Friday, January 27, 2006

Yang ni OK kot


Buat pertama kalinya aku rasa yezzzzzaaaaa dan bersorak bila tengok MMB malam tadi. Harr har harr padan muka Jessy yang hipokrit tu. Uish aku memang anti sikit species yang hipo, cas bagus, perasan cun tapi secara batin dan zahirnya tak bagus jugak pun (cun ke amoi tu) Memang lah cun kalau nak compare dengan aku ni tapi kalau ikut attitude dia..hmm tak cun langsung amoi tu cam ada mistaken identity sikit. Dalam dunia ni memang banyak jenis manusia yang come with mistaken identity. Life diorang ni macam tak berpijak di bumi nyata. Seboleh bagus si Jessy tu kata dia tu cantik sangat, dia tu memang for sure akan menang MMB. Malangnya amoi, nasib tidak menyebelahi dirimu. Sebab tak tahu nak cari identity diri kau yang sebenar menyebabkan ramai yang menyampah dan meluat dengan tingkahlaku kamu yang berpura2 amatzzz. My conclusion is Jessy yang bersikap terlalu bagus tu telah menyebabkan diri dia menjadi mangsa kepada kritikan kawan2 yang lain. She deserves it. So malam tadi aku tido dalam senyuman walaupun tido lewat selepas tengok Ripley’s..heeh heehh




Setiap malam Jumaat rutin TV aku mungkin lain sikit. Aku memang peminat setia Forum Perdana dan lagi pulak malam tadi topik yang dibincangkan memang berkisah tentang hal rumahtangga - bercerai. Selalu kalau aku dok tengok FP hunny akan dok bawah buat kerja2 dia like malam tadi dok sibuk betul2 kan dan bege2kan minimoto tu. Dan aku setiap kali tengok FP saja aku beso2 kan volume TV tu supaya dengan harapan ilmu2 yang ustaz-ustaz dan ustazah kongsikan dapatlah masuk sekali dalam telinga cik abang aku kat bawah tu…dia tu buat kerja tapi telinga dia berfungsi macam telinga lintah. hehh hehhhh. Bukan FP aje apa2 ceramah agama, talk, motivasi yang berkaitan, hidup, keluarga, rumahtangga, ibu bapa automatically aku akan kuatkan volume TV/radio kalau kami dengar sama-sama. Ada makna tu….kalau tak faham-faham juga lagi tak tahu la yang…heehh…lepas MMB aku sambung tengok Mya Zara, pastu tengok Malcolm dan Ripleys.





Bila aku baca Onde punya entry yang di dok senaraikan macam-macam pasal diri dia aku dok fikir. Onde ni bab garang dengan anak-anak, bab cepat mengeluarkan air mata memang species aku tu. Aku plak kalau nak senaraikan apa yang aku suka, apa aku tak suka, apa yang orang tak suka tentang aku, apa orang suka tentang aku memanglah banyak bebeno. Tapi tak payah le nak share benda tu semua pasal, tingkahlaku, perwatakan kita hari ini sebenarnya 70% diperngaruhi oleh kehidupan kita dimasa silam, Persekitaran kita semasa kanak-kanak remaja dan sebagainya. Selebihnya tu mungkin kita dah adjust2 bila kita dan masuk asrama, study kat U, persekiitaran di tempat kerja dan selepas kita berkahwin.





Ilman Abqaary yang bijak itu. Sah memang anak lelaki yang sesungguhnya sangat ceria, lasak dan suka sangat menggomol kakaknya. Sabar ajelah adik man ni. Pagi ni mata aku cam bengkak2 sikit. Aku rasa aku berjangkit sakit mata dengan anak bujang aku tu. Balik kerja semalam aku dah perasan mata Ilman dah merah merah tapi tak obvious sangat pun. Lepas maghrib aku ajak hunny pi klinik, tapi teringat yang ubat mata dulu masih ada. So tak gi klinik aku just titikkan ubat mata beberapa titis pada Ilman dan juga pada deena. Malam tadi masa Ilman tido pun aku titik kan lagi ubat mata tu. Dan pagi ni bangun, mata Ilman nampak ok, maknanya kalau hantar taska tak kena reject, mata aku plak yang macam sembab, bengkak seperti orang tak cukup tido beserta gatal. Apa maknanya tu.Hmm kalau nak kena sakit maat sekarang teramatlah ruginya aku..pasal esok dah start cuti seminggu….heehh heehh





Misi balik kampung, ok hunny dah setuju balik kampung tapi banyak betul term and condition cik abang aku ni. Oleh kerana aku yang beria nak balik kampung jadi kenalah give and take dalam urusan balik kampung kali ni. Kami balik esok pagi, tapi sebelum tu nak kena fulfill hajat cik abang kita nak ke semenyih untuk cari spare part mini moto Ilman. Aku ok aje..tapi nampaknya lambat le aku sampai umah mak esok. Oklah tu janji dia nak balik. Cepat atau lambat bukan persoalannya.

No comments: