Wednesday, February 08, 2006

Berkurung lagi

Second day berkurung dalam bilik penilaian. Makan minum semua ditanggung kat sini best jugak. Setakat pagi ni..actually kat sini tengah blackout, we managed to finish 4 proposals. Berasap gak kepala nak bagi markah. Ingat senang heeh heehh


Semalam petang dalam kereta.‘Mama kakak tak nak pakai pampers lagi la?’ Anak dara yang bijak tu request tak nak pakai diapers sebab katanya kawan-kawan yang lain ramai dah tak pakai diapers. So dia rasa malu. Adus mama yang belum ready tak nak bagi kakak pakai diapers. Oklah sebelum masuk 3 tahun..ohh yeahh lagi beberapa hari aje ni…mama akan train kakak tak payah pakai diapers lagi.


Birthday planning…macam biasa tak de pun nak buat secara besar-besaran..kami berempat beranak,dok mengadap makan, dan berdoa ajelah agar ALLAH panjangkan umur dan murah kan rezeki. Birthday present for deena, InsyaALLAH akan dibeli di melaka nanti. Suka sakan lah makcik tu…lama dulu dah dok request dari mama dan addy. Birthday present mama, hmmm cukuplah sekadar kasih sayang, kebahagiaan dan ingatan tulus ikhlas dunia akhirat dari addy. Tengoklah malam sebelum birthday tu kot2 boleh requet sesuatu yang grand. Hmm shouldn’t be a problem rite darling.


My hubby bukan jenis yang romantika di amor. If you want something from him you better ask. Kalau nak tunggu dia yang offer hmm seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Dan aku yang memang hidup dalam dunia reality amat la arif sangat dengan suami yang bukan tak perihatin ni, but he doesn’t know where to start. So kenalah minta apa-apa kalau aku perlukan sesuatu dari my hubby.


Deena’s progress alhamdulillah kematangan semakin ketara, dah kenal A-Z dan sekarang aku tengah dok ajar dia cara membunyikan huruf. Hmm harap sangat dalam umur 3 tahun deena boleh membaca. For that mama yang kena lagi bekerja keras. Waktu study deena, dalam kereta on the nak gi kerja/balik kerja dan waktu santai after maghrib.


Progress adik man..hehh makin comel,aktif dan manja plak terlebih si bujang ni. Most of the time bertekek dengan addy aje. Dengan mama waktu malam sebelum tidur, dan sekejap waktu pagi sebelum gi kerja. The rest memang Ilman membesar atas tangan addy. Fair lah sebab deena mama yang uruskan. Deena lagi banyak songeh kalau ngan addy tu memang langsung dia tak jalan. Silap-silap addy yang iku apa anak dara dia cakap. Dengan mama pun dia keras jugak hatinya. Tapi she’s a good girl dan bijak sekali alhamdulillah

2 comments:

Anonymous said...

naper akak dah tak update blog?..I really like to read your journal. i've been waiting to know your next story...., anyway.....thanks for filling my days with all ur experience .....

Anonymous said...

Adik :),
bukan akak tak update blog but the whole last week I was busy with tender evaluation. Rasanya semakin hari semakin banyak kerja.

Kalau boleh satu hari nak masukkan 2-3 entry tapi masa pulak kurang mengizinkan....

jenguk2 sini selalu ok..chow

*Tuan Punya Blog*