Wednesday, August 18, 2004

Rejab kembali lagi

Huhh bosan tahap cipan. Doing nothing - nak masuk DR Server ingat kan
nak create new themes tapi tak de mood pulak. esok masih ada. Biasalah
mama suka buat kerja last minit. Gambar baru dah download kat fotopages.
Uhhh nak pergi ke tak nak ni. Rasa mcm nak pergi MV grab baju batik yang
dah berkenan untuk daddy. Lagi haritu dok telek baju tu..tapi hati cam
berbelah bagi nak beli ke tak...beli aje lah kot nanti daddy boleh pakai
masa wedding fadzhil 5/9/2004. Ada 15 minit lagi sblm lunch hour. kena
buat decision sekarang mama. Nak pergi ke tak nak ni.



Best lah ada fotopages ni rasa seronok nak ambil gambar dan simpan kat
internet. Voucer free 200 keping tu tak tahu nak cuci gambar yang mana.
Mungkin boleh cuci gambar masa bersalin nanti. Lambat lagi nov 2004
InsyaALLAH. Tadi called pemaju Taman Sutera rasa frust la dngan
developer ni. Hmm bila tak gamaknya nak dapat kunci rumah ni. Tak sabar
rasanya. Ntah sempat ntah tidak nak pindah before puasa. Kalau sempat
pun sorry this year tak de open house lagi ok. raya tahun ni mama tengah
tak larat ntah2 dah bersalin masa raya. Ntah-ntah cuti raya tu terus
sambung then terbesalin kat Melaka. this year turn raya kat
Melaka...yahuuuu....seronoknya. Oppss ye tak ye jugak kan..balik raya
nanti kena bawak balik sakali semua urat2 doktor dan gynea...in case of
emergency ke...fehhhh jangan lupa tu mama...



break lunch time



Kan dah kata dalam 50-50 tu akhirnya mama berjaya jugak menjejak kaki
ke MV bersendirian sambil perlahan-lahan mengatur langkah..mama sekarang
jalan kalah anak dara perempuan melayu terakhir..punyalah
perlahan..takleh jalan laju-laju...terus aje mama ke lokasi yang telah
di scan dari awal then terus grab baju batik daddy tu tanpa fikir
panjang. Then makan shakey's alamak this is the third time mama makan
shakey's bulan ni. Uhhh laa laa..patutlah rasa mcm aikk baru semalam
draw duit dah kempis dah wallet ni tak boleh jadi mcm ni nampaknya
kemaruk berbelanja mama ni makin tinggi selepas IAM masuk 6 bulan.
harap-harap anak mama nanti jangan le boros mcm mama ok iskkhh parah
mama ni asyik shopping, makan dan tambah hutang aje kerja mama
semenjak dua ni.



Bulan Rejab dah masuk hari kedua. Kenapa mama tak perasan dan tak sedar
kehadiran Rejab yang mulia ni. (malunya bila mama hanya tersedar Rejab
dah kembali lepas baca email dari Ani YaALLAH lekanya aku ni ) iskhhh
mama betul-betul leka sekarang ni kan. Iskhhh kenapa mama. InsyaALLAH
jika diizinkan esok mama nak puasa sunat Rejab. tengoklah berapa hari
mama berjaya puasa dalam bulan ni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan
dari ALLAH dan sentiasa dimurahkan rezeki. Lagipun boleh mama ganti
puasa tahun lepas sekali. Sementara tengah larat ni baiklah mama buat
mana-mana perkara yang wajib dahulu





No comments: