Kenangan Lalu ( Flybaits )
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta
( korus )
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya
Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru
Feh at last aku jumpa jugak lirik ni kat blog nenekbayan. Thank you nenkbayan, Patutlah search tak jumpa rupa-rupanya nama penyanyi tu salah. Hahh main hentam aje labu.
Actually hati tersentuh jugak bila membaca blog kawan2 di internet yang sentiasa berasa bahagia dan gembira dengan hidup masing-masing. Betul ke macam tu betul ke life diorang memang happy sentiasa. Betul ke semua yang diorang tulis kat dalam blog tu. Aku macam tak percaya bila baca blog2 yang kehidupan rumahtangga diorang yang sentiasa loving dan best dan bahagia dapat suami penyayang dan isteri yang penyayang dan sentiasa memahami antara satu sama lain. Diorang tak pernah gaduh ke diorang tak pernah ada masalah ke antara satu sama lain. Tak de pun tulis gaduh-gaduh atau bengang atau marah-marah atau diorang yang saja nak exeggarate dan menokok tambah cerita atau memang diorang saja nak sembunyikan problem diorang. Whatever la tapi aku memang jeles dengan couple yang sentiasa happy ni..kami juga pasangan bahagia Cuma dakalanya gaduh-gaduh sayang jugak…dan memang aku tak pernah sekali pun miss mendoakan agar rumahtangga aku juga aman damai, bahagia dunia akhirat. The word is Ya ALLAH panjangkan kasih sayang kami dunia akhirat…nothing much nothing less…bagilah kami berdua kasih sayang yang melimpah ruah… Apa-apa pun inilah reality kehidupan sebenarnya. Aku selalu mengingatkan diri kita bukan sentiasa akan berada di atas adakalanya kita jatuh ke bawah kerana hidup ini ibarat putran roda. Asam garam rumahtangga juga umpama roda bukan sepanjang masa kita bahagia, bukan juga sepanjang masa kita sakit hati. Itulah hakikat yang sebenarnya kita dan aku kena terima. Aku dah terima pun sagalanya. Kalau aku tak mahu harungi segala ini might as well aku tak payah berumahtangga dahulu. Bahtera yang dilayarkan sekali-sekala mesti akan dilanda ombak yang kuat, angin, ribut malah taufan Cuma aku harap bahtera itu tak akan dilanda tsunami sudahlah. Nauzubillah… Tsunami…masa tengah kecoh tsunami hari tu…I think lepas sebulan aku dapat mimpi yang amat menakutkan dan mengerikan. Seseorang telah mendatangi aku didalam mimpi tersebut..dalam mimpi tu keadaan langit sangat rerang dan cerah. Orang itu seorang lelaki tua..aku tak ingat cara dia berpakaian…lalu menghampiri diriku dan berkata kiamat akan muncul lagi 3 Jumaat. Aku terus terjaga dari mimpi dan sedikit tersentak. Ngeri gerun perasaan aku waktu itu. Terasa mimpi tu mcm betul sangat. Tapi memang aku taku dan berdebar-debar masa tu. Wallahualam…cumanya Ya ALLAH jangalah terlalu awal kerana hambamu ini belum bersedia untuk menghadapinya… rasa mahu menangis bila fikirkannya semula.
1 comment:
Zira, semua org diduga, dgn pelbagai jenis masalah. Mungkin mereka tak tulis sbb ada masalah yg lebih besar yg lain yg merunsingkan mereka. Take for example myself. Saya tgh belajar. Alhamdulillah, walaupun kami hanya berkenalan lepas akad nikah, tapi so far tak de masalah, in terms of relationship, as I said, kadang2 ada pun, is too small, infact it always come from my side not my best half. Jadi mmg selalunya apa yg berlaku masa tu je... tapi lepas 2/3 minute lepas tu rasa bersalah... dan terus2 minta maaf. Tapi I'm having such a great problem with my own personality, plus study... I also have a weblog, tapinya tak de apa2 sgt... just kadang2 rasa nak menulis... it's more motivation for myself, utk improvekan diri sendiri... I have so many weaknesses lebih2 kesabaran... if you want u can visit to my weblog bitsnbytes.blogspot.com. Blh tak remove my address after you read this comment. I don't want many people know about the existence of my blog.
Post a Comment