Ahad tu kami pergi pelancaran Toyota Avanza kat Bukit Kiara. Manusia punya la ramai. Parking punyalah susah nak dapat...sampai ada yang parking kat luar dan sanggup berjalan kaki lebih dari 1 km. Kalau ikut hunny dia pun nak parking kat luar tapi aku dah tak larat nak jalan jauh-jauh so kami masuk gate 2 alhamdulillah dapat parking kat tempat yang memang dekat dengan dewan tu. Nak masuk pun satu hal nasib baik kami ada invitation card so dapat masuk direct dari row tengah. Masuk aje dalam tu manusia memang ramai gila. Daddy jaga deena dan bawak ke tempat fun games yang disediakan....sementara aku terus gi q untuk tukar kupon makanan. kalau nak suruh aku jaga deena alamat anak aku tenggelam di dalam lautan manusia yang ramai. Deena tu bukannya nak kita pegang kalau dalam keadaan macam tu.
Actually kat sana aku sendiri tak berpeluang nak tengok dengan teliti dan lebih dekat kereta tu..iyelah kalau satu kereta dah dikerumun sampai 20-30 orang mcm manalah nak menyelit ada lebih kurang 6 biji kereta yang dibuka untuk dilihat..aku tengok dari jauh kira ok lah berpuas hati jugak...sebab harganya memang murah keretanya agak besar dan selesa untuk keluarga muda mcm aku setakat anak 3-4 kira ok lagi dengan Avanza ni.. Plan nak pakai kereta ni dalam masa 4-5 tahun aje...sama mcm kereta sekarang... next car tak tahu lagi insyaALLAH kenalah lebih besar lagi da lebih sesuai untuk family yang makin membesar...but this time confirm lah beli Avanza ni sebab hunny tak kata apa tak mcm masa nak beli naza atau caren baru haritu banyak ngomelnya hubby aku tu...kata kita nak menunjuk lah itu lah ini lah..sabar aje laa hahh bagus jugak dia marah sebab dia tahu aku tengah sakit sekarang ni dengan mcm2 potongan setiap bulan lagi pun sayang jugak nak korbankan saving kalau beli naza atau caren haritu......tapi bila tengok Avanza ni dia pun nampak mcm bersetuju aje dengan cadangan aku nak tukar dan dia pun nampak mcm berminat. I think bcoz of the price kot. very competetive. The car is bigger than wira...but the performance tu tak tahu lagi la since Avanza ni 1.3 aje...
Dalam keghairahan aku yang dok berangan nak beli avanza tu rupa-rupanya auntie mona (best fren aku laa) si deena ni lagi advance...haritu masa aku dok tunjuk2 kat dia gambar kereta, leaflet dia kata nak beli-beli aje laaa.....nampak mcm dia tak berminat tahu-tahu hari launching lepas dah tengok kereta tu dia dah terus booking. Hmm apalah auntie mona kakak ni...dah le rumah kami kat tamn sutera sebelah-sebelah nanti kereta pun sama. Suka nak ikut mcm mama kan kakak :) But she's may be rite aku pun rasa harga kereta ni akan naik kot tak lama lagi mcm naza ria haritu...sebab harga kereta tu murah sgt lah berbanding body kereta yang cun melecun tu. But aku belum booking lagi...aku nak booking kat melaka...InsyaALLAH balik raya nanti aku akan booking..terasa mcm nak pakai kereta plat number melaka...tukar dengan ayah pulak...kereta ayah sekarang plat wilayah sebab aku belikan kereta ayah tu kat KL..
2 comments:
wooohooo makcik
amboiii nak ambik avanza.. mona pun sama?? hangpa ni memang le.. sabo jek aku.. advance giler.. kim salam kat mona.. nanti nak suh dia bawak aku jenjalan naik kete baru.. bila dia dapat??
bye
-ina haron-
heehh kamu tu pun apa kurengnyer ina..aku dengor kamu pun nak tuko kereta baru jugak kan..honda lagi gitu...kereta kami tu lah ni waiting, mona dapat bulan 2 nanti..aku lum booking waiting list 6 bulan gamaknya baru dapat kereta kot...punyalah laris avanza tu mcm goreng pisang panas...sabar ajelah...tunggu le nanti kita leh ronda2 yek...
tapi manalah tahu kot booking kat melaka nanti dapat awal..
Post a Comment