Keperluan dan keinginan adalah dua benda yang berbeza. Semalam aku tengok ringgit sense. Aku memang suka menonton ringgit sense ni sebab memang banyak ilmu yang boleh dapat specially part managing your financial. So for yesterday episode beside pasal mcm mana nak pergi interview dan perkara yang berkaitan (related to hubby sekarang ni sebab dia tengah nak apply new job with Sapura Crest ) ada juga topik yang melibatkan satu benda lain iaitu antara keperluan dan keinginan yang membuatkan aku buka mata dan berfikir sejenak. Hmm sambil menghitung-hitung dalam kepala. Selama ni aku lebih banyak memenuhi keinginan berbanding keperluan hidup aku. Ok aku tak nak blame myself sebab benda dah berlaku…dan berulang berkali-kali biasalah manusia semua bersikap nak itu ini. Tiba-tiba teringat masa cuti bersalin tu..aku shopping sakan..aku beli handbag dan juga dua pasang kasut dan aku habis hampir RM600 dalam sekelip mata. Itu bukan keperluan itu nafsu berbelanja yang tak terkawal. Now dah rasa menyesal. Rasanya handbag yang lama tu masih elok. Kasut lama pun ok lagi tapi saja aku menambahkan koleksi dan sebenarnya nafsu shopping semata-mata. Tapi bila time nak pakai asyik pakai kasut yang sama jugak. Tabiat orang pompuan mcm tu ke. Teruk la aku ni dah masuk tahap membazirkan macam ni...
Yup selalunya aku memang berbelanja ikut keinginan dan bukan ikut keperluan. Anyway dalam percaturan duit aku ada juga perkara yang aku buat mengikut keperluan contohnya beli rumah yang lebih besar dan selesa itu adalah keperluan keluarga keperluan yang mampu meningkatkan taraf hidup sekeluarga walaupun dah ada rumah sekarang dah tak perlu bayar hutang. Tukar kereta yang lebih besar tapi hubby kata it’s not keperluan because aku menambah hutang setiap bulan (that tiara is also not keperluan darling but still you buy that rite). Whatever la as long as I got the advantages once kita fulfill the keperluan. Dapat tingkatkan taraf hidup, or may be dapat bagi keselesaan pada keluarga but one thing ialah doesn’t matter it keperluan atau keinginan pokoknya ongkos yang kita ada…berapa banyak budget yang kita ada untuk fulfill that keperluan dan keinginan. Kalau tak de ongkos benda yang perlu pun kita tak leh nak beli apatah lagi benda yang ita teringin. Sebenarnya keinginan tu kita boleh pendamkan aje..duit pun boleh selamat dan financial mungkin akan jadi lebih stabil. As for me lebih secure ada saving yang banyak berbanding hidup bergaya tak tentu pasal tapi duit tak ada…(duit dah habis sebab beli perkara2 yang material). Apa yang aku membebelkan ni…mesti kepala aku tengah weng sebab dah teroverload dengan kerja since pagi tadi…
Fehh like other people thought (read as aku fikir)…dalam musim panas ni aircond adalah satu keperluan but for hunny it’s only keinginan sebab kipas kan ada. Hunny kata air-cond is quite expensive lagipun kalau pakai air-cond tentu bil banyak. My point of view plak tak de aircond tak leh tido panas gila (so far boleh aje tido..heehh heehh susah lagi nak bangun sebab penat sangat2 sekarang)…Huarrrghh what ever I’ll get my own air-cond later but hunny have to pay the bil later…I’m sure dia akan bersungut2 after this sebab bil yang bakal melambung tinggi..ahak kesian jugak maybe I should put that under my consideration too…hmm dah ada kesedaran ni… nak berbelanja kenalah kira2 dan fikir betul2 samaada benda yang aku nak beli tu keperluan atau keinginan. Kadang kala sebuah keinginan tu memberi bebanan dalam jangka masa panjang….sebab bukan senang nak cari duitkan tapi nak menghabiskannya begitu mudah sekali…
Nampaknya lepas ni projek nak make-up2 kereta kenalah berhenti dahlu…itu semua desire aje tu…ahak kalau tak buat pun tak apa..kereta tu still boleh bergerak still selesa untuk kami travel balik kampung..It’s just a matter nak nampakkan kete tu lebih cool…but actually for long term..kalau make up kete boleh naikkan value kereta tu masa nak jual nanti…but mam I think better make up rumah kajang tu..kalau nak jual nanti berganda-ganda harganya….ala apa sangat lah ada pada kereta yang valuenya semakin hari semakin berkurangan tu kan. Anyway projek kuching yang masih dalam perkiraan rasanya kena teruskan jugak sebab aku nak berehat. Memang akan melibatkan kos yang agak tinggi sangat tinggi but at the same time I think it’s good for me in the sense of boleh buat aku rasa lebih bertenaga nak kerja…lebih happy…may be lebih close dengan hubby. What say you hunny…
Satu lagi benda yang aku teringat...baru2 ni aku ke Alamanda nak cari baby seat untuk Ilman. Ada GRACO dan juga Anakku...beza harga memanglah ketara GRACO tu RM699 dan anakku hanya RM230 ada less 30% lagi. Well for some people they may go for GRACO may be nak jaga status standard dsbnya (or may be duit lebih) dan kadang2 aku tergolong dalam kategori tu jugak (too bad la mama it's not keperluan bila beli sesuatu yang tak value for money sebab ada pilihan lain yang lebih murah dan berkualiti jugak walaupun mama rasa mampu untuk beli) but lucky aku fikir sejuta kali lagi...sebenarnya memang teringin nak grab baby seat tu tapi...at the end aku fikir...fungsinya sama...bezanya jenama..I guess Ilman akan pakai that seat sampai dia 3 tahun lepas tu rasa tak leh duduk diam dah...hmm ok lah...lupakan sahaja hasrat pasal GRACO tu..lepas ni tak nak le membazir duit kepada perkara2 tak perlu ni......susah nak cari duit ni kan...
No comments:
Post a Comment