Ada dua task yang each team kena buat. First task each group (terdiri dari 8 peserta) diberi 250 dollar dan start the business dengan menjual lemonade. Team yang berjaya membuat keuntungan terbanyak akan dapat melawat apartment Donald Trumph - director of this siries (very successful business man- I guest lelaki terkaya kat NY dan hanya orang tertentu sahaja yang pernah melawat his apartment) dan team yang kalah akan bersemuka dengan Donald Trump and one of them akan kena fired from the team. Overall mama suka tengok masa team leader nak handle anak-anak buah, masa ni kita boleh kenal siapa yang boleh menyokong kita then siapa yang akan menjadi masalah kepada team kita (sama mcm realiti hidup yang kita lalui sekarang). Nanti korang tengok laa ok..Kita boleh belajar banyak perkara dalam siri ni dan boleh applykan dalam kehidupan kita dan kerjaya kita.
Nothing special tentang weekend baru ni accept, Sabtu after daddy balik opis kami ke KPMC untuk check up and meet my lovely son (MIA) kat dalam perut. Alhamdulillah he's ok, healthy dan semakin aktif. habis check up ingat nak ajak daddy round pekan kajang dan cari Butik Manjaku yang shida katakan tempohari but daddy mcm malas aje so dari KPMC kami terus singgah tengok rumah di Taman Sutera. No komen on this sebab progress very slow. masa kami sampai pekerja2 indon tengah dok tanam pokok baru depan pagar ganti pokok dulu yang dah mati. dan tinggal ranting sahaja.
Next destination kami ke SCP, dah lama jugak mama tak menjejakkan kaki kat SCP sebabnya kalau mama pergi SCP mesti nak shopping baju deena dengan adik. Hmm memang betul pun...kalau ke SCP tu mesti nak singggah butik all the age. Kat situ jual baju Export kualiti mcm brand gap, cartier dan banyak lagi, yang bestnya harga baju kat situ murah-murah dan selalu ada sales. Dalam dok tahan2 diri dari membeli sempat jugak mama grab dua helai rompers/ fleece coverall untuk adik...(ingatkan satu beli rompersdan satu lagi bodysuit tapi rompers tu dua-dua menarik-next time mama beli body suit bila adik dah besar sikit) heehhh satu warna coklat dengan gambar teddy kat kaki then satu lagi warna frog green nanti lah mama ambil gambar dan masukkan kat dalam fotopages kakak..Comeellll betul tapi quiet big walaupun sizenya 0-3M size mat saleh le katakan...kakak mama tak beli apa-apa...sebabnya haritu dah borong sakan baju raya untuk kakak. Dari Butik All the Age mama singgah Manjaku kat tingkat atas. Hmm tak tahu plak kat SCP ada manjaku. Memang tengah sales gila-gila sekarang but for this time being rasanya baju adik dah cukup dah kot so mama tak grab apa pun kat situ (nasib baik tak cari yang kat kajang punya- kalau tak sure daddy marah) Lepas habis shopping barang dapur kat Giant kami pulang dengan begitu keletihan....
Pagi ahad yang memboringkan. Ingatkan nak ajak daddy tengok KL grand prix kat Bukit jalil pagi tu tapi dua beranak tu asyik mahsyuk tidur- diorang berdua tu 6.15 dah bangun. Mama as usual lepas solat sambung tidur semula - hari ahad le katakan. Bangun pagi tu lepas gorengkan nugget dan hotdog untuk breakfast mama dah start prepare untuk masak-masak. Menu hari ini ialah ikan selar masak pindang, sayur kacang goreng cili dan ikan cencaru goreng...heehhh itu lauk orang rajin la tu cepat dan ringkas. By the time mama siap masak deena dengan daddy dan selamat belayar. Agaknya letih le tu pagi-pagi tadi dah keluar pergi taman permainan. Mama la keboringan dok menonton TV.
Laps Zohor kami pun bersiap-siap ke Bukit Jalil. Nak tengok sukan Akustarian ni manalah boleh bising, deena plak mulalah nak menujukkan aksi2nya yang memang tak boleh duduk diam tu..asyik la nak main kat tangga...daddy pun boring la sebab dia yang nak kena control deena, akhirnya after tengok Misha Omar nyanyi dan dapat le tengok 4 peserta beraksi kami pun chow ke Endah Parade. Saja lepak-lepak kat situ sebab ada promosi kereta sedang dijalankan. End up kami balik dan sampai rumah 6.30 petang. Feehh letih jugak...
No comments:
Post a Comment