Taman Sutera semakin meriah sekarang. Jiran sebelah rumah dah officially pindah dan Zamri pun dah pindah juga. Barulah lega sikit hati aku ni maklum lah dulu2 hanya aku ngan budak Uniten yang kat hujung row aje yang ada now dah 5 in the row. Sebelah rumah aku tu tinggal ramai jugak serumah. Kereta kat umah tu aje ada 4 biji. Aku pun belum sempat nak berkenal mesra dengan jiran aku tu. Tapi dah pernah bertegur sapa dengan owner rumah tu sebelum2 ni. Harap-harap diorang tu ok sebab yang duduk kat situ aku tengok budak-budak lelaki tak tahu le dah kawin ke belum tapi ada gak perempuan plus tuan rumah suami isteri. Hmm hubby dah le jenis berat mulut takut nanti jiran kata husband aku sombong. Aku nak tegur sangat pun mcm segan jugak sebab owner tu mcm pangkat pakcik dengan aku. Dengan wife dia pun aku jarang terserempak. Nantilah bila buat kenduri aku jemputlah diorang just nak bermesra-mesra.
I would say zero and nothing la norizan. Seperti yang aku kata dalam blog sebelum ni, sabtu baru ni after opis aku sempat menyimpang ke SCP. Biasalah nawaitu tu (memang nak window shopping)..tapi nasib baik le tak membeli apa-apa walaupun pada mulanya memang aku dah pegang baju untuk deena. Heehh tahniah pada aku sebab sampai harini sejak sales bermula aku belum swipe lagi credit card untuk membeli belah. But masa akan datang wallahualam tak janji. Hmm tak boleh laa…takmo tambah hutang kredit kad lagi. Nanti kau akan myesal. Betul tak Ina.. Hmm tapi semuanya memang menjamu mata dan menjamu poket. Petang sabtu aku gi beli barang dapur tapi sebelum tu sempat gak menyimpang Metro kajang sanakan ada parkson juga tapi nasib iman dan pemikiran masih waras so aku berlalu dengan tangan kosong jugak. Feh kalau boleh tutup mata tutup telinga dan buat2 tak tahu dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni kan best.
Itulah kadang-kadang aku rasa kena kurangkan kadar kestressan hidup aku. Sebab semulajadinya bila aku stress atau tension aku tend to buy a lot of things just to comfort myself. The scenerio is aku akan mula fikir biarlah aku kerja penat-penat biar aku belanja sesuka hati aku. The fact is aku pokai time tu. Tak de duit pun beli jugak sebab kredit card ada lagipun ditambah dnegan sales yang memang tempting untuk mata aku. Memang mcm tu la aku ni. The bad habit yang aku ada dan aku kena buang mulai saat dan hari ini. Bila stress mula terfikir nak beli itu ini sebab dlm situsai ni aku memang tak boleh nak control perasaan dan tak boleh nak membuat perkiraan dengan baik seperti aku dalam keadaan tenang dan cool. Sekarang ni dah rasa insaf sikit dan mungkin dah tersedar agaknya.
Bila fikir secara rasional sales tak semestinya kena beli kalau kita tak de duit walaupun kita ada kredit card, nanti kita menanggung hutang yang banyak (norizan pernah tulis topik ni suatu ketika dulu) at the same time kita bukannya urgently need benda-benda tu semua. Hutang kredit kad adalah hutang yang paling bahaya dan mampu buat seseorang menjadi muflis. Aku takmo le muflis so that aku walaupun kalau boleh nak hold dulu payment 2K tu tapi bila aku tengok monthly chargers dah more than RM25 (which mean kalau aku isi minyak lepas 3 hari pergi balik opis) might as well aku settle semua sebelum semuanya melarat dan belarutan. This is for long term planning.
Now I’m in a cooking mood. Since pindah rumah semangat nak masak memang tinggi dan berkobar-kobar. Mungkin kerana bila balik rumah dalam keadaan kemas dan terurus. Lagipun mungkin juga sebab dapur baruku itu J. Kepenantan dah berkurang jadi mood nak masak semakin baik. Output lauk yang aku masak rrasa makin sedap. If not tak kan semalam hunny makan beria padahal aku just masak sambal goreng tempe dengan soo hoon masak tumis air.hhh yummy..hmm memang sedap dan deena asyiklah nak ratah soo hoon yang dia dok panggil sumee. So untuk petang ni (aku puasa hari ni) aku nak masak spaghetti untuk berbuka puasa. Semua bahan-bahan memang dah ada except for oregano. Tak de oregani pun tak pe kan sodap jugak…hmm tak sabar nak balik masak.
2 comments:
zira
aku teringin sambal ko tu. Ala yg ko rajin bawak g UUM dulu tu. Sedapnyaaaaa weiii.. kalo aku upah ko masak.. boleh dak agaknya? Ataupun, kalau mak ko nak dtg sini, mintak tlg dia masak and aku bayar le. Bole ke agaknya?
wah 2 kali nama aku kuar! takpelah kalo nak bershopping sakan setahun sekali and make sure bayo bulan2 cc abih sampai mega sale next year - dzirhans
Post a Comment