Thursday, July 15, 2004

Deen deen mama sayang padamu.

Deen deen kena muntah-muntah dan berak2. Kesian pada anak aku. Menitis jugak airmata melihat badan deen deen yang dah makin susut. Mata yang sedikit cengkung dan leher yang semakin memanjang. Sejak Isnin lepas dia dah mula muntah petang tu aku ambil dia dari taska macam biasa. Lepas aje minum susu separuh botol terus dia muntah di ats seat kereta. Aku berhenti untuk cuci seat dan muntah kat stesyen minyak. Belum pun sempat bau muntah tu hilang dah muntah lagi sekali. Aku rasa berjangkit dari budak2 yang kat taska. Malam tu kami memang tak boleh tidur. Apa yang deen deen minmum dia akan muntahkan semula. Melepek anak aku.

Esok pagi aku gagah jugak untuk hantar deen deen ke taska tapi sebelum tu aku singgah ke klinik untuk check tentang muntah2 yang anak aku alami. Sampai despensari kak zaini terus pas kes deen deen pada doktor. Doktor pun tak cakap banyak terus suruh ambil GL dan terus ke Emergency Pantai Medical Center. Sampai PMC pagi tu.Doktor tu check pun mcm ala kadar. Dia ingat muntah2 dan berak2 ni mcm kita kena cirit birit biasa. Lepas ambil darah dan masukkan air I paint terus aje dia suruh kami balik. Aku bengang la sebab rasa tak setimpal rawatan yang anak aku dapat dengan sakit yang ditanggung ubat dapat dua jenis satu tahan muntah satu lagi antibiotik.

Balik rumah aku yang bertungkus lumus melayan kerenah deen deen.Anak aku dah tak bermaya dengan perut yang kosong lagi. Setiap 5-10 minit asyik tukar diapers aje kerjanya. Muntah dan berak berlarutan sampai hari rabu. So aku cuti selasa dan rabu and darling un cuti hari rabu melayan kerenah anaknya.

Harini aku hantar deen deen ke taska sebab rasa condition dia sedikit ok compare dua hari lepas. Lagipun aku dah cuti dua hari dan boss aku memang dah inform nak cuti hari ni.. Aiman salah seorang budak kat kelas yang kena muntah2 sama cam deen deen juga dah masuk semula. Deen deen still tak lalu nak makan tapi kat taska donut yang aku beli dalam perjalanan tadi dia cuba untuk telan perlahan-lahan walaupun payah. tengahari aku jenguk deen kat taska risau dengan conditionnya.Setakat tengahari dia dah berak dua kali dan muntah kali kedua atas pangku aku selepas aku bagi dia minum 100 plus.

Ya ALLAH sembuhkan lah anakku dengan segera. Tak sanggup rasanya tengok anak sebesar itu menderita bila tengok deen deen yang melepek dan tak aktif airmata aku mengalir sedih la.. Terfikir jugak kalau ALLAH sudi bagi kemudarat tu pada aku tak apa aku sanggup terimanya asalkan anak aku kembali ceria. Amin




No comments: