Actually energy saving is not in the list. I plan to change all the bulb with the energy saving type but bukan sekarang la..tapi malangnya Last Friday we (read as aku dengan muna) went to Sri Petaling looking for fan. Lepas beli kipas 4 bijik kami ronda2 kat area tu cari kedai lampu. Aku still tak dapat lampu yang sesuai untuk tempat letak kereta hmm susah susah sangat pasang lampu kalimantang aje kan senang murah pun murah cahaya pun terang. But aku biasalah alang-alang nak cantik kuo le duit sikit kan. Masa ronda-ronda tu lah aku nampak this new lighting shop. Kami naik dan survey la. Cantik2 jugak lampu kat kedai banyak patern baru2, but still lampu yang aku cari tak de. Mulut pun tergatal nak tanya enegy saving sebijik berapa. Dia kata RM13 sama mcm harga kat Giant, Parkson dan pasaraya lain. Aku jerk lagi…I nak beli banyak…dia tanya berapa..17 bijik…pastu dia ambik kalkulator dan bagi aku harga RM10.55 sebijik. Hmm ok setuju…maka tak semena2 dah kena kuo duit RM180 beli lampu…esoknya aku datang lagi kat kedai tu untuk beli lagi 8 bijik mentol energy saving. Tukar mentol aje dekat RM300..hmm itu pun ada 5 bijik lagi yang aku nak tuko dalam master bedroom tu. Petang Jumaat aku gi hantar duit orang ubah paip tu, Total upah paip dengan alih socket RM238, then mintak eko tolong pasangkan mentol yang aku beli. Hunny tak ikut sebab dia kata malas. Iyelah seminggu tu hari2 kami ke sana..so Friday dia nak rehat. Dan leparking kat rumah dengan dua kanak2 comel tu. So petang tu masa aku dok sibuk2 sapu dan kemas kat depan rumah aku nampak jiran selang dua pintu dari rumah aku. So biasalah aku kan peramah pastu dalam jarak tu aku tak leh recognize lagi mamat ni yang tengah dok bertenggek kat seat belakang Nissan Sentra dia dengan anak dia yang sebaya dengan deena. Sambil mengadap rumah dia. “bila nak pindah” aku tanya…..pastu dia jawab “ laaa awak ke…berjiran le kita”…aku masih blur lagi… heehh fimiliar lah bila dengar suara dia, baru aku perasan…laaa Zamri ke,,,iskhh isskkhh dia dah lain badan berisi sikit dan nampak hensem berbanding masa aku kenal dia during wataniah, palapes and UUM dulu. Hmm baguslah jiran aku rupa-rupanya kawan aku jugak…Hmm ni kalau ni buat open house ke gerenti le kecoh sekali rumah aku jawabnya. Pasal geng2 palapes dia majority aku kenal…Dia senior setahun masa kat UUM tapi kami close bocoz dulu wataniah sama-sama. Sabtu kami datang sebelah petang Aku dok sibuk kemas rumah hunny plak selesaikan pasal wiring lampu. Wiring belah bawah ada problem semua lampu tak menyala. So lepas buka semua socket baru ok. Sekarang rumah aku dah terang benderang. So oklah semua lampu dah on except for toilet bawah tu. Aku pun tak tahu kenapa.. Sepatutnya grill pasang semalam tapi sabtu tu aku pergi kedai grill ada dua panel lagi yang belum siap. So mamat tu mintak tangguh hari selasa. Aku ok aje as long as dia buat grill aku cantik dan tak de defect. Sabtu malam ahad tu kami beriga beranak berangkut dan bermalam di Taman Sutera. Deena tak de balik kampung..dengan cik Ana dia. Hmm suka sakan lah kakak kat kampung tu..mama aje yang keciwa…heehh dalam hati rasa kalau balik kampung petang sabtu tu ok gak…hmm tapi hunny malas sebab dah lewat. Petang tu aku ronda2 sekeliling taman. Row belakang rumah aku rasanya hujung bulan ni mesti ramai yang masuk. Row tu dah ada 4 rumah yang dah masuk. Pastu masa ronda2 tu ada 4 lagi yang nak masuk dan rumah dah siap pasang grill. Dan masing2 tengah sibuk cuci rumah. Row aku hanya satu rumah aje yang dah masuk. Row bertentang rumah aku dah ada satu rumah masuk, row Adnan ada dua rumah dan row pertama ada 3 rumah yang dah duduk. Makin lama makin meriah dan setiap hari memang ada aje orang yang datang dok cuci rumah. Aku saja ronda2 sambil dok tanya2 ada tak orang nak jaga anak. Hmm susah ni nak cari penjaga Ilman kat situ. Mostly owner kat situ semuanya cam baya2 aku aje..masing2 pun sibuk bekerja kan.. Kalau pindah hujung bulan ni Ilman still kena hantar ke rumah siti. Leceh jugak. Tapi tak tahulah kalau hunny sanggup hantar Ilman dulu sebelum dia pergi kerja. Nak ambik bibik ni belum sesuai lagi. Biar aku settlekan hal rumah dulu…mungkin hold Ilman pada siti sebulan lagi sebelum kami decide pasal bibik atau penjaga baru Ilman. Anyway projek pindah InsyaALLAH akan berjalan seperti yang dirancangkan
Monday, June 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment