kelam kabut dan sebagainya. Kami berkumpul di hadapan lobi keadaan tenang dan aktiviti berjalan macam biasa. Hanya kumpulan kami yang masih berkumpul dan selang beberapa minit kumpulan dari south wing plak tiba. Kat luar ada sebuah kereta polis dari unit K9, memang sah sebab ada kete polis. Aku tengok guard dan polis kehulu ke hilir. Dan seekor anjing di bawa naik atas mungkin untuk mengesan setiap floor. Tapi orang lain mundar mandir dan jalan ke sana kemari bagaikan tak sedar apa yang sedang berlaku.

Pastu now dah kecoh yang opis kami kat HQ pun terima ancaman yang sama. Setakat aku mneulis ini jam menunjukan pukul 2.37 petang dan menurut sumber bom akan meletup tepat pada jam 3.00. Bangunan yang di ancam ialah company aku dan juga company tempat projek opis aku ni. Yang aku pelik apasal pihak Menara tak arahkan kami turun. Kenapa depa tak suruh kosongkan bangunan. Kat HQ ketiga-tiga building dah di arah untuk dikosongkan. Yang kami ni siap disuruh menunggu arahan selanjutnya Iskhh ngeri betul aku. Ingat perkara mcm ni benda main-main agaknya. Tapi masa kat lobi aku jumpa sorang polis ni ada ke dia kata kalau naik opis nanti tengok kiri kanan kalau ada something yang mencurigakan call depa kat keselamatan. Jantung aku berdegup gak ni risaukan anak yang ada kat taska di HQ.

Beberapa hari lepas aku agak khuatir bila teringatkan mak dan ayah yang berada di Jakarta. Risau sebab mereka akan ke bali kat sana ancaman bom lagi lah menakutkan. Pulak tu Indonesia sekarang dalam keadaan berjaga-jaga dengan jangkitan selsema burung. Apa-apa pun aku doakan mak ayah dan mak saudara bapa saudara dan cousins aku selamat kat sana dan selamat kembali ke Malaysia

Uishh lagi 15 minit pukul 3.00. Biar aku tunaikan dulu tanggungjawab dan hutang kepada ALLAH. Aku nak solat dulu bagi hati tenteram dan tenang sikit. Manalah tahu apa-apa boleh terjadi bila keadaan macam ni. Mudah-mudahan semuanya selamat. Apasal lah tak bagi arahan untuk meninggalkan bangunan ni segera.

Dulu masa kat UUM aku khuatir kalau kami diserang oleh tentera siam. Sempadan 1km aje dan aku pun pernah sampai kat sempadan masa kami mandi air terjun kat dalam hutan sintok. Uiskkk kalau kena kidnap time tu memang sah terus tak jumpa. Nakal jugak aku ni masa study dulu. Tahu le palapes…tapi aku ni askar kokak aje.

No comments: