Wednesday, August 25, 2010

Bonus???

Dari mana ni? tanya aku waktu tu kami sama-sama bertembung untuk menunggu lif. Turun bawah check bonus sebab bebudak ni beria kata bonus masuk arini..jawabnya. hmm sungguh teka-teki. Bonus awal2 camni. Aku kata pada dia union baru nak bersidang esok..gaji aje yang masuk dulu bulan ni itu pun gaji masuk besok.Payroll kompom lom run lagi. Dia kelihatan sedikit keciwa.Ura-ura raya kali ni ada interim tapi berapa banyak nak dapat wallahualam...aku tak kisah sangat pun..kalau ada alhamdulillah kalau takde beraya lah dengan apa yang ada sahaja....raya secara sederhana tak payah berlebihan.

Tengah fikir apa kelainan yang aku nak buat untuk raya tahun ni.Lagi plak tahun ni turm raya di Melaka aku sangat gumbira....harap-harap akan menjadi raya yang paling best sebab kalau raya kat Muo habis hilang semua aura hari raya sebab memang tak buat apa pun setakat duduk-duduk and melepak adik beradik..tak de pun konvoi2 ke hape.Kalau raya Melaka tengah malam baru balik rumah berjalan raya...nampak tak perbezaannya.

Gaji memang lom masuk tapi duit raya aku dah spare siap2 sebahagiannya adalah duit dari business aku memang spare bagi bayar zakat sikit. So tadi aku turun dan tadaaa aku dah tukar duit raya yahoo seronok walaupun aura raya lom tiba tapi ramai jugak orang kat bank yang dah tukar duit.Aku rasa geng TM dah gaji kot. InsyaALLAH tahun ini ada duit raya untuk semua makcik-makcik aku, insyaALLAH juga tahun ni bayar zakat lebih sket dari tahun-tahun sebelumnya.

Sudahkah anda membayar zakat?

Orang lain berpusus-pusu membeli belah kat bawah tu..aku hmm tengok aje..kan aku kata aura raya aku tahun ni kureng sket...
Salam Ramadahan...sudah 15 hari Ramadhan berlalu..aku baca tafsir dah juzuk berapa...hmmm masih bertatih lagi..lembap sungguh aku catch up Ramadhan tahun ni...
daaa...

No comments: