Sekarang dah bulan 10, puasa dan nak dekat seminggu aje lagi, raya pun tak lama lagi but until now tak ada cerita langsung pasal bonus, tak ada desas desus langsung pasal interim dsbnya increament pun ntah berapa % aje agaknya tahun ni. Itu pun kalau ada. Bonus tu penting dalam waktu-waktu mcm ni lagi-lagi sempena nak raya ni kan maklum laa macam-macam persediaan dan persiapan yang nak kena buat. Sepatutnya waktu-waktu begini kalau tahun-tahun sebelumnya kami dah boleh tahu berapa bulan bonus nak dapat, dah berkira-kira dengan duit bonus untuk hari raya.. So kalau tak de bonus tahun ni nampaknya tak de duit raya lah...belanja dengan apa yang ada. Potong jangan tak potong. Itulah realiti yang kami lalui kalau nak tahu.
Kadang-kadang rasa marah dengan email member-member yang kerjanya asyik merungut merungut dan merungut sentiasa sebab harga barang naik lah harga minyak naik la...mcm lah depa sorang yang tanggung kenaikan tu semua..semua rakyat malaysia terasa bebanannya tapi jangan lah nak merungut mengata sampai melampaui norma norma dan tatasusila kita sebagai seorang islam. Mengata mengumpat tu kan berdosa...selama ni aku diam aje bila depa dok mengata itu ini but tadi tak tahan sebab ianya melibatkan TNB dan kredibiliti aku sebagai salah seorang kakitangan TNB. Sorry lah but aku ada hak untuk mempertahankan kedudukan aku sebagai salah seorang kakitangan TNB.
Kadang-kadang kita ni selalu terlupa dengan ujian yang ALLAH turunkan. Yang kita tahu asyik rasa tak puas hati tak senang itu dan ini. Cubalah sesekali bila tiba musibah tu kita berfikir muhasabah diri tu sikit...Sebenarnya ALLAH nak memberi peringatan kepada kita..seharusnya dalam keadaan kehidupan kita sekarang kita banyak bersyukur bukannya asyik nak condem aje...bila berada pada tahap kita sekarang yang ada pekerjaan tetap ada kereta ada rumah ada gaji ribu-ribu jangan asyik terngadah ke atas sahaja jangan nganga aje tengok kedudukan orang yang lebih baik lebih bagus lebih berpangkat lebih mewah dari kita sebaliknya sesekali cuba kita tunduk ke bawah cuba kita bayangkan kehidupan bangsa kita yang kat kampung2 yang jauh lebih daif dan naif dari apa yang kita ada sekarang. Kehidupan para nelayan, petani, penoreh getah mereka lebih susah dari kita. Ini baru susah sikit kepohnya berpanjangan sampai bertahun2. Inilah sifat dan sikap manusia yang tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada.
Oklah dari dok membebel tak tentu pasal (just nak bagi diri ni cool sedikit) baik lah kita fikirkan jalan penyelesaian atau alternatif yang kita perlu ambil untuk hadapi masalah kenaikan harga barang di pasaran. banyak cara yang kita boleh lakukan...but tepulang kepada individu untuk mengurus dan mentadbir sistem kewangan mereka. Bagi aku kalau dah tak larat nak tanggung kos minyak yang tinggi cubalah belajar2 cut cost sendiri. Dari pakai kereta besar-besar tukar lah pakai kereta dengan cc yang lebih kecil macam kancil ataupun mcm Toyota Avanza tu :) *wink"*- malu ke sebab tak setaraf dengan kedudukan sebagai executive. Apa peduli dengan kata orang yang nak menanggung beban tu diri kita sendiri bukan orang lain..yang susah kita jugak lain le kalau kita susah orang yang mengata tu nak datang tolong hulur-hulurkan duit ok jugak. Boleh jimat duit minyak dan duit yang dijimatkan tu boleh lah disimpan untuk kegunaan anak-anak masa akan datang. Ubah lah cara hidup kita kalau dulu suka makan kat luar berjimat dengan cara memasak sendiri kat rumah, kalau dulu suka shopping kurangkan aktiviti membeli belah. Kalau dulu beli baju semua branded-branded sekarang beli yang branded selai dua sudah lah...Banyak benda yang boleh diadjustkan. Malas lah nak tulis lagi aku tengah sakit hati gila dengan email mario pagi ni...apa-apa lah labu (sorry lah mario bengang betul dnegan ayat kat email kau tu)...janji kau tak kacau periuk nasi aku sudah..yang penting kami sekeluarga cukup makan, cukup pakai, ada tempat perlindungan itu pun syukur Alhamdulillah....
p/s: sentiasa ingat ukur baju dibadan sendiri...
No comments:
Post a Comment