Saturday, June 26, 2004

Kopi Masam

Dah lama tak update jenel. Bosan lah tak tahu nak cerita apa. Kehidupan berjalan seperti biasa. Seperti hari2 yang sebelumnya...cuma kekadang sedikit tertekan dengan keadaan kerja yang banyak. Hmm biasalah adatlah tu kerja banyak kekadang tu langsung tak de kerja. At least kerja banyak tahu lah apa nak buat kalau tak de kerja tu mati kutu dibuatnya.

IMI makin membesar di depan mata dan makin aktif. Maklumlah nak jadi kakak. IAMI pulak sedang membesar kat dalam perut ni. Harap2 dia membesar dengan sihat dan sempurna sifat. Hari2 berdoa walaupun lately dilanda sintom kemalasan yang tidak terbendung. Ya ALLAH berikan lah aku kekuatan dan ketabahan mengharungi 5 bulan yang agak mencabar nanti. Yang ALLAH berikan aku sedikit kudrat untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMU, sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri dan juga
sebagai seorang ibu.

Hubby mcm biasa kekadang ok kekadang ada angin. Ikut mood jugak. Hidup berumahtangga ni bukan selalunya angin sepoi2 bahasa adakala sesekali ribut melanda. Alah bisa tegal biasa. Aku dah lali dah walaupun kadang kadang kesabaran ku teruji jua. Yang ampunkan dosa saya ok. I love you forever

Prestasi kewangan amat merunsingkan. Bonus yang dijanjikan dua bulan lepas masih tak kunjung tiba. Duit appliance dan lampu dah pun bayar. Hmm bagai mengharapkan bulan jatuh ke riba. Aku masih menanti walaupun tidak menaruh 1001 harapan. Saving dah berhenti setakat bulan ini. Potongan rumah dah bermula ditambah potongan perubatan yang entah bila tahun punya. Mungkin perubatan masa bersalin IMI atau perubatan masa IMI sakit dahulu.. Kalau di jumlah keduanya hampir seribu sama banyak dengan apa yang patut aku simpan setiap bulan.. So no more saving in ASB macam tiap-tiap bulan. rasa janggal pulak sebab selalu bila pergi bayar duit kereta ayah RM444 mesti singgah RHB masukkan duit RM1k dalam ASB.

Sekarang semuanya telah berakhir. Aku rasa mungkin untuk jangka masa yang singkat saja agaknya. Mungkin juga selepas Januari nanti aku dapat menabung semula at least 500/month selepas kenaikan gaji tahunan diumumkan.Tak sabar menatikan saat itu.

Untuk seketika ini aku hanya bergantung kepada simpanan tabung haji secara bulanan dan juga koperasi yang aku potong. Oklah boleh jugak aku ambik kalau terdesak atau emergency. Rasa risau dan berdebar bila saving makin kurang. Pening juga bila hari nak dapat kunci makin dekat. Lepas ni aku kena spend almost 10k of my saving untuk bayar another basic thing yang perlu untuk masuk rumah baru. Hubby tak pasti samada dia bermurah hati nak bantu atau tak dalam bab ni. Sebab kalau duit dia dah ada kat dalam simpanan pantang bagi dia untuk keluarkan. tengoklah macam mana tektik aku memujuk dia nanti. Ya ALLAH lembut dan murahkan hati suamiku dalam urusan ini. harap-harap dapat penyewa rumah sekarang cepat sikit. InsyaALLAH kurang sikit beban kewangan yang aku tanggung. Pindah entah jadi entah tidak. Khabar mengatakan kami hanya akan dapat kunci without CF macam mana lah developer ni. Mesti dia nak elak dari bayar interest kepada kami sebab lewat dari tarikh yang dijanjikan. Aku malas nak fikir lagi. kawan2 pun dah dok sindir sana sini maklumlah heboh sekampung pasal nak pindah rumah baru. kawan2 pun ada yang dah masuk rumah sendiri lebih dari sebulan. Apa nak buat dugaan.

No comments: