Monday, December 19, 2005

Habis kat sini saja ok..

Hmm kalau you oal nak tahu aku ni mememendam rasa sebenarnya. Hmm tapi apakan daya tak de tempat aku nak melepaskan segalanya. Heehh hubby yang jadi mangsanya. Biasalah aku ni kalau baran2 nak marah semua benda aku lupa marah benda lain tapi tempias pada orang lain. Tapi bab lepas makan tak basuh pinggan mangkuk tu memang aku tak boleh terima sungguh. Aku tak tahulah samada aku ni tersalah tengok ke atau apa. Aku tak nak timbulkan konflik tapi memang tak serasi kalau orang yang tak reti baca fikiran kita. Pertama aku setuju diorang nak tumpang rumah aku. Aku suka malah aku galak kan. Tapi bila jadi bab macam ni hmm aku memang lemah betul. Hunny mungkin betul. Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku nak bagi depa tumpang. Kalau nak jalan bertandang boleh lah tapi kalau nak duduk sekali ya ampun ye. Aku kena berterus terang kalau tak nanti aku yang tension


Bangun pagi kalau aku tak buat breakfast air pun tak tolong nak masak kan. Pagi sabtu ingatkan diorang dah bangun awal. Dengar kelentang-kelentung kat dapur orang tengah menggoreng. Hati aku dah berbunga-bunga baguslah depa dan tolong buat breakfast. Bila aku turun tengok hunny yang tengah masak nasi goreng. Uisshh baranya bila tengok siap boleh bermalas-malas lagi. Oohh tidak. Air pun dia tak buatkan untuk hubbynyer. Bila aku buat breakfast (hunny goreng nasi untuk dia sebelum pi kerja) langsung tak jenguk ke dapur menolong ke apa. Macam mem besar tunggu food siap. Itupun aku panggil suruh tolong buatkan air. Baru nak tolong. Ya ALLAH sabar aje la ada gak orang yang dah kawin camni.


Aku masak aku buat breakfast aku kemas rumah. Depa tukang makan. Aku tak kisah diaorang nak makan. Apa yang ada kita makan sama-sama. Tapi lepas makan pinggan mangkuk pun nak bagi aku basuh. Pinggan mangkuk si suami dan si isteri dua-dua sekali. Pelik betul aku. Come on la. Sabtu malam lepas depa makan dengan tak bertutupnya lauk, dengan tak lap meja dengan tak kemas siap boleh letak elok aje pinggan yang depa dah makan kat sinki. Aku turn bila aku tengok aje aku naik atas hati dah sakit ni, hunny jadi mangsa sebab tu adik dia..heeh heeh. Pastu aku cakap kat deena pi bagitahu Cik kenapa lepas makan tak basuh pinggan. Aku start mengamuk. Aku haruk hunny. Pastu aku dengar ada orang basuh pinggan aku tak tahu siapa si isteri atau si suami. Kalau camni saya tak suka la yang. Aku berang. Dah lah kita sengsorang buat kerja kat dapur memasak. Kawan siap boleh buat dek lepak2 kat tengah umah. Melepak kat depan siap tak jenguk langsung pun apa yang kita tengah buat. Oohh tidak. sah memang korang tak boleh menumpang lama-lama rumah aku macam ni. Parah. Frankly speak ohh jiwa kita tak serasi la. Huarghhh tenson mak you oal tahu tak. Mak ni dah le jenis yang panatang tengok sepah-sepah ni lagi pulak orang lain yang buat. uishh ayu, chombie, Pini tolong aku. Camner nak nasihat orang mcm ni ek.


Hari Isnin lepas depa sampai. Aku kerja tapi hunny cuti sebab selangor cuti. Aku balik kerja ya ALLAH bersepahnya atas meja makan aku. Uishh dah lah kita penat ni…uisshh dengan polesterin yang depa makan tak dibuang. Dengan meja tak lap sisa makanan atas meja kek lah itu lah ini lah. Tau ajelah orang kawa ni kalau berjalan ada aje bekalan sarat baratnya. Lauk tak bertutup Memang sakit mata dan sakit hati. Itulah detik yang aku tahu depa ni memang cincai habis bab berkemas ni.
Semalam Mak dengan ayah tiba dari kampung dalam pukul 11.00. Kira cam nak balas dendam cum mengajar sikit. Aku memang saja tak nak masak. Lantak lah dah lah pagi tu aku goreng mee buat breakfast dia leh buat dek aje. Air pun nak kena mintak tolong buat kan. Lunch tu kami anak beranak makan kat luar. Pandai-pandai le korang masak dan isi perut masing-masing. Geram sebenarnya ingat kita ni siapa. Tapi yang peliknya tak kan lah kat umah dia pun mcm ni. Hmm menantu feveret bagus la. Uissh tak sabar aku dibuatnya macam ni.

4 comments:

Anonymous said...

Rasanya baik berterus terang. Kalau dia org masih belajar, atau baru habis belajar, dan mmg tak dibiasakan atau tak pernah dinasihatkan utk buat kerja2 rumah, atau mungkin dia ada ramai kakak2, jadi tak perasan yg dia kena tolong. Huhuhu saya pun kalau pergi rumah kakak dulu lah, tapi masa tu tak kahwin lagi, tapi dah lama habis belajar, tapi tak perasan yg kena tolong masak ke apa... tapi lepas tu my sisters (akak betul ni) nasihatkan kena tolong masak, even kalau balik ke rumah mak sendiri. Benda2 ni kalau tak diberitahu ada org tak tahu, unless mmg tradisi di rumah mmg dah ada org ajar. So seriously, mmg blh je duduk sekali, sambil cakap, dan beritahu your expectations pada dia, like, lepas makan, kena pastikan makanan bertutup, taknak apa2 masuk dlm makanan, kemas meja makan, bersihkan sink, dan kalau blh tlg memasak ke... seriously, I'm sure, she will accept it openly, insya-Allah. Let me know if you have tried this.

Kopi Suam said...

Hmm dah berterus terang dan tegur biras tu dengan baik. So far ni ada perubahan dan alhamdulillah. Harap-harap dia sedar lah. Lagipun kita kan bekerja, at least kalau dia bantu ada juga kurangnya beban kita ni.

Thank dengan nasihat yang diberikan

*tuan punya blog*

Anonymous said...

sesak nafas juge yer dgn org camni...anyway, kengkadang memang ada jenis org yg tak tau buat keje umah, semua nak kena ketuk baru buat,tapi musykil jugak takkan dah kawin pon tak pandai nak bawak diri...sendiri mau ingat la kan....

Kopi Suam said...

Uissshhh bukan setakat sesak nafas darah pun naik pecut sampai ke kepala..hmm manalah nak tahan kan..kita ni bersusah payah kat dapur. Tunggulah bila dia duduk rumah sendiri nanti tahu le dia rasa macam mana kan.