Tuesday, July 19, 2005

Jon Grimkell Helgasson a.k.a Ilman Abqaary :)

Hesem giller Jon Grimkell Helgasson yang menang MANHUNT tu. Ia mengingatkan aku pada anak aku heeh dengan harapan anak aku sehensem dia bila besar nanti (perasan le mama ni) dan juga pada B yang memang hensem. Hmm rugi sebab tak tatap wajah Jon setiap hari masa preganntkan Ilman kalau tak tentu kalah daddy lepas ni. Masa pregnant Ilman rancangan tu kat Astro pun belum bermula lagikan. Tang mata dia tu yang mahal. Mata sepet dan rupa ala-ala siam. But Ilman mana ntah dapat mata sepet tu pelik..tapi actually Hunny masa kecik (tengok gambar dia laa) mata dia memang sepet pun. Iras2 mereka bertiga memang dah nampak walaupun Ilman masih kecik..ceeewaaahhh. Sah mama memang perasan.

Haritu rasa macam nak tanya B ada tak gambar dia masa kecik2 saja lah nak tengok ada iras anak aku tak…kuang..kuang..kuang Ini macam kes hunny, Rudy dan Anuar Zain suatu ketika dahulu. Bukan perasan yek orang yang kata. Masa tu aku masih bertunang dan kami ada perjumpaan dengan geng2 jenel kat sate kajang. Siapa masih ingat angkat tangan. Masa tu lah budak-budak tu dok kata diorang rupa Anuar Zain cerita lama la tu…sekarang hunny.. rupa dia maintain hensem maintain kurus hmm jangan kena ngorat sudahlah. Ahak takut jugakl..susah nak jaga suami hemsem ni…kalau dia tak ngorat pompuan yang akan ngorat dia. Sebenarnya rindu kat rudy, agaknya dia masih marah pada aku sebab tak hadir masa wedding dia dulu. Rudy kalau awak baca blog akak ni…akak minta maaf banyak2 yek. Tahniah sebab dah dapat cahayamata lelaki yang mungkin satu hari nanti akan hensem seperti ayahnya ala-ala Anuar Zain. Aku selalu aje ikuti perkembangan baby rudy dalam fotopages dia.


Pakwe hensem, zaman remaja dulu mestilah nak cari pakwe hensem sebab bila time nak dating tu mesti orang akan kata feh hensemnya mamat tu. Haahh boleh tumpang sekaki. Ex aku dulu semuanya boleh dikategorikan good looking padahal aku ni bukannya lawa pun. (sedar diri sikit). Specially Abg M**. Leen ngan Zai kenal…iskhhh best gak ekk ingat kisah cintan cintun zaman dulu-dulu ni. Dia memang le hensem dan kemas dan heehh heeh memang le menjadi idola dan rebutan senior2 kat sekolah….tapi last2 jadi pakwe aku…teringin nak jumpa wife dan anak-anak dia. Lagi dulu pendam rasa nak jumpa ni…nak cakap kat hubby rasa takut tapi kalau cakap pun mesti dia bagi punya. Dari sejak bertunang sampai dah anak dua hajat aku nak menjenguk dia dan mak dia belum tertunai sampai harini. Raya tahun ni laaa…amacam ada berani ke…Aura first love tu memang kuat dan aku rasa sampai mati pun tak hilang kot. Itulah kenangan…boleh ke nak buang kenangan yang kita rasa antara perkara terindah dalam hidup kita…haahh jawab jangan tak jawab. Antara SMS yang terlepas kat TPE pagi tadi. Saya dah kawin anak 3, first love saya dah kawin juga anak 3 dah dekat 15 tahun terpisah kebelakangan ni dia contact saya semula dan kata akan tunggu saya bila saya dah bersedia. Saya pun masih cintakan dia. Gillo ke apa orang yang hantar sms tu. Segalanya berkemungkinan.


Aku dari dulu memang target jejaka hensem dimata aku untuk jadi boifren (package all in one..good looking and educated). Hensem ni abstract tapi kalau taste aku cam Jon Grimkell Helgasson tu kira memang power dan tinggi tahap kehenseman yang aku letakkan pada seseorang mamat. Sampai dulu cousin2 aku dok tunggu nak tengok future husband aku macam mana. Wei masa tu risau gak buatnya jodoh aku ngan mamat serabai mana mahu taruk muka. Sib baik alhamdulillah hubby memang good looking person so maknaya aku dah kotakan kata2 aku dulu. Selamatlah kalau tak sampai mati le kena kutuk buta2 dengan diorang.


Ada satu mamat ni namanya Nazrin, aku kenal masa praktikal…hmm ni cinta cyber aku…masa tu aku memang single. mamat ni memang aku tak pernah jumpa sebab dia duduk JB dan kerja kat Singapore (I hope one fine day aku akan jumpa dia dengan wife dan anak-anak dia)…Manalah tahu kot-kot dia terbaca blog aku ni. Aku harap dia masih ingatkan aku. .hari2 aku chat sakan dengan dia..every night dia akan calling…calling from JB dan kami sembang sampai tak ingat dunia..sembang kat phone tengah malam sampai ke pagi. Aku tak tahu berapa banyak bl telefon yang dia bayar but I don’t mind sebab dia pun tak kisah. At that time aku rasa gaji dia dah more that 7K dollar sing. Tapi tu lah almost 4 months bercinta cyber satu hari ALLAH nak memberi petunjuk. aku try call HP dia then…guest what tunang dia angkat. Tapi aku ni cool..so..bila tunang dia tanya siapa ni..aku jawab selamba kawan mamat ni then bila aku tanya siapa tu dia kata dia FiancĂ© Nazrin..kuang…kuang..kuang..kelu lidah so aku kata kirim salam yek..hehh…tapi lepas tu nazrin keep calling2 jugak..sian tunang dia… Suraya..tapi aku terpaksa treat dia as friend ajelah walaupun sebelum tu dah terover treat…hehh hehh…(maklum le tepuk sebelah tangan tak kan menjadi) but kisah aku dengan dengan Nazrin memang antara kisah cinta yang smooth…mcm kalau ingat mesti rasa sedih. Yang aku ingat sampai hari ni he drove Citreon Xantia masa tu.

2 comments:

Anonymous said...

Aik hansem ke Jon tu???

Anonymous said...

lor..kak zira..masa akak pregnant ilman tu dah start dah la manhunt tu :)