Friday, December 16, 2005

Tambah koleksi lagi...

Dua hari mama tak update blog. Rabu pagi tu mama datang opis gak. Malam tu mama kena asma the worst part was hari sebelum tu mama tak sempat ke despenseri untuk ambik inhaler. So faham-faham ajelah…malam kejap2 mama terjaga sebab tak boleh bernafas dan kena attack. Tak kritikal but still nyawa-nyawa ikan. So pagi2 sampai opis mama terus gi despenseri. Pergi pam dulu kat sana sebab dah tak tahan. Dekat 20 minit mama menghapuskan saki baki mucus yang menyebabkan paru2 mama rasa tersumbat pastu ambik inhaler dapat balm panas untuk betis dan peha yang sakit teramat dan dapat MC. Kalau depa tak bagi memang mama pun nak minta MC sebabnya fire drill haritu menyebabkan mama kena mucle pull. Uisshh rasa tegangnya urat kaki mcm mama baru abis lumba jalan Big Walk 10KM 3 tahun lepas. At this moment sambil buat kerja tuang sat tulis blog. Tak decide lagi nak pi mana lunch time ni. Hmm rasa macam nak pi shopping baju anak-anak pastu rasa mcm malas pulak. Entah le. Ntah2 end up melepak kat umah moklong baring-baring heeh heehh


Semalam mama balik awal dari addy. On the way back kami singgah beli Mc D untuk deena, Ilman dan bibik. Sampai rumah dah rileks sebab dah beli lauk. Check air kat paip dah ok sikit. 3 hari lepas air macam teh susu. Kotor sungguh nak mandi pun rasa tak sanggup. Semalam dah komplen kat PUAS dan lega bila air dah ok semula. Setengah jam lepas tu addy sampai..belum turun dari motor addy dah sengih-sengih. Mama perhati aje dari daun pintu kaca tembus ke wajah addy yang tengah senyum. Dalam hati mama kata mesti ada apa-apa ni. Lepas tu mama nampak sebuah kereta kancil berhenti depan rumah.


Hmm ada hidden agenda la tu. Addy memang mcm tu kalau ada benda-benda yang camni mesti dia sengih2 aje. Alasan kali ni addy kata belikan untuk deena. Mama tak boleh nak kata apa bila tengok kotak yang mamat tu turunkan dari kereta kancil. Kadang-kadang mama pelik bilalah nak berakhir hobi suamiku yang terchenta ini. Lepas satu-satu koleksinya. Tu lah mama kata nampaknya cabinet kat family hall tu nanti memang kena buat sytle cabinet kat dapur yang siap sekali dengan display cabinet. Boleh le addy displaykan semua koleksi yang dia ada. Tapi tak pe bagus jugak ada hovercraft baru ni. Warna kuning lagi. At least bila main motorboat control tu kat tasik addy boleh main hovercraft dia tu.

Setakat hari ni senarai koleksi permainan RC (remote control) yang addy ada
Helikopter nitro – sebuah
Helikopter kecil RC – 2 buah
Kapal Terbang Nitro – Sebuah
Kapal terbang kecil RC- Sebuah
Minimoto – sebuah
Kereta yokomo petrol – sebuah
Kereta Ferrari – bateri – sebuah
Speedboat – Sebuah
Hovercraft - Sebuah
Robot – Sebuah
Motorsikal ctrl bateri– sebuah


Ada lagi ke yang mama tertinggal. Itu tak masuk beach motor yang addy beli untuk deena. Mama ingat satu hari nanti mama nak susun semua benda2 ni nak snap gambar untuk kenang-kenangan addy di hari tua nya.

No comments: