Friday, January 06, 2006

Hmm ingat kat dia lagi

Balik kampung baru ni jantung aku tersentap kejap dan ingatan aku memang segar bugar terhadap dia. Bukan apa aku bila balik kampung memang le dok terkenang kisah-kisah aku zaman-zaman dulu. Orang tu memang aku tak pernah lupa pun. Sekadar mengimnbau kenangan yang aku dengan dia memang pernah bercinta suatu masa dulu.



Malam tu adik aku balik dari Tesco.”Long tadi kat Tesco aku jumpa dak Tapa”. Aku membisu bila adik aku cakap macam tu. Aku tak bereaksi sebab hunny ada kat meja tengah tengok TV dan aku berbaring di sofa.Hmm hunny tentu jeles bila dengar kisah boifren aku. Dia memang tak suka pun kalau aku sibuk-sibuk nak cerita. Aku buat-buat macam tak dengar nama yang disebut. Sebetulnya bila adik aku sebut aje nama dia hati aku mula tak tenang,.Memang terus terbayang raut wajahnya. Memang tak pernah padam. Kekadang aku pun confius mcm manalah aku nak hilangkan ingatan aku terhadap mamat ni payah dan liat betul dia nak keluar dari kotak fikiran aku ni.”Dia kirim salam kat kau, anak dia dah dua orang satu dah besar 4 tahun.Dia kawin dulu ke dari kita ke? Adik aku tanya lagi. Mana aku tahu dia kawin bila. Dia tak jemput pun aku masa dia kawin, aku tahu memang dia tak nak jemput pun. “Dia pun duduk Taman Peruna jugak tapi dia tinggal kat Peruna 8”. Aku mendiamkan diri lagi. Last sekali aku bersuara. ‘Bini dia ada ke?”. “Ada tapi macam sombong, asyik ajak cepat. Bini dia gemuk, tapi dak Tapa macam tu jugak, hensem kurus.”. Sambung adik aku. Lepas tu aku terus diam. Hmm mungkin lepas ni aku akan terserempak dengan dia sebab umah dia dekat dengan umah baru adik aku. Dah lebih 8 tahun kami tak berjumpa.



Semalam balik kerja lewat sikit. Hari sebelum tu second day Ilman ke taska dapat lagi satu benjol kat kepala dia. Uisshh susah hati penjaga tu sampai kata risau dan nak letak span kat dahi Ilman. Sabar aje lah adik Man ni. Balik keja semalam baru aku perasan tebalnya rashes kat badan anak aku . Ini tak boleh jadi ni. Dari kat leher sampai ke belakang sampai ke bahu semua penuh dnegan bintik-bintik merah. Naik secara tiba-tiba pulak tu. Hari sebelumnya tak ada pun. Risau punya pasal tak tunggu lagi dan-dan tu juga kami bawak Ilman gi kliik. Since tak pernah gi klinik lagi area Sg Chua tu kami redah aje masuk klinik mana-mana. Panel klinik company pun kami tak tahu kat mana. Lepas check dapat 5 jenis ubat makan dan satu jenis krim. Semuanya dibayar pada harga RM45. Setakat pagi tadi selepas makan ubat dan dua kali sapu krim nampaknya dah ada kurang pada rashes tersebut. Risau diabuatnya takut tak sesuai ke dengan sabun. Adik Man pakai Johnson baby milk bath. Doctor kata kalau allergy mesti kena seluruh badan. Ini spot kat leher bahu dan belakang badan aje. Uishh risau aku dibuatnya.



Dan hari ni sebab
http://www.tsunamiwang.com/Azira jugalah mamat yang aku pernah close suatu masa dahulu menghantar email kepada aku semula. Hmm belum kahwin lagi dia.Masih mencari-cari calon yang sesuai. Heehh bila lah gamaknya nak menamatkan zaman bujang tu cik abang. Jangan tunggu lama-lama usia dah makin lanjut



Anyway as at now dah RM120 dalam akaun aku.
http://www.tsunamiwang.com/Azira So tunggu apa lagi. Inilah ilmu yang aku tercari-cari selama ini.

3 comments:

Anonymous said...

kalau tak silap klinik dr burhan kat kajang sederet dgn kfc tu klinik panel tnb

Anonymous said...

minta maaf ye sy nak tanya, adakah anda dah cuba tsunamiwang tu? betul2kah menjadi?

-yang sangat curious-

Anonymous said...

Iye ke ada Klinik Dr Burhan kat situ. Malam tu tak perasan yang nampak aje kami terjah. Tak pe lah lepas ni dah tahu mana nak tuju kalau anak2 demam...

*minta maaf ye sy nak tanya, adakah anda dah cuba tsunamiwang tu? betul2kah menjadi?*
Jawapan: Ya saya telah pun mencuba. Dan saya memang menggalakkan kita semua membeli buku tersebut sebab ilmunya banyak dan berguna.

*Tuan Punya Blog*