Thursday, October 14, 2004

Moral of the story - "save your ass first"

Semalam agak kelam kabut sedikit sebab nak uruskan pertukaran nama hp kepada nama sendiri. End up nama pun tak boleh tukar sebab black listed dengan TM Touch dan ada hutang RM 1480. Memang bangang laaa...coz bukan kerja aku yang buat hutang tu...ni aku nak cerita.. Tapi dalam kesibukan semalam tu sempat jugak boss belanja lunch Pizza hut kat Telawi Bangsar. Thank you boss...mudah-mudahan murah rezeki dan belanja kami makan lagi. Ni aku nak cerita tentang betapa kita ni tak boleh percaya kepada manusia walaupun kita kenal orang tu. Sebenarnya perkara ni berlaku pada aku lebih kurang 5-6 tahun lalu.

Masa bujang aku and the geng menyewa kat Vista Angkasa. Then ada satu housemate yang baru masuk kiranya kenal first time masa tu. Setahun dia duduk dengan kami so kira tengok perangai ok dan aku assume dia ni ok la. Bila TNB start bagi hp free dan line free pada aku aku pun jual hp aku pada minah ni...kesilapan aku sebab masa tu...asalnya nak jual hp aje tapi bila dia kata jual sekali dengan sim card so aku ok ajelah sebab housemate le katakan...aku percaya pada dia (that was my big silly mistake) aku jual sekali sim card without tukar nama. So sim card atas nama aku dan digunakan oleh minah ni....damn shit...Huargghh belakang ini minah sudah buat taik sama aku...bila bil dia sudah ribu-ribu dia pun chow dari rumah kami. Aku cari dia....tahun 2000 kiranya aku jumpa dia semula dan suruh dia settle the bill sikit2. So mulanya tu ok lah...instead of dia berhutang 2000 plus dia bayar sampai baki sekarang...but sekali lagi aku terlost contact sebab dia tukar hp number...aduh aku ingatkan dia dah habis bayar rupa-rupanya ada banyak lagi baki yang tak settle end up aku yang tak boleh nak register line baru. Geram beb...tapi itulah salah aku jugak sebab percayakan orang...So moral of the story, next time save your ass first ok....fuhh kalau boleh kembali pada zaman tu sure aku dah tumbuk muka minah ni...bergayut nombor satu tapi tak bertanggungjawab. Aku benci betul dengan manusia yang mcm ni. Anyway it's ok aku still ada no telefon kampung dia dan akan memburu dia kemana sahaja sampai dia settlekan semua bil tertunggak tu...ceh lepas kes tu kiranya aku memang belajar dari kesilapan sungguh. Sebab manusia dalam dunia ni perangainya mcm-mcm....bak kata pak mat astro.."macam-macam ada"

Oleh kerana dah black listed maka memang dah tak boleh nak register fixed line. Esok is the last day aku boleh guna TNB line seperti yang telah dimaklumkan kepada semua anggota kerja. Tak tahu lah mcm mana budi bicara boss kalau dia suruh terminate juga esok so aku kena beli prepaid ajelah lepas ni..kalau dia kata extend lagi sebulan so guna lagi number ni kalau tak I'll have new hp number. ok lah lebih senang I guest.

Kepada minah yang berkenaan yang masih berhutang dengan TM Touch atas nama aku tu aku berdoa mudah-mudahan ALLAH bukakan hati kau untuk settlekan segala hutang piutang kau tu. Mudah-mudahan hati kau tiba-tiba tergerak le bulan Ramadhan nanti nak muhasabah diri kenang-kenang semula dosa-dosa dan hutang2 kau tu...Tahu tak kalau mati time berhutang azab seksa kubur beb. lagi plak doa wanita mengandung insyaALLAH hijab..iye ke...hik..hikkk saja buat lawak...kalau doa aku ni dimakbulkan ALLAH amin...amin....Baik le settlekan mana yang patut cik kak oiii...Apa-apa pun aku akan tetap cari kau walaupun samapi ke lubang cacing...tunggggggguuuuuu bukan lah nak balas demdam just nak pasti kan kau tu jadi manusia yang lebih bertanggungjawab sikit...

Wei perut aku ni sakit semacam aje ni...dah nak bersalin ke...time2 mcm ni dah rasa macam-macam kesakitan lah pulak,kejap memulas kejap bisa dengan baby yang sangat aktif kat dalam ni...baby memang dah turun bawah ni...kalau ikut kiraan doktor hujung minggu ni genap 34 minggu...ada lagi 6 weeks to go....(plus minus 2 weeks) .tapi kalau ikut perkiraan pada scanner plak hujung minggu ni dekat 35 minggu setengah iskhh tak tahu la...(dari pengalamana rasanya scanner tu lagi tepat kot)...aku rasa mcm nak pergi despensari tapi macam malas le pulak....due date lama lagi tapi tapi...iskhh iskhhh..false contraction lagi ke...aku la ni jalan pun dah tak larat sungguh...kelakar tengok diri sendiri jalan terkiput2 mcm tu.....hheehhh maklum le kita ni jenis yang aktif semua benda buat cepat...bila time macam ni rasa mcm berpura-pura lah pulak....lemah lembut longlai tapi sebenarnya dalam kesakitan....sabar mama banyak pahalanya....lagi pun sebulan aje lagi.....

1 comment:

Anonymous said...

doa org yg teraniaya ni makbul. lagi dlm keadaan hang yg 1 setengah org ni.

http://dzirhans.blogspot.com