Aku MC dua hari. Actually Isnin tu pun memang dah tak larat.sebab sakit pinggang Memang asalnya pagi tu nak Mc tapi sebab teammates semua tak ada jadi korban lah sikit. Duduk juga kat opis dalam keadaan yang tak selesa tu lagipun ada banyak pulak request untuk tambah new KPI dalam portal hari tu. Isnin malam kesakitan yang memang aku tak inginkan menjelma kembali. Setiap kali pregnant sakit ni memang lah yang paling aku takuti. Sebab kalau aku kena sakit ni aku tak boleh berdiri apatah lagi nak berjalan. Tuhan aje yang tahu macam mana rasanya bila segala urat terasa bisa dari bahagian pinggang ke pungkok. Segala pergerakan akan dituruti rasa kesakitan yang amat sangat. Tak boleh pusing kiri dan kanan. Dan just imagine bila nak jalan aku terpaksa membongkok sebab urat aku rasa begitu tegang dan sakit. Ntah tak boleh nak ceritakan macam mana rasa kesakitan yang aku tanggung. Nak ke toilet terpaksa berpapah dengan kerusi. Siksa betul. So Selasa pagi hunny temankan ke Klinik dan aku dapat MC dua hari. Menurut doctor baby sekarang dan nak turun (Aku dah masuk 8 bulan)..so bila nak turun tu terpaksalah dia menolak tulang pelvis sebab nak bagi ruang untuk dia bergerak. Penolakan tulang tu menyebabkan segala urat2 di kawasan berhampiran turut tertolak. Aduh sakit beb. Dua hari aku duduk rumah dan terbaring aje kat atas sofa sambil melayan kerenah deena sarah yang macam-macam tu. Ushh jenuh juga sebab pergerakan aku terbatas jadi the best way nak control deena masuk kan buaian dan bagi dia tidur puas-puas. Petang bila daddy dia dah balik aku rasa lega sangat-sangat. Dalam keadaan sekarang ni memang dah tak sabar rasanya nak bersalin. Padahal 7 bulan yang dah berlalu aku boleh sabar tapi sebulan lebih yang akan muncul dalam sekelip mata ni wallhualam. Sebenarnya pregnant kali ni terasa mcm sekejap sangat. Tahu-tahu dan nak bersalin dah pun. Bersalin kali ni jadi agenda yang paling penting for this year (sebab ada 2-3 agenda yang berlaku serentak end of this year) so for bulan puasa aku pun tak fikir lagi cara mcm mana nak handle kedatangan Ramadhan Cuma ya ALLAH bagilah aku kekuatan untuk berpuasa dan at least kalau tak dapat buat penuh pun rongak-rongak pun jadi lah. Sekurang-kurangnya 20 hari kalau dapat tu pun dah kira ok kan. Tak larat rasanya nak menggantikan puasa yang banyak tu nanti. Lagi satu ya ALLAH berilah aku kekuatan dan kerajinan untuk melipat gandakan ibadat dalam bulan Ramadhan yang mulia tu nanti.. Aku berharap sangat dapat buat terawih sebab sekarang ni pun aku bersolat secara duduk. Semoga aku sihat dan kuat masa bulan Ramadhan nanti amin…
Aku sedikit buntu dan tertekan sebenarnya. Tak tahu lah kenapa mungkin sebab ada dua tiga masalah yang melanda dalam masa beberapa hari ini. Atau sebab aku pregnant then aku tend to be more sensetive agaknya. Dalam waktu-waktu mcm ni rasa mcm osong sekali jiwa aku. “Hunny” aku memang tak mengharapkan sangat dia bila masuk bab-bab jiwa, sentimental dan sensitivity ni, dia pun tak dapat membantu sebab dia pun punca salah satu problem yang ada. Hmmm rasa saat-saat mcm ni kalau dapat duduk atas sejadah sambil berdoa dan mengalirkan air mata minta ampun segala dosa mesti legakan….I really miss that…
2 comments:
kak zira..betul tuh..kalau dpt menitis air mata bila di sejadah rasa lega kan lepas tuh...sejak dah beranak pinak nih bukan nak kata rasa mmg terlalu pack, bila peluang mcm tuh dtg rasa nikmatnya alhamudlillah yg sgt!
guoweigang If you're still not convinced pandora charms 2010 with what the footage tell you, ask an objective opinion from your friend or from a member of buy pandora charm your family. Encourage them to go to your booth and ask them for some feedback or suggestions. In this way, you'll be able to procure fresh and Pandora beads unbiased criticisms from your display that you haven't spotted all the while. Think of the possible ways to get fresh ideas which will help you update your jewelry displays more effectively to draw in Pandora beads 2010 more patrons. Think about your layout, are all of your jewelry designs just put on the table, try separate each different style so that the stand out more . Having your cameos mixed pandora beads charms up with your teenage jewelry designs wont highlight either of them and you might lose sales. Grab the chance to take some ideas on eye-catching displays from other craft booths however be pandora beads sale certain to ask for authorization first. Know the reason why other booths attract more purchasers. Study all the photos you have taken and try to determine the interesting features of each booth cheap pandora beads that yours does not have.
Post a Comment