Kelas malam tadi kami belajar lagi hal tentang masalah makmum muwafik. Ini kali ketiga aku belajar pasal makmum muwafik yang ketinggalan dengan imamnya. Alhamdulillah kali ni aku betul2 faham dan Ustazah minta aku tulis semula dalam bahasa Melayu yang mudah difahami. So lepas kelas malam tadi aku bersengkang mata siapkan skrip ni dalam bahasa yang mudah sementara ilmu tu masih fresh dalam kepala
Kitab ini adalah terjemahan kitab dalam bahasa Arab, ditulis dalam tulisan jawi lama dan ditranslatekan kepada bahasa melayu Indonesia. Jadi kalau kita baca kitab ni sendiri tanpa ada guru yang menerangkan maksud yang cuba disampaikan memang kita tak akan faham sama sekali. Sebagai cth bab ni saja aku belajar 3 kali baru aku betul2 faham apa yang dimaksudkan. Lagipun ada banyak perkataan2 arab yang tidak ditranslatekan ke bahasa melayu.
Jadi alang2 aku dah buat untuk ustazah (nak edarkan pada anak2 murid lain) aku rasa elok juga ilmu ini aku kongsikan bersama dengan orang2 yang berminat. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ilmu ini sama2 dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaALLAH
At least kita tahu had dan sempadan kita sebagai makmum muwafik. Tahu syarat wajib makmum muwafik dan InsyaALLAH bila kita jadi makmum kita tak akan ulangi kesilapan kita yang lalu.
PERSOALAN MAKMUM MUWAFIK DAN MASBUK
KITAB MINAYATUL MUSOLLI - Karangan Sheikh Daud bin Abdullah Al-Patani
Muka surat 37 dan 38
Risalah ini dinamakan Albahijatul Mardiah yang menyatakan uzur (dimaafkan) menyalahi makmum daripada Imam. Bismillahhirrahmannirahim – wabihi nastai’in (Dengan Dialah aku meminta pertolongan)
Segala puji bagi ALLAH Tuhan yang menyatakan bagi kita segala pekerjaan yang disuruh (yang wajib) dan menyatakan bagi kita segala pekerjaan yang ditegah (diharamkan) dan diangkatkan daripada kita daripada perkara yang muskilat (yang tidak tahu) dan diangkatkan daripada segala hukum yang kesamaran dan rahmat ALLAH dan salam atas penghulu kita yang mendatangkan akan kita dengan kenyataan yang jelas dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang mempunyai kemuliaan.
Sesetengah dari saudaraku memintaku menterjemahkan beberapa masalah yang diuzurkan (dimaafkan) berkaitan ketinggalan makmum yang muwafik dengan imamnya. Dan juga ketinggalan makmum muwafik yang tiada diuzurkan (dimaafkan) dengan imamnya.
Diterjemahkan di dalam bahasa melayu supaya bermanfaat bagi yang tidak memahami bahasa arab kerana iktikad dengan petunjuk ALLAH. Permasaalahan masbuk dan muwafik hukumnya sama bagi orang awamul muslimin (awam) mahupun khawas (orang-orang beriman/atasan)
Kata Sheikh Azizi
Wahai orang yang menuntut ilmu, Jika ingin mengetahui lebih banyak sesuatu pengetahuan/ilmu afdhal akan dhabitnya (lebih afdhal atau elok jika diingat dan hafal) dengan jazam yang putus (betul2 faham segala hukumnya).
Ada dua jenis makmum iaitu:
Makmum muwafik
Makmum masbuk
Orang muwafik itu ialah mereka yang dapat masa qiam imamnya antara selepas niat imam sehingga sebelum imam membaca 'Iiyaa kanak budu' dan dia berniat makmum, masa yang ia dapat membaca Al-fatihah dengan bacaan pada kelajuan sederhana samaada pada awal rakaatnya atau rakaat lainnya maka perlu ia mengikut hukum makmum muafik iaitu:
- Wajib ia menghabiskan bacaan Al-fatihahnya
- Menanti sunat saktah imam (menyebut Aaaaa serentak dengan imam semasa Amin)
Makmum yang muwafik bagi imamnya pada syarak (imam pada hukum yang berilmu mengetahui hukum2 menjadi iman bukan imam adat) yang diuzurkan (dimaafkan) pada makmum muwafik itu ketinggalan pada imamnya 3 rukun yang panjang. Iaitu 1 rukuk dan 2 sujud. Dan tidak dikira akan rukun yang pendek iaitu iktidal dan duduk antara 2 sujud.
Huraiannya :
Yang diuzurkan/dimaafkan
Makmum muwafik yang sedang menghabiskan bacaan Al-Fatihah maka ia ketinggalan dengan imamnya yang telah sujud maka dia (makmum muwafik) rukuk ketika imam belum memasuki rukun keempat (iaitu samaada imam belum qiam untuk rakaat seterusnya atau imam belum duduk tasyhud akhir) cthnya imam masih sedang sujud atau duduk tahiyat awal, atau duduk istirahah atau sedang dalam keadaan baru nak berdiri dan dia rukuk, maka dapatlah ia akan rakaatnya itu dan hendaklah ia mengerjakan aturan sembahyangnya dengan hukum makmum muwafik sehingga selesai mengikut imamnya.
Tidak diuzurkan /tidak dimaafkan
Makmum muwafik ketika menghabiskan Al-Fatihah ketinggalan ia hingga imamnya masuk pada rukun ke-4 seperti sampai imam pada Qiam yang memadai membaca Fathihah (imam sudah berada dalam keadaan berdiri betul) pada rakaat seterusnya atau kepada duduk memadai untuk membaca tasyhud akhir pada rakaat akhir maka makmum yang tersebut itu luputlah rakatnya. Maka makmun ini yang telah luput rakaatnya disuruh memilih antara dua pekerjaan:
Terus mengikut imam iaitu berhenti membaca Al-Fatihahnya dan dapatkan semula imamnya pada Qiammnya atau terus duduk pada tasyhud akhirnya supaya jangan batal solatnya dan melakukan sembahyang mengikut hukum berimam. Dan selepas imam memberi salam hendaklah ia menambah satu rakaat bagi rakaat yang telah luput tadi.
Niat mufarakah dengan imamnya (berniat meninggalkan imam) iaitu dengan berhenti membaca Fatihah dan berniat (aku tinggalkan imam) lalu sambung semula Fatihah ditempat berhenti sehingga habis dan rakaat itu dibilang sempurna sehingga sujud. Maka ia kerjakan sembahyangnya bersendirian sehingga selesai.
Sekiranya makmum berada ditengah jemaah tidaklah boleh makmum ini memutuskan saf sebaliknya tetap mufarakah namun mensesuaikan pergerakan solatnya dengan solat imam dan jemaah yang lain.
**********************************************************************************
3 comments:
tq zira kerana kongsi ilmu berguna ni... hmm kena baca bebaik untuk lebih difahami ni..
zirap..betul tak pemahaman aku ni: makmum muwafik kena habiskan fatihah selagi imam belum qiam utk rakaat seterusnya atau tahiyat akhir?
sydde,
iye harus fahamkan betul2..
Pijah,
Makmum Muwafik wajib habiskan fatihah then bila dia turun rukuk kena make sure masa dia rukuk tu imam belum qiam utk rakaat seterusnya atau belum duduk tahiyat akhir. Then baru rakaat tu dikira untuk dia...kalau tak tu yang kena pilih anatara dua.
harap2 korang faham le terjemahan aku ni..
Post a Comment