Phase pindah rumah dah selesai. Alhamdulillah walaupun macam nak mati kepenatan (specially hunny yang paling teruk dan bertungkus lumus mengangkat barang thank you darling…(hunny you look so sexy bila sweating mcm tu – Sorrylah yang baru terperasaan haritu - ahak untuk tontonan aku sahaja ) tapi syukur sebab semuanya selesai hari sabtu tu. Aduh tobat aku tak nak pindah lagi. Penat sungguh lagi2 pulak nak pindah dari tingkat 4 yang tidak ber lif tu. Bayangkan lah nak turun naik angkat barang dari tingkat 4 sampai ke bawah. Rasa mcm nak patah tulang belulang dan pinggang aku hari sabtu tu. Kepenatan betul semua orang, nasib baik le ada indon dua orang yang lalu kat situ. Nampaknya dia mcm menyerah diri le pulak. Aku panggil depa suruh tolong dan aku bagi upah RM30 untuk diorang turunkan almari kayu yang berat tu. Kalau tak de indon tu alamat memang le tak selesai lagi kerja kami. 2 trips untuk angkut semua barang2 besar. dan barang2 kecik aku sumbat dalam Avanza, kereta ayah dan kereta adik aku. Kemas rumah, satu hal lagi nasib baik mak, makwe, ana dengan kawan dia datang tolong, barang2 memang dah berselerak kat tengah rumah. Barang dah lah banyak…Iskh baru aku perasan yang barang2 aku memang banyak betul. So seharian ahad dan Isnin (aku cuti Isnin sebab tak boleh bangun sakit2 badan) tu kami mengmeas rumah, susun barang apa yang patut. Stor dah penuh dengan kotak2 dan barang yang tak nak pakai lagi pulak dengan maianan control hunny. Selebihnya aku sumbat kat dalam bilik bawah termasuk katil dan almari aku letak kat bilik bawah. Itu pun sebahagian besar kotak belum bukak. Rasa macam nak sedekahkan aje barang2 tu semua. Semak pulak ada barang yang sayang nak buang tapi malas nak guna lagi. Sementara waktu ni kami tidur kat family area dengan toto. Masih belum 1005 kemas dan teratur seperti yang aku rancang. Koman-koman sebulan 2 baru selesai semuanya. For this time being aku tak de meja makan. Meja makan lama aku tinggal rumah balakong. Gobok aku bawak balik sementara nak tunggu KC siap. Dapur gas lama pun aku bawak jugak dan washing mechine lama tinggal sebab dah ada WM baru, InsyaALLAH hujung bulan ni lepas settle kitchen cabinet baru le boleh beli perabot katil almari dan meja makan. Cornice pun satu hal jugak, janji boleh siap hari sabtu petang tapi sabtu petang tu baru pasang ¾ so selebihnya sambung hari Isnin. Nasib baik kerja elok dan berkualiti sebab cina yang buat, buatannya kemas dan cantik, then harga pun ok berbanding orang lain, so aku tak leh komplen banyak2 walaupun sakit hati jugak sebab kena basuh rumah 2-3 kali lagi sebab kotor kena plaster ceiling putih2. So kerja2 remeh semua dah selesai aku pun dah kira lega sangat2 sebab 70% paln dah terlaksana. Lepas ni nak tunggu KC siap then lepas tu baru le memulakan operasi menghias rumah. Rel langsir pun belum pasang habis lagi ni sebab haritu mamat grill tu dah kepenatan. Hunny pun ada 2-3 tempat dan wiring yang dia nak kena touch up. Semalam aku dok cangkul dan buang rumut2 halus kat tanah sekakngkang semut belah depan. Sebelum tu mak dah bersihkan rumput2 kat tanah belakang tu. Siap dah tanam daun sup lagi kat belakang. Aku lepas ni nak cari pokok2 buah untuk ditanam depan rumah. Pastu nak fikir plak pasal nak buat mini garden kat tanah depan tu….iskhh banyak le pulak plan. Yang belah dalam tak settle lagi dah sibuk dok fikir nak hias belah luar pulak. Kalau beli rumah phase 1B haritu dah untung sebab dah ada built in pergola just beli buaian dan gantung kat situ. Hmm best gak petang2 leh dok main buai kan. Apa-apa pun kain baju dan juga kotak2 kat dalam bilik bawah harus aku selesaikan sebelum hujung bulan ni. Makcik2 aku dah sibuk tanya bila nak buat kenduri dan hosuewarming. InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih sikit hujung bulan ni la kot. Ina kamu, norm ngan geng2 kita jangan lupa bawak hadiah yang best2 untuk aku. Koman2 set pinggan mangkuk Giacomo yang 72 pieces tu ok.
Tuesday, June 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Zira, ada barang yg nak dibuang atau tak nak pakai, kalau nak didermakan kat Little Al-Azhar Garage Sale ni... dpt pahala insya-Allah. Toys, buku, baju etc.
GARAGE SALE LITTLE AL AZHAR
20 OGOS 2005
Tujuan:
Mengumpul dana untuk Majlis Ihtifal.
Sesiapa mempunyai barang-barang dan pakaian yang boleh dijual untuk didermakan untuk Tadika sila hubungi Puan Rohana di talian
03 79608667
Zirap... amboi amboi hehehe.. baik ko tepon Pinie, dia tak sabo nak p umah ko. hari sabtu lepas aku dgn kak chomb p umah dia.. dok ajak kami p umah ko.. aku kata ko blom pindah lagi... sib baik tak p.. kalo idak hehehe :P
Post a Comment