Friday, December 09, 2005

Fikir-fikir kan

PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA – DR. HM TUAH ISKANDAR


Seorang isteri mengadu begini kepada saya, “ Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya diluar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yangboleh saya lakukan sekarang?Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya ataumengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebihberat.Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2,anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalahkebahgiaan bersama.Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya. Barangkali diamengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinyauntuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.


Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkalibersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinankedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwinbuat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buatkali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila? Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI’. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahajayang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapatbahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jikabersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia bolehmemberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalaukebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaanyang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?


Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telahmerelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaanyang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dananggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Diaadalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri andauntuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dankebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.


Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantauimaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelahsegalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedarsesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudahterlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telahdipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dektangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburuwalhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja. Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksudsaya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencarirezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jikadia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekuranganuntuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT”.


Demikian juga anda, tatkala anda menyangka pasangan anda tidaklahsehebat mana, anda juga perlu melihat diri dan mencermin wajah. Di situmungkin anda juga dapat melihat beberapa kekurangan yang anda milikiyang selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh pasangan anda. Mengapatidak boleh bertolak-ansur untuk sama-sama membina bahagia. Jangansangka dengan hanya berkahwin anak raja, bahagia akan tiba. Sebabberapa banyak kisah2 istana dahulu kala yang penuh dengan sengketa danporak-peranda.

No comments: