I can call my last weekend as hari bekerja di rumah. Seawal 6.30pagi aku dah bangun. Uisshh pastu camner ntah tak boleh nak sambung tidur semula sebab bebudak riang berdua tu pun dah sibuk bangun pagi-pagi. Aku turun bawah prepare breakfast buat bihun goreng buat air milo. 8.30 hunny tak breakfast lagi ntah kemana merayau ngan anak-anak pagi-pagi buta naik motor. Aku sambung kerja, kemas rumah kemas pinggan mangkuk, kemas fridge yang penuh dnegan lauk2 lama yang tak terusik. Menyemak mata memandang. Tu lah setiap kali beli lauk tak habis makanasal le cik abang aku ni tak reti-reti nak makan lauk banyak sikit. Bila tak habis semua pakat sumbat dalam fridge last2 penuh peti ais dengan lauk2 lama yang memang tak akan dimakan.
Habis bab dapur ke tengah rumah, sapu rumah luar dalam, mop lantai. Selang seli pulak masak nasi. Sebab haritu aku masak sup tulang so kerja aku senang sikit. Rebus tulang pastu aku tinggal kan aje..then sambung dengan melipat kain baju yang tak berusil sejak aku balik kampung CNY haritu. Boleh bayangkan betapa banyaknye dan penuhnya kain baju kat tengah rumah aku. Humaanggg aaaiikkk…lipat-lipat tinggal sekejap ke dapur plak, sediakan rempah ratus untuk sup tulang. Bila tinggalkan kain yang berlipat tu mulalah si bobot tu kirai sana-sini Sabar aje la...
Sampai le tengahari aku menghabiskan melipat kain. Itu pun tak habis jugak. Deena pulak pakat kena demam campak dan demam sejak malam tu.Tak de angin tak de tanda takde ribut tup-tup badan panas berapi. So semua benda nak kena attend serentak. Bagi deena ubat, letak air kat kepala, basahkan badan tak bagi badan dia panas sangat lagi pun takut terhidrat. Itu pun dalam masa satu malam muka makcik tu dah kering nampak sangat dah kurang air. Bila anak aku tertidur mama dia pun tumpang sekaki tidur ditimbunan kain baju. Adik Ilman memang dah hilang dengan addy. Ntah kemana-mana.
Bila phone bunyi aku terjaga jam dah pukul 2.30. Mak called nak cakap dengan deena tapi cik kak tidur sebab demam. Aku bangun sembahyang, sambung lipat baju sambung tidur lagi. Cuaca pulak mendung dan lepas tu hujan lebat. Lagilah sedap nak berhibernasi . Waktu tu addy dan adik man tengah berdengkur kat atas jadi aku pun dapat tidur dengan aman di bawah. Petangnya kami ada agenda nak kutip duit sewa rumah lama. Sampai Balakong penyewa bagi duit tak cukup RM200. Hmm kesian juga tapi dia janji nak bayar by end of this menoth. Kalau tak good bye aje lah…aku kena cari back up penyewalah. Lepas ni kalau tak de orang sewa umah tu sakit jugak aku pasal aku main kutu RM400 sebulan bayar pakai duit sewa rumah tu la.
Boringkan weekend bila separuh hari kami habiskan di rumah suku hari baru kami keluar itu pun setakat gi ambik duit sewa dan gi Econsav* beli barang sikit. Selebihnya….uisshh betapa tak boringnya hidup aku ini. Mulanya ingatkan keluar tu terus nak melepak Putrajaya tapi hujan lebat punya pasal..jadi kami habiskan masa beli barang dan makan aikrim aje. Hmmm boringnya kalau every weekend terpaksa spend masa macam ni. Dok merungut ngan hunny, masa tu dia dok kat sofa aku plak tengah lipat kain yang menimbun. “Yang weekend orang semua berehat bawak anak gi jalan-jalan”. Saya weekend dok umah lipat baju pulak”. “Tak kelas langsung”. Ada makna yang tersurat dan tersirat disebalik kenyataan aku pada hunny tu. Tapi cik abang aku tu as usual diam membisu dan membatu. Ada dua makna samada dia dengar dan dia fikir atau dia dengar tapi buat-buat tak dengar. Korang tafsirkan lah sendiri.
1 comment:
klakar la cara akak sound hunny akak tuh hehe
kitorang pon berjaye duk umah je sepjg weekend lepas..slalu kuar gi soppin complex tp last wk terpaksa hibernasi kat umah sbb poket dah sengkek haha
Post a Comment