Thursday, July 08, 2004

GL oh GL

Aku sedikit upset dengan pekeliling baru TNB (pekeliling 2003 tapi aku baru sedar sebab baru dapat senarai perubatan yang aku kena bayar) yang membuatkan kami staff terpaksa tanggung 50% of any perubatan yang kami perolehi. Now no more 100% covered by TNB. Ingat sikit mama. Uhhh pening jugak sebab privilege dah kena tarik.



Aku tahu kekadang segelintir staff yang suka ambil kesempatan orang2 mcm aku yang tak berdosa ni menjadi mangsa keadaan. TNB menanggung kos perubatan staff yang sgt tinggi. maklumlah sakit sikit jumpa speacialist, demam sikit masuk hospital lepas tu warded kat hospital yang kelas2 gitu. mana taknya. Itulah akibat kalau menyalah gunakan kemudahan yang syarikat bagi. tapi aku bengang sebab aku kena banyar almost RM1200 masa bersalinkan deen deen. Huaaa ingatkan bersalin fully covered by TNB. Anyway got something to check dengan list yang aku dapat sebab my kelayakan is 2k tapi TNB just potong 1k mesti ada culcalation yang aku tak faham. Makcik bahagian kebajikan/kesihatan tu plak takde sejak 2 minggu lepas. Pastu dia sorang pulak yang buat kerja ni. Susah juga sebab 1k tu kira banyak lah jugak. Dah le buat potongan gaji aku.



Semalam pergi check up dapat Jumpa IAM tapi belum nampak sgt...hmmm rindu dengan anak mama. kakak makin besar dan makin pandai. Cumanya belum boleh bercakap bahasa yang betul tapi kalau cakap bahasa jerman memang teror. Pasal GL..Tu lah tak nak dengar nasihat En. Jo suruh mintak Dr panel keluarkan GL. Konon kerek ambil lagi GL dari despensari. Hmm lepas ni memang aku ambik GL direct dari panel jawabnya atau pun cara mudah buat check up kat Klinik biasa. Kalau kat Dr Nora tu chargesnya tinggi nanti mama jugak yang bayar. Since tahu nak kena bayar banyak mama bersalin kat hospital kerajaan aje lah dik. Boleh ke...kesian kat adik sebab kakak dulu bersalin kat PMC. heehhh belum decide lagi tapi rasanya mcm tak sanggup bersalin kat hospital kerajaan bila memikirkan layanan yang bakal diterima nanti. Time tu kan memang tengah sakit gila ALLAH sahaja yang tahu...



Biarlah masa menentukan. Aku dah masuk 5 bulan sekarang...alhamdulillah semua dah kembali normal. Kesihatan dan kekuatan fizikal pun dah kembali normal. Tapi kemalasan masih belum dapat ditandingi lagi. Wallhualam. Aku hanya berdoa semoga AIM sihat sempurna sifat fizikal dan mental dan dapat dilahirkan dengan selamat. Biasalah Doa aku semoga anak aku tu cerdik, pandai, pintar, bijak beriman senang nak jaga dari kecil sampai dewasa, Boleh doakan untuk ibu bapanya bila kami dah tiada, boleh jadi pemimpin keluarga, agama bangsa dan negara, semua yang baik2 aku doakan untuk dia mcm kakaknya dahulu amin.



Oklah tiada yang menarik kat opis tapi aku rasa lebih bersemangat untuk kerja selepas mendapat mandat dari boss baru.



No comments: