Kami balik kampung Muo untuk menyambut Hari raya AidilAdha. Belum terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada korang semua, Hunny yang kena ambik alih semua tugas aku bermula hari Isnin. Pagi tu aku bangun dan tekak aku dah mula rasa perit-perit, Pagi tu MIL minta tolong bawakan dia ke Bukit Gambir (15km dari umah MIL) untuk berbelanja. Lepas ambik Bibik Yam kat Parit Tepi kami berempat ke Bukit Gambir. Hunny dan Ilman tinggal kat rumah. Hantar Bibik ke Klinik ambik ubat, aku mintak ubat sakit tekak tapi awek yang jaga kaunter tu tak nak bagi. Oklah tak pe nanti aku beli woods peppermint atau strepsils. Lepas mak dan bibik beli barang dapur kami singgah pulak Pasar Tani untuk beli sayur pastu singgah plak beli ayam. Tekak aku makin perit. Sepanjang kat kampung hujan memang tak berhenti-henti mencurah. Kain baju aku sebeban yang sejuk siap tersidai di ampaian
Sampai umah, MIL tanya nak masak apa (bila balik kampung aku memang jadi chef bagi chance MIL berehat) aku dalam keadaan separuh tak larat hmm acuh tak acuh jawab tak kisah apa-apa. Aku rasa malas nak masak lauk yang complex sebab MIL ada mentioned suruh masak kari ayam. Batuk aku makin menjadi-jadi. Aku masak simple2 aje. Masak cendawan buat sup, goreng sayur, buat sambal kerang dan goreng ayam.Lepas tu aku terus membatukan diri, batuk-batuk dengan kuatnya kat dalam bilik dan tidur sambil bersandar ke dinding tak sedarkan diri. Aku tak tahu apa yang berlaku pada deena dan Ilman. Dan selepas itu aku sedar2 yang aku diserang asma dengan agak kronik. Aku masih bertahan sebab inhaler ada kat tangan. Walaupun tak berapa jalan at least setiap kali lepas pam memang lah reda sikit.
So kemuncaknya semalam aku yang dah memang tak boleh bangun, tak boleh berjalan ibarat nyawa-nyawa ikan hanya membatukan diri diatas kusyen kat tengah rumah sambil menonton Astro. Zalimkan aku tapi nak buat mcm mana, kalau jalan pun tercungap-cungap macam orang tak cukup nyawa lebih baik aku duduk diam. Dan aku hanya berjalan untuk ke dapur itu pun perlahan macam orang dalam pantang untuk makan, turun bawah untuk sembahyang. Selainnya semua aku serahkan pada hunny. Daripada anak-anak bangun tidur, mandi, cebuk makan buat susu. Semua hunny yang buat. Thank you darling.
Semalam kami balik ke KL keadaan aku masih tidak pulih. Sekarang ni pun belum betul-betul pulih tapi sebab petang ni aku ada meeting penting so aku gagahkan juga kaki ku melangkah ke opis. Hunny drive dalam keadaan jalan yang banyak kenderaan. Dan Ilman yang memberontak sebab nak duduk dengan addy dan akhirnya deena dan Ilman tertidur sampai le kami tiba di Kajang. Angkat barang kemas barang semua hunny yang buat. Dan pagi tadi kain baju yang sebeban masa kat kampung masih lembab siap disidai oleh darlingku. Thank you darling…syok jugak sakit-sakit ni sebab boleh le manja lebih-lebih sikit. Heehh heehhh. Taktik aje tu…

No comments:
Post a Comment