Saturday, April 23, 2005

kisah benar - Bentan Lepas Bersalin

Aku try contact Z yang tengah berpantang. Sejak dia bersalin haritu sampai le ke hari ini baru le aku dapat bercakap itu pun mulanya aku called HP dia then divert ke rumah dia. Then mintak maid dia phone number husband dia then call husband dia tapi tak angkat jugak sekali lagi aku call hp Z dan barulah dapat cakap akhirnya. Dan hari ni aku dikejutkan dengan berita yang dia sekarang kat PMC sebab bentan. Bentan yang major yang ada rasa angin sejuk kat kaki kat perut kat dada sampai sesak nafas dan paling menyakitkan angin masuk kat kepala sampai rasa kepala nak pecah. Terkejut beruk aku.

Iskhh bahaya bila bentan ni. Sembang agak lama dengan Z aku dengar cerita dia satu persatu dari mula mcm mana dia start kena bentan sampai lah dia masuk hospital hari ni. Kesian dia(hospital kedua) Dan aku hanya mampu bagi nasihat aku yang tak berharga sangat tu. Aku pandai aje nasihat kat orang padahal aku pun degil jugak masa berpantang dulu-dulu. Tak tahan tekak sebulan lepas pantang dah start minum air batu. Mak dengan ayah dah bising takut anak aku kembung sebab menyusu badan but alhamdulillah tak ada apa yang berlaku. Mungkin kali ni aku bernasib baik..yang akan - akan datang siapa tahu kan.

Teringat zaman masa aku bersalin dulu. Masa deena aku kena bentan tapi minor masa tu kat hospital lagi hari kedua lepas bersalin tiba-tiba aku rasa badan aku mengeletar bibir aku menggeletar dan lemah. End up aku duduk aje atas katil dan tak berani nak bergerak. Sebab puncanya sehari selepas bersalin tu aku terlampau banyak bergerak sana sini tanpa membataskan langkah dan pergerakan aku tu. Then akibatnya itulah. Pastu sebulan lepas bersalin aku kena bisa perut. Senggugut pun tak sesakit mcm tu. Dua kali bersalin lepas sebulan dua-dua aku kena bisa perut yang ni aku masih mencari apa puncanya. Aku pun tak pasti tapi perut aku memang bisa sangat waktu tu.

Tapi kes Z lain dia kata dia sepatutnya check up kat PMC so dia tunggu husband dia yang nak habis kerja dahulu. So dari buang masa dia habiskan masa kat MV shopping sana sini…jalan pun beria mcm orang tak bersalin dengan girdle tanpa bengkung tanpa stokin. End up masa tengah kat fitting room mata dia start merah dia start perasan yang urat hijau dah start timbul…pastu dia dah start sesak nafas terus ke Info counter minta tolong diorang bawakan ke klinik.dan flat. Full story korang tanya Z ok. Sekarang dia masih di PMC tengah tunggu result scan. Bila dah jadi kat Z mcm ni aku rasa syukur jugak. Apa yang mak kata dulu memang betul. Tu lah sebabnya kenapa orang tua-tua suruh kita berpantang jaga makan, jaga itu ini, bertungku, makan jamu bagi badan panas dsbnya. Aku pantang pun tak de lah jugak jaga makan sangat tapi aku makan nasi without miss walaupun tak ada selera. Aku tak makan jamu sebab bila kau makan jamu aku kena athma attack..but next time bersalin aku akan ambik salindah lagi. Memang berkesan untuk aku. Jadi lepas ni kalau aku bersalin lagi aku akan pantang habis-habisan. Aku akan dengar mak cakap..dulu time pantang kalau mak tak bagi buat itu ini mulalah aku tarik muncung 14 aku tu…heehh…heehh sekarang pandai takut.

So aku ambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yang berlaku ke atas sahabat aku Z. Mudah-mudahan dia cepat sembuh. Lepas keluar hospital ni aku rasa dia kena start pantang dari mula mcm sejak baru bersalin. Then at the same time aku pun tengah cari petua atau cara mcm mana nak keluarkan angin sejuk dari badan tu. Nanti aku boleh pass pada Z. Kata Z masa first time kena dia on the way nak balik kampung kat N9 sampai senawang dai sesak nafas dan rasa separuh mati dan panik dia masuk Columbia Hospital kat seremban. Lepas keluar balik kampung bertungku, bergagang sapu minyak pasnas, tawar dengan sirih berurut 3 kali dsbnya tapi masih jugak tak berapa kurang dan Khamis pagi dia kena serang angin sejuk sekali lagi dan masuk PMC sampai hari ini. Jadi pada yang nak bersalin tu jaga makan jaga kesihatan makan nasi walaupun tak ada selera. Denagr cakap mak bila time pantang tu jangan nak tarik muncung 14 mcm aku selalu buat.

2 comments:

Pnut said...

Haiii Zira...
lama saya dok lepak sini tp silent jer...tapi kali ni nak share experience gak,
adik saya bersalin dulu tak berpantang jugak, degil bukan main...makan ikut suka dia jer..
suatu hari tu dia makan nasi sejuk...kejap jer lepas tu dia terus mengigil dan mengeletar seluruh badan kemudian pitam....

saya masa bersalin berpantang jugak, takut...jadi mkn apa yg mak bgtau jer...laksa yang jadi fav tu pun tunggu anak umur setahun baru jamah...

syuhada said...

takut nya bila baca pasal bentan nie...

moga yang bakal berpantang tu, pantang la elok2 jgn kena bentan nie...