Esok last day training, seronoknya sebab rasa macam dah rindu sangat dengan opis. Harap-harap PC aku yang kong haritu dah di baiki oleh geng CFS. 4 hari kat MV lunch time memang aku and the gengs yang training sekali tak mensia-siakan peluang yang ada. Instead of makan-makan kat situ kami pun window shopping gak.Anyway sebab gaji pun tak masuk lagi aku punyalah control diri ini dari bershopping sakan lagipun al-maklum lah nak control kad kredit ni.. :) Jusco kan tengah sales gila-gila. Alhamdulillah setakat hari ni nafsu shopping masih terkawal cuma nafsu makan aje yang masih tak dapat nak control sampai sekarang. (Tengahari tadi beli apple danish dah makan tu terasa nak makan something yang masin plak so mama beli chicken wing dengan udang goreng dengan bawang kat Jusco yummmyyy. Lunch tadi ingatkan nak ambik brochure baru carrefoure tapi depa tak kasi. Ceh esok start new bargain kat carrfoure so hopefully by this evening adalah brochure tu kat dalam peti surat kat rumah nanti. Kalau ada pamplet tu senang sikit nak plan benda yang nak beli.
Malam tadi deena dengan bahagianya sambil landing2 atas perut daddy (masa tu kami bertiga tengah lepak menonton tv) menyanyi sakan. Kelakar pulak tengok gelagat deena ni. First time tengok dia menyanyi dalam bahasa dia sendiri aku rasa terpegun dan rasa mcm iskhh macam orang besar aje anak aku ni. Beria aje dia menyanyi, kuat plak tu tapi aku ngan hunny memang lah kami tak faham apa bijik butir yang dilagukan.. Aku tengok hunny pun macam terpegun melihat gelagat anak kesayangan dia tu. Kira mcm kami berdua terdiam lah bila dengar deena menyanyi dnegan beria tu. deena deena kejap betul dah besar anak mama ni. Malangnya masa dia tengah leka menyanyi tu mama tak sempat plak nak snap gambar dia. Biasalah mama ni kalau dah terlanding kat sofa tu memang payah le sikit nak bangun lagi plak perut memang full aje sekarang ni...kalau dah duduk nak bangun memang lah payah. Anak kecil yang sebaya dengan deena ni memang tengah seronok dibuat main. Sebab apa yang kita cakap dia dah mula faham. Then deena plak memang jenis yang cepat belajar benda baru. Apa aje gaya kita dia akan tiru. Apa yang kita ajar dia cepat tangkap. Seronok dan memang kelakar la.. sometimes spontan mama tanya itu dan ini dan tak jangka dia akan react seperti yang kita nak walaupun mama atau daddy belum ajar lagi perkara tersebut. Then masa ni dah dah faham something yang kita larang atau marah dia so tak boleh nak marah dan tinggi suara sikit mulalah menangis. Tapi kakak ni mama tengok uisshh boleh tahan jugak keras hatinya. Kecik-kecik lagi dah nampak taringnya. Now yang lebih seronok deena dah tahu dah dalam perut mama ada baby sebab bila mama kata kakak sayang baby nanti dia pun letak lah kepala dia kat perut kita. Bestttt...kalau gi jalan-jalan pantang nampak stroller anak orang mesti nak kejor..nak tengok baby tu yang payah tu....
4 comments:
Yeah, dpt jumpa balik your blog. I have been wondering where have you been, and how have you been. What has happened to your daughter, as she was born only 1 and 1/2 months more or less earlier than mine... great... Wah dah nak masuk rumah baru dah... banyak betul simpanan yeak... Apa tips kumpul duit banyak cam tu yea? Simple side business? And you're expecting the 2nd one? So, you conceived the second one when Deena turn 1? And Deena, makin slim... and she wasn't that big baby anyway, when she was still baby... ok... take care.
:)
Laa laaa laaa..siapa ni...pecah-pecah kepala dok pk koleksi kawan-kawan jenel atau orang yang selau keluar masuk jenel kita dulu...
heehhh selamat bertemu kembali...
hah mama, jaga, deena nak jadi pengganti CT kot tu nanti. Untie Lyn doakan Deena & 'Baby' akan jadi anak yg bijak dan membahagiakan ibubapanya selalu. Peluk cium utk Deena!
Lynn rasanya deena ni suka nyanyi pasal masa pregnant dia akak memang gila karaoke..hmm akak memnag minat menyanyi pun...
cuma hopefully tak payah le deena dah besar jadi penyanyi...harap-harap dapat jadi Doctoir ke Austronut ke.. hehh :)
Post a Comment