Oh no rasa tak tahan sangat, pinggang aku sakit gila...rasa tak selesa sungguh duduk dalam kelas hari ni. Macam cacing kepanasan aku kejap gerak kiri kejap gerak kanan kejap sandar kejap ke depan tak selesa sungguh. Anyway dalam keadaan tak selesa tu lunch time tadi sempat juga berwindow shopping sebab ada pameran INDO ASIA kat MIVEC. Ikutkan hati mati ikut kan rasa binasa...dalam tak ikut hati dan tak ikut rasa tu nafsu membeli menguasai juga. End up aku masuk semula kelas dengan sebuah plastik besar mengandungi dua buah table lamp yang aku beli pada harga less 50%. Worth it la tu kan :). Memang plan nak beli table lamp tu. Tengok kat Syarikat Suria kat Chow Kit (menjual barang perhiasan rumah secara borong mcm ayat gantung kat dinding hiasan bunga, frame cermin dsb memang murah gila kedai ni) haritu satu lampu tu aje dah RM40 yang ni dua RM40 ok lah kan. At least mama dah jimat RM40.. (kalau daddy tahu mesti kena marah). Kelebihan lampu yang mama beli ni ialah Spanish design dengan 3 kemalapan secara sentuhan. cangggih gila. First touch tu blur aje cahayanya, second touch dim third touch baru terang gila...
Pameran tu memang betul-betul mencabar mama. nasib baik tak grab bunga kayu, Pua kumbu dan juga kartun hiasan dari Thailand tu. Tu pun dok memujuk-mujuk hati ini yang benda-benda tu semua tak penting dan akan menyemakkan rumah aje nanti. Paling teruja dengan perabot-perabot jati yang memang halus buatan nya memang dibawa khas dari Indonesia. Tapi rasanya harga perabot2 tu mahal gila. Mama ushar medicine box dari kayu jati tu. Harganya pun agak reasonable nasib baik tak beli tadi. Uisshh selamat duit mama. uishhhh..uishhh..lega kalau tak boleh habis rM200 yang tinggal serdak2 dlam wallet ni. Habis tengok pameran terus gi Carrefore tapi tak beli apa pun.(Offer kali ni tak de yang menarik) Beli sushi sikit pastu beli dunkin' Donuts sebab rasa teringin nak makan then gi solat terus masuk kelas semula.
Kalau ikut perkiraan aku sekarang dah masuk 30 minggu lebih. Next check up will be on 4th Oct 2004. Tapi perut aku dah sendat gila rasa mcm dah cukup bulan. Early stage haritu semua orang dok bising perut tak nampak...bila masuk aje 6 bulan fehh mendadak sekali pembesaran perut ni. sekarang baru 7 bulan lebih almost 8 tapi rasanya perut sekarang ni lebih besar compare dengan masa pregnant deena dulu event masa dah nak bersalin dulu pun tak sebesar ni. Just hope MIA kat dalam tu tak lah besar sangat.Kalau tak nanti jenuhnya mama nak bersalin dik ooiiii...Kakak dulu masa keluar 3.02kg tak lah besar sgt hopefully MIA pun saiz2 tu lah jugak..now ni jalan pun rasa tak larat...hehhh memang jalan gaya-gaya pompuan mengandung.Nak katakan mama kuat makan masa pregnant kali ni tak juga.
Hmm ikutkan condition harini rasanya mcm nak MC aje esok. tengok lah mcm mana keadaan esok kalau larat gi lah opis kalau tak amik mc dok rumah melayan deena...
No comments:
Post a Comment