Sejak puasa hinggalah dah habis cuti raya hingga lah dah masuk kerja aku masih dalam dunia aku sendiri. Lambat nak catch up sana sini. Cuti terlalu lama jiwa aku hampir sebati dengan ketenangan minda yang optimum kerana tak perlu fikir pasal kerja,sangat bahagia saat itu.
Bila masuk kerja Isnin baru ni mulalah rasa tak cukup tangan tak cukup jiwa nak berfikir, Maklum saja dengan longgokan kerja yang menanti lagi Isninku dimulai dengan meeting with big big big big boss tepat jam 8.00 pagi. Sampai tak sempat nak fikir benda lain. Masuk opis dari pagi sampai petang memang focus sungguh. Even masa tengah cuti haritu pun hati tak tenteram dan jiwa sedikit terganggu bila boss beberapa kali call tanya pasal project status. Sungguh kurang aman jiwa ragaku ketika cuti raya itu.
Namun asalkan namanya cuti itulah saat yang amat membahagiakan. Asalkan namanya tak perlu fikir pasal kerja tak perlu tahu pasal tanggungjawab itu lah saat-saatnya.
Kedai aku dah dua minggu tutup. Customer dah submit order tapi cam aku kata mandrem belum tiba..jadi tunggu yek…hopefully next Monday semuanya akan kembali seperti biasa. Kalau tak buka business hmm tak make profitlah jawabnya…tapi dua hari lepas aku ada make sikit profit RM600 dlm sehari..baru capai 10% target bulan ni…bagi aku rehat dulu la. Lagi 90% tgk lah boleh tak catch up minggu depan. Kalau dapat Alhamdulillah.
Sebagai upah kepada diri yang lambat nak masuk gear lambat nak catch ni..harini aku menghadiahkan diriku dengan dua buah handbag Pierre Cardin..apalah kena dengan aku ni agaknya…Bila aku dah start shopping tak menentu camni itu maknanya jiwaku tengah kacau…tak boleh berfikir dengan waras jadi minggu ni target perabih 1k telah tercapai…aku sangat teruk bila stress.Sungguh mengikut nafsu dan hasutan si Zaalitun syaitan yang menghasut supaya manusia boros.
Tapi shopping perabih duit memang seronok….cumanya jangan amalkan tabiat yang negative seperti ni….kecuali anda memang dari golongan berada…kalau golongan yang tak ada tapi berlagak nak ada-ada jauhilah tabiat ini. Sangatlah merbahaya untuk kesihatan kewangan anda. Tapi yang berada sekali pun asalkan namanya membazir tu jauhi aje la pasal pembaziran itu memang perbuatan yang Zaalitun paling suka sebab dia sudah ada geng.
Nantikan cerita hari raya selepas ini harap2 aku ada extra masa untuk jot down something dalam blogku ini......daaa
1 comment:
makcik kayo..
senang2 jek shopping
Post a Comment