Korang tahu tak sebab duit macam-macam perkara boleh jadi dalam dunia ni. Musuh pun boleh mengaku kawan, orang luar boleh mengaku kita saudara, sebab duit juga saudara mara, adik beradik kawan-kawan boleh jadi musuh, orang pun suka-suka nak dengki kat kita, macam tak senang perut aje bila tengok orang senang mula lah nak dengki-dengki dan sakit hati (typical malay yang ada penyakit PHD) semua nak ambil kesempatan atas peluang yang ada pada kita. But oklah aku lebih suka ambil pendekatan win -win situation sebab sekarang ni waktu dan saat ini ada orang yang cuba nak ambil kesempatan atas peluang yang aku usahakan. Tapi oleh kerana effort tu melibatkan beliau sikittttt jadi dia nak ambik le kredit sikit. Kawan aku tu mintak half dari payment yang aku patut dapat tapi aku deal untuk bagi dia ¼ aje dari amount yang aku terima sebab aku yang buat kerja . So kita tengok nanti mcm mana dia setuju atau tak. Sebenarnya sebelum dia suarakan niat dia tu memang aku dah lama pasang niat jika aku terima payment tu nanti memang aku nak bagi sikit kat depa yang ¼ tu la.
Bila kita berada dalam situasi yang melibatkan wang dan dalam masa yang sama melibatkan orang lain sikiiiiit, jangan jadi terlalu rakus dan tamak atau busuk hati atau dengki atau nak makan kenyang perut kita sorang-sorang sehingga kita lupa bahawa tindakan kita itu sebenarnya memecahkan banyak link dengan orang2 yang dekat dengan kita. Atau pun sekiranya kita silap pertimbangan dua-dua melepas dan dalam masa yang sama lepas tu terus tak bertegur sapa. Uisshh rugi sebab hilang satu kawan kerana duit. Sebab nilai pershabatan tu tak boleh di nilai dengan wang ringgit. Aku takmo sampai ke tahap itu. Hmm manusia ni kalau tengok duit memang lupa daratan sikit. Kalau boleh nak bolot semua sorang-sorang diri..heehh heehh. Anyway kalau kita ada dalam win-win situation bagus sebab kita masih boleh meneruskan persahabatan kita, dalam masa yang sama kedua-dua belah pihak berpuas hati..
Tapi kalau tak de duit lagi parah. Aku dengan Is soal duit kami tak de hal. Aku nak pinjam ribu-ribu ngan dia pun tak de hal, dia nak pinjam ribu-ribu pada aku pun tak de hal (opppsss dia tak pernah lagi pinjam duit aku ribu ribu J) aku aje yang selalu suruh dia dulukan payment aku itu ini heehh heehhh tapi kami ada term and condition kami sendiri. Thank you Is…kiranyer kalau aku terdesak dan amat memerlukan cash yang banyak selain hunny aku ada satu lagi banker besar yang 24 hour buka untuk aku J. Tapi aku dengan Is ni dah sampai stage macam adik beradik lain mak lain bapak aje. So korang faham-faham aje la. Lagipun aku ni kalau berhutang memang sangat boleh dipercayaai. Sebab aku kalau pinjam duit orang lama-lama aku jadi rimas dan risau. Dan kalau tak terdesak, tak de kecemasan memang tak denyer suka-suka aku nak meminjam duit orang.
Semalam aku email lagi pada Raja Samsul. Aku frust betul sebab permohonan aku pasal rumah tu ditolak tahun lepas. So aku suruh dia sendiri sebagai boss tolong check dengan staff dia kenapa form aku tu boleh reject. Kalau ikut requirement semuanya patut ok. Loan aku patut approve dan sekarang ni aku dah patut sign S & P rumah tu. Harap-harap tahun ni aku berjaya dapat. Doakan aku ye kawan-kawan mudah-mudahan lebih murah rezeki kami. Dalam masa yang sama kami masih lagi menunggu jawapan pasal umah kat PD tu. Aku memang berharap sangat dapat beli apartment tu. Hmmm kalau dapat sebiji pun jadi lah.
Huargghhh tadi aku called hunny, pastu dia kata dia takmo jugak balik kampung…penat le aku merayu kat tepon tu. hmm nak pujuk kat umah takut. Nanti dia kata tak reti bahasa ke orang kata tak payah balik. Asyik balik kampung aje..memang lah bulan ni dah 2 kali balik kampung pastu minggu lepas mak baru datang sini. Ni nak balik lagi. Pastu dia kata kalau aku nak balik Melaka dia izinkan tapi dia malas nak balik. Pastu aku kata lama lah yang, nanti awak boring. Dia kata tak pe kalau boring dia balik Muo. Dia kata aku balik aje ngan adik aku…memang le aku suka tapi adik aku ada gathering kat PD pulak…Huarghh siapa nak jaga anak aku masa aku drive nanti. Masih tak boleh balik jugak kalau camtu. Ada sesiapa yang volunteer nak ikut aku cuti balik Melaka…jom lah aku nak balik esok ni…
1 comment:
ape kata akak stay je kl, habiskan cuti lama tu ngan pegi jejln ngan hunny akak ngan deena and ilman, pi la tmn botani ke, tasik putrajaya naik kayak ker, alamanda ker, main boling ker, movie ke hehe...kitorang igt nak pi tasik putrajay tuh, pastuh nak gi bagan lalang , bley pekena ikan bakar ngan kayak, kuda pon ade kat situ
Post a Comment