uhhh...tak sabar rasanya nak tunggu IAM keluar dari perut mama ni. Dalam kepala mama ni dah banyak rancangan bercuti yang mama dah plan kan. lagi pulak Air Asia tengah buat promotion gila-gila maklumlah nak bersaing dengan MAS yang cuba nak bagi tambang murah. Next destination InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih selain nak pergi Umrah kami sekeluarga merancang ke negeri terakhir dalam Malaysia yang belum kami ( = Mama) lawati iaitu Kuching Sarawak, then ke Trengganu berkampung kat rumah Makngah Nor then terus ke mana-mana pulau berhampiran kat Trengganu tu. Uiisshh semua ni perlukan perancangan yang teliti dan baik. Bukan main plan aje semua nak kena cater. Maklumlah kalau tak plan betul-betul sedikit sebanyak mengugat jugak kedudukan kewangan mama dan perancangan kewangan untuk anak-anak yang berdua ni.(Mudah-mudahan murah rezeki mama, daddy,IMI dan IAM). Tapi tu semua plan tahun depan after IAM lahir dan agak besar sedikit - rasanya semuanya berlaku after IAM 6 bulan ke atas. Kakak dulu first time naik flight masa berumur 7 bulan. Masa tu kami pergi bercuti di Langkawi. Then masa kakak genap setahun kami bercuti ke KK. mama rindu nak pergi bercuti. Kali terakhir mama bercuti ialah ke Indonesia bulan April yang lalu tapi itu pun dalam keadaan mabuk dan morning sickness yang teruk akibat penangan IAM. Lepas Indon mama pregnant then semua rancangan bercuti kat PD ke Cameron yang mama rancangkan pada petengahan dan akhir tahu terpaksalah mama tangguh dan tunda dahulu pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak..
I miss swimming very much. Rindu nak buat aktiviti lasak. Ahad tu masa gi putrajaya tengok aje orang-orang berkayak kat situ - (pehh dalam hati meronta sebenarnya nak berkayak). Hmm kalau ikut kan hati rasanya nak aje berkayak kat tengah tasik tu tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan sekarang tu yang tak sabar tu.Dua hari lepas excited sangat pakaikan deen deen swimming suit yang mama beli. Rindunya nak swim sekarang ni. Dah tak tahan nak menjejakkan kaki kat dalam swimming pool sambil diving dan berenang free style, back stroke pehhhh maklumlah mama ni memang hantu air dan memang suka berenang, Dalam keadaan boyot mcm ni macam mana lah mama nak berenang Nak sarung swimming suit pun mesti terbojol perut. Swimming suit mama kat dalam almari tu dah berabuk dah lama sgt tak pakai. Swimming suit tu mama beli 4 tahun yang lalu masa duduk kat Avant court. Kat kondo tu kolam renangnya tak lah besar sangat tapi cukuplah sekadar melepas rasa ketagih mama untuk swimming. Peh rasanya dah boleh dah buat bajet dan pelan percutian 2005. Semalam MC...dua tiga hari ni sakit kepala dan kalau bangun pagi tangan dan jari jemari jadi sembab. Uishh risau jugak. Kalau keadaan mcm ni rasa tak sabar pulak nak pergi next check up kat KPMC. Hopefully orang kat dalam tu sihat dan membesar dengan sempurna amin.
Deen deen dah ada fotopages baru. So kalau nak tengok gambar terbaru kami sekeluarga jom lah tengok kami di:
http://deenasarah.fotopages.com
Ada banyak aksi dan gambar menarik yang mama ambil dengan kamera digital baru kami...
Tuesday, August 17, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment