Dah lama aku tak tulis blog. kebelakangan ni aku memang keletihan. Orang kat dalam tu makin membesar tapi malangnya selera makan aku hilang terus. Weekend yang baru ni dua hari aku tak makan...tak boleh makan dan tak mahu terima sebutir nasi pun. Akhirnya aku kelemahan badan pun sakit-sakit dan bisa-bisa. Apa yang aku buat hanyalah minum sahaja sepanjang dua haritu dan petang ahad aku dan hubby ke McD. Aku hanya habiskan separuh dari Mc Chicken yang aku beli. Siksa juga bila dikejutkan dengan morning sickness yang hebat mcm ni. Terasa mcm aku kat Indonesia tempohari.Tak boleh makan tak boleh bau dan yang tak bestnya diserang CB.
Dia kat dalam tu dah masuk 4 bulan. Mudah-mudahan aku mengandung anak lelaki yang sihat yang sempurna sifatnya Amin...pehhh gerenti dia ni kemaruk makan western food aje kerjanya nanti. Perut aku tak nampak pun lagi. Berbeza betul masa mengandungkan kakaknya. Checkup baru ni doctor kata pembesarannya normal. Alhamdulillah. membesar baik2 ye anakku. Mama akan paksa juga untuk makan supaya nanti awak dapat vitamin dan zat yang sepatutnya. Rumah..ntah jadi entah tidak kononya hujung bulan ni dapat surat dan InsyaALLAH pindah awal bulan depan. Aku, hubby dan deendeen masih menanti dengan penuh ketidaksabaran. Lagi dalam keadaan fizikal yang lemah ni semangat nak pindah makin hari makin pudar.
Tadi pergi bayar duit appliances. Total RM2490. So dah settle untuk itu...ada 2 3 benda lagi yang nak kena bayar dan uruskan sebelum nak pindah masuk rumah baru. Manalah janji depa kata nak bayar bonus sebulan gaji ni. kepala aku dah runsing sikit bila budjet dah lari sebab sangkanya bulan lepas bolehlah top up ASB lagi 4k bonus sebulan gaji tu. Tapi tak de pulak.. ASB makin lama makin susut. Apa-apa pun duit emergency mesti kena tinggalkan kat dlm tu paling kurang 10k. Aku belanja sakan untuk masuk rumah baru. Alang-alang menyeluk pekasam tapi bila tengok saving yang makin susut dah bayar itu ini rasa tak tenteram pulak sebab dah terbiasa ada saving rasa secure kalau ada hal emergency. Mcm mana target aku nak simpan 100k dlm masa 3 tahun ni...kena lah pasang strategi balik semula. Berita gembira, unit trust yang aku beli tempohari alhamdulillah dah dapat pun dividennya 20% dari investment. Oklah kira berbaloi jugak aku invest kat Dana Al-Mizan tempohari. Harap-harap lepas ni harganya akan terus naik dan kekal. Ada satu Unit trust KL Securities yang baru dilancarkan minggu lepas. Aku rasa mcm nak beli tapi aku belum ambil lagi brochurenya. Masih 50%-50% lagi ni dan masih memikirkan saki baki duit yang ada. kalau semua duit nak invest nanti kalau emergency mana nak korek ekk..kalau tiba2 rasa nak pergi bercuti mana nak cari duit..Dan yang terbaru Bank Rakyat dah umumkan dividen. 15.5% banayk tu..alhamdulillah aku pun ada investkan kat sini. Boleh le dividen tu nanti aku top upkan duit kitchen cabinet.
Hmm duit ni kalau nak difikirkan makin pening dibuatnya. Harap-harap harga saham akan naik dalam masa 2-3 bulan ni so boleh le aku jual 10 lot unit saham aku tu nanti. Iskhhh sebagai persediaan jika berlaku kecemasan.
Monday, June 14, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment