Thursday, October 07, 2004

false contraction

I'm not feeling well and tak semena-mena asyik berpeluh aje dari tadi. Hmm agaknya false contraction kot. Last night ntah apasal ntah perut aku memulas kesakitan rasa mcm nak bersalin tapi kalau ikutkan belum masa lagi. Aku kena heart burn dan muntah tiba-tiba mungkin sebab perut aku masuk angin.Malam tadi aku tak makan nasi, hanya goreng nugget.  Habis semua isi perut aku keluar  I mean apa yang aku makan la...baby belum keluar lagi :). Lepas muntah tu baru rasa lega sangat-sangat. Kepala pun dah start pening dah time tu.

Over exited sebab dah dapat price list untuk Toyota Avanza. Thanks kak eid kat UMW yang sudi fax kan price untuk aku. The price is (OTR) for manual RM55,967 and auto RM59,989.88. Fehh it's cheaper that what I expected. Bagus lah murah so aku tak pening-pening nak fikir kalau betul-betul aku jadi ambil kereta ni. As I mentioned before kalau jadi pun semuanya akan berlalu selepas bersalin. MIA lagi penting dari Avanza tu.

I called another Toyota dealer and asked for the invitation card. Thinking of going to the launching yang akan diadakan kat Bukit Kiara this sunday. Hunny, I don't know samada dia minat nak ikut atau tak hopefully he will join me. He's actually tak tahu pun plan aku nak tukar kereta sebab haritu aku dok bising-bising pada dia nak tukar kereta but at the same time potongan dah menimbun so hubby pun marah sebab asyik mengeluh bulan2 sakit pasal potongan banyak but ada hati nak tukar Naza Ria or caren.. haahh biasalaa..berangan-angan dahulu...lepas kena marah tu aku pun senyap le kejap tak pernha mention lagi pasal nak tukar MPV ni...bukannya nak tukar on the spot pun planning lah baby...anyway depend on his mood Ahad nanti harap-harap he's ok dan nak ikut sekali. Kalau harga mcm Avanza ni I guest masih le boleh afford lagi (baca as masih le boleh tukar dengan kadar segera ) pasal kalau ambil loan luar sama jugak dengan apa yang aku bayar monthly untuk wira. So tak de le menambahkan beban kecuali menambah jumlah hutang dan memanjangkan hutang yang sedia ada. No komen.

Orang kat dalam semakin hari semakin meriah pulak memang aktif betul anak mama yang sorang ni. Kadang-kadang bila dia buat pergerakan summersault sampai terkejut aku. Pernah at one time MIA bergerak serentak kaki dan tangan kuat pulak tu...MIA memang aktif betul dalam perut cuma bezanya dengan deena masa deena dulu perut rasa tegang sangat so every movement sampai senget-senget perut aku dibuatnya. Heehh kelakar tengok perut sendiri time deena gerak-gerak dulu. Adik plak dia suka geletek-geletek perut mama dia. Boleh terasa jari-jemari dia terkuit-kuit kat dalam ni. Now baby baru nak turun sikit-sikit. Sembahyang pun dah susah sikit walaupun dalam keadaan duduk sebab dah sengkak kat bawah. Apa-apa pun aku memang doa banyak-banyak doa supaya anak yang dilahirkan sihat dan sempurna sifatnya. Amin. Dah tak sabar rasanya nak berjumpa dengan MIA. Banyak betul beza pregnant yang ni dengan yang first. Nak kata MIA tak besar sangat aku rasa perut aku ni mcm dah nak meletup dah but one thing good is tak ada strech mark baru lagi yang wujud then perut pun tak rasa gatal. Tak tahu le kalau start bulan depan sebab baby pun belum turun sepenuhnya. Strech mark masa deena dulu pun sikit aje dan warna pun kemerahan-merahan dan tak ketara sangat. Aku pun tak sapu apa-apa minyak time tu...cuma memang tak garu kalau perut gatal...kalau digaru nanti jadi kulit mengerutu dan berwarna hitam...sure tak cantik...untuk pregnant kali ni memang dah prepare french oil tu siap-siap. Manalah tahu kot2 nak dapat strech mark orang kata sapu minyak tu boleh kurangkan parut2 tu.

Tapi yang tak berapa selesanya pregnant kali ni aku rasa seperti sakit tulang. Setiap kali bangun tidur jari-jemari aku bengkak dan tulang-tulang jari terasa sakit. Mungkin jugak kurang kalsium sebab aku tak suka minum susu pulak masa pregnant kali ni susu anmum ada separuh tin lagi..dah tak berusik...then enfa mama ada satu tin lagi...so far aku hanya mengharap kalsium dan vitamin yang doctor bagi. Aku makan setiap pagi satu tablet kalsium satu tablet vitamin dan juga 2 tablet B3 salindah. Then sekarang memang asyik minum soya bean aje dah jadi minuman kegemaran pulak. Dulu masa deena tak suka minum soya bean tapi suka sangat makan buah-buahaan. Memang berbeza sungguh. Dah lah hujung-hujung nak bersalin ni bila nak tidur punyalah seksa. Nak tidur terlentang memang dah tak selesa langsung so tidur mengiring lah jawabnya...yang paling seksa bila nak tukar position dari kanan ke kiri dengan sakit belakangnya lagi ALLAH sahaja yang tau, Masa deena dulu aku lebih suka tidur mengiring sebelah kiri but masa adik ni aku suka tidur mengiring sebelah kanan. Begitulah al-kisahnya. Patutlah ALLAH tak bagi orang lelaki pregnant kan..kalau tak tentu diorang tu tak sabar nak menghadapai dan melalui segala rintangan yang kaum ibu tanggung ni kan..
 

2 comments:

Anonymous said...

hi zira... thx for visiting my website. Selamat berkenalan. This is kak maz web address: mazlutine.blogspot.com

Bila due? Semoga semuanya selamat.

-Kak kuzi: mozihfa.tripod.com-

kaezrin said...

kak zira..agaknya pregnant anak laki..cam tuh ah kirenyer..

elin pun minat ngan avanza..tapi dgr citer queing list dah pjg giller...

kat offic enih ader dpt priority klau nak avanza sbb we all ader direct contact ngan UMW, but still elin nak tgk sendiri kereta plus nak test drive...but seeing from toyota reputation no big deallah kan, but me can only purchase after may2005, sbb nak bagi cukup keter skrg 3 yrs, baru berabloi nak trade in, or else rugi maaaaaaaa