Semalam mak called kata poklong masuk hospital. Aku memang merancang nak gi melawat jugak tup-tup tadi mak called kata dah ada kat KL on the way nak gi PPUM nak tengok poklong. Aku pun tumpang sekaki.
Poklong dah makin dimamah usia..aku lihat tangan mak pun dah kerut2 juga di mamah usia. Ku lihat mek tam juga sudah nampak raut2 kedut di wajahnya..Insan2 yang dekat dengan kita yang suatu masa dulu masa kita kecik2 mereka adalah seusia kita..gagah muda perkasa belia..hari ini wajah2 kesayang kita semakin ditelan usia. Apatah lagi makwe yang kini semakin menghampiri usia 90 tahun. Namun makwe masih gagah berjalan walaun pandangannya makin hari semakin kabur.Ya ALLAH panjangkan lah umur ereka dan berikan lah mereka kesiahatan yang sempurna sehingga akhir hayat...amin
Kesian melihat susuk tubuh poklong yang semakin kurus. Kesian juga melihat moklong yang berjawah sugul.Namun wajah poklong nampak ceria dengan kehadiran kami semua. Kali terakhir balik kampung sebelum puasa baru ni keadaan poklong lagi teruk sekurang-kurangnya hari ini beliau sudah mula ada selera untuk makan dan minum dan boleh berlawak pula.
Mungkin aku cuba nak menafikan apa yang aku dengar...kalau tak buat kimo mungkin tak lama..kalau buat kimo boleh bertahan lama sket itu yang busu katakan. Aku kurang setuju kerana kimo sangat sakit walau aku tak pernah laluinya cukup lipatan sejarah mas afzal menjadi sumber rujukan aku. Mampu ke badan poklong yang kurus itu menerima kimo..ya ALALH berikanlah kesihatan yang sempurna kepada bapa saudara ku itu. Amin..Aku harap mereka tak teruskan kimo pada poklong...kalau tak kesian dan siksa.
Mereka semua makin dimamah usia...aku juga akan melalui fasa itu...tak lama malah masa sekarang sangat singkat...
nak balik kg malam ni....yeayyy
1 comment:
arwah nenek sedara angah ada kanser usus. sama la dilemanya dulu, nak kimo ke tidak. akhirnya tak buat sebab kesian takut tak tertanggung sakit kimo tu sebab faktor usia.
semoga poklong cepat sembuh hendaknya.
Post a Comment