Tadi naik kejap ke tingkat 36 untuk submit claim dan bayar hp bil. Geram jugak bila dapat tahu yang hp bil sekarang kena bayar sendiri then baru boleh claim. Lecehnya prosedur mcm ni sebab tak de CA atau email yang inform tentang perkara ni (Selama ni aku hanya bayar personal call aje kat depa and the rest kerani yang uruskan so aku tak perlu bother pasal nak beratur bayar bil pasal nak kena kuokan dulu duit sendiri sebabnya yuran bulanan celcom tu tinggi RM68 heehh orang lagi nak avoid cost-cost yang tak patut mcm ni NÂ). Agaknya tak lama lagi all the kemudahan yang kami dapat ni akan dimansuhkan .cepat mama think..think think apa lagi yang mama belum claim. Claim new hp yang aku submit bulan 4 yang lepas masih tak lepas lagi. After this nak kena check briefcase pulak sebab lupa kali terakhir claim briefcase RM 500 sekali banyak tu sebelum semuanya terkubur dan menjadi sejarah baik lah aku gunakan kemudahan yang ada. Someday benda-benda ni semua memang akan dilupuskan believe it with the new dato ceo punya style dan pemikiran (sorry to say akauntan agaknya memang particular sgt yek pasal duit ni) if possible he wants to cut down setiap kos yang dia rasa tak perlu (but for us huarrggghhhh itu satu kerugian sudah semestinya .setiap kemudahan yang disediakan oleh syarikat kini akan ditarik semula. Maka jadilah company aku non walfare company pulak lepas ni after sekian lama this company memang dikenali malah dicop sebagai walfare company yang sgt menjaga kebajikan para pekerjanya)
Huhh jangan dia tarik semua sekali mcm mileage claim pergi training, all the claim untuk baju panas bila ke oversea udah. Sakit jugak tu. Tapi yang sedihnya tadi masa kat atas CC kata depa yang dihantar untuk pergi Islam hadahri pun tak boleh claim mileage kesiannya. Nasib baik masa aku gi dulu datuk ceo balum masuk lagi J. Apa nak jadi sekarang ni kan (aku rasa mcm duduk kat Singapore le pulak semua dah mahal dan tiba-tiba rasa status dan taraf hidup aku dan menurun dengan mendadak). Udah le kos sara hidup makin meningkat, kemudahan makin kurang, bonus takat tu jugak, gaji setahun naik ciput aje .dan yang paling menyakitkan hati hari ni ialah harga minyak naik lagi. Dan yang tak ada kaitan langsung tu apa kejadahnya harga ayam pun naik sama. Kalau mcm ni hari-hari makan lauk sardin aje lah pasal ayam dah mahal cost of living dah tinggi jadi nak kena cut cost pada tempat-tempat yang tertentu. Ayam kena serang selsema burung pun boleh naik harga iskhh tak faham le aku. Hunny kata (masa bertekak dalam kete haritu) kalau tak nak tanggung banyak kos besarkan aje anak-anak kat kampung, pindah duduk kampung aje lah, tanam kacang, tanam bendi tanam ubi tanam padi. Cakap memang lah senang cik abang oii.. susah bertekak ngan orang lelaki ni. Kita mcm nak pecah kepala nak menguruskan financial agar stabil dan anak-anak boleh dapat yang terbaik tapi tengok dia bagi jalan keluar yang mcm tu. Manalah mak tak bara dibuatnya L
Udah le membebel banyak pun tak de gunanya. Harga minyak memang dah tentu naik 5 sen nasib baik dah isi minyak penuh-penuh petang semalam. Tapi dalam protes-protes ni sebenarnya bersyukur gak bila dengar berita malam tadi. Jangan ESOS kami ditarik macam Malakof sudah le. Sian kat member2 malakof sebab esos nak kena review. Depa kaya raya sekali dapat saham sampai 70 lotÂ
kalau kena tarik dapat sorang 10 lot aje tentu depa kecewaÂ
but alhamdulillah masih ada jugak kan kalau nak compare dengan company hunny yang dah beberapa tahun tak naik gaji dan tak ada bonus usiihh tak leh imagine mcm mana le perasaan aku kalau jadi hunnyÂ
but apasal le cik abang aku tu setia bebeno dengan Ho Hup tu musykil leeeeÂ
.
No comments:
Post a Comment