RM169 rezeki jugak lah tu kan. Hmm dalam keadaan duit amat diperlukan sekarang ni…lagi plak di saat-saat hujung bulan, jumlah RM 169 tu kira banyak la. So boleh le tampung kos lampu yang masih tak settle (Hmm kan syok kalau duit ni boleh buat gi belanja kat JJ harini. Harini member card day JJ MV) . Semalam KOOP bagi dividen. 8% dari jumlah saham. Aku tak tahulah duit KOOP aku ada banyak mana tapi kalau dikira dah dihitung jumlah semasa selepas pengumuman saham adalah dlm 4k lebih lah kot. Nasib baik ada koop ni, masuk pun suka2 sedar tak sedar dah ada 4k dalam simpanan. Actually bagus jugak sebab aku buat potongan gaji bulanan. So duit tu keluar pun tak terasa. Bulan 6 memang best bulan yang memang aku tunggu setiap tahun. Ada durian runtuh sikit setiap kali bulan 6 menjelma. Koop bagi dividen, bank rakyat bagi dividen, unit trust bagi dividen. Cuma jumlahnya aje yang masih tak tahu. Harap2 Div Bank rakyat tahun ni melebihi RM2k la…amin amin…Ada projek besar plak yang menanti lepas ni.. Kalau hunny dermakan div bank rakyat dia pada aku alangkah bahagianya hidup ini. Boleh settle projek phase 11 yang nampaknya akan terbengkalai. Hehh heehh Baru aje sat dok cerita pasal dividen Bank rakyat kat atas tup tup kak wan mesej kata 15% jugak untuk tahun ni..Alhamdulillah…amin..amin..
So semalam pergi kedai grill,. Mamat tu call suruh tengok keja dia sebelum dia pasang grill tu kat rumah harini. Hmm sempat pasang ke harini aku pun tak pasti entah2 tak sempat kot. Patern grill aku tu yang remeh sikit. Aku dah tak sabar nak tengok grill tu dipasang sebenarnya. Sampai-sampai aje kat kedai tu nampak le diorang etngah cat grill tu terus jatuh cinta. Cantik gak kata aku dlam hati. Sempatlah jugak aku snap 5-6 keping gambar grill yang tengah dalam proses finishing tu. Cun gak walaupun guna besi murahan aje. Budget ciput le katakana. But for yesterday aku memang puas hati betul dengan workmanship mamat ni.. Kerja kemas dan bersih. Kalau nak tengok gambar grill nanti aku download kat fotopages.
Harini semua orang rasa macam tak kerja. Network down dari pagi tadi so memang tak boleh nak buat kerja langsung. Kerja aku semua save kat dalam server the rest of the staff memang guna SAP untuk buat kerja. Jadi pesta lah kejap opis ni yang memang terkenal dengan suasana senyap sunyi time opis. Masing2 dok sibuk main game. Baca paper dan gelak2 sakan. Jarang situasi kat opis ni mcm ni coz everybody memang banyak kerja. Aku plak mengisi masa yang terluang dengan sibuk melukis patern Kitchen Cabinet yang aku nak pasang. So this Saturday that uncle Lee will come to take the measurement. Kalau ikutkan dapur rumah tu tak de la besar sangat. Wet Kitchen (7 x 10) dan Dry Kitchen (10x10). My plan is nak pasang kat wet kitchen L shape sekali dengan sinki. Then pasang kat dry kitchen two side (10 x 10) budgetnya tak tahulah but tak boleh melebihi RM6k. Hehhh kira jangan tak kira. Sat gi terover budget mana nak cari duit wehhh…
Malam tadi aku tak leh tido.Lepas habis Man hunt kat NTV7 aku start mentelaah kitab Anjung Seri dan juga Impiana serta koleksi majalah hiasan dalaman. Hmm aku dok cari patern KC, pastu cari maklumat pasal plaster ceiling dan banyak lagi. Tak tahu le plan nak pindah hujung bulan ni jadi ke tak. Kalau ikut aku mahu aje redah. Entah2 ahad ni dah selamat berangkat ke rumah baru, Bila nak masuk rumah ni mula lah rajin.Hmm hajat memanglah besar nak buat itu ini tapi bak kata XPDC ‘ukur baju dibadan sendiri’
No comments:
Post a Comment