Monday, February 27, 2006

Finally - Now you know who I am :)

1998

Aku cucu pertama dalam keluarga kedua belah pihak yang menerima ijazah. Mak dan ayah paling bangga. Tanggungjawab aku besar dan berat untuk membuka mata dan memberi kesedaran kepada adik-adik dan sepupu-sepupu aku bahawa kita orang susah, kita dahulunya budak kampung yang selekeh, kita berkudis, kita busuk orang tak pandang, orang tak nak tolong but never give up, kalau berusaha pun boleh berjaya juga macam mereka. Tapi kita kena sedar siapa diri kita sebenar dan dari mana asal usul kita. Sekali lagi aku jadi pemangkin kepada adik-adik dan sepupu-sepupu aku. Kalau ada pun yang belah ayah mereka hanya tamat sampai diploma di ITM waktu tu. Mereka semua orang KL, mak ayah mereka bergaji besar so aku tak berapa nak heran sangat. I’m the pioneer - Hidup di kampung sangat berbeza keadaannya. Kesedaran kena datang dari dalam diri sendiri.


Lepas grad aku mengangur 3 bulan. Alhamdulillah selepas tu TNB panggil untuk aku masuk New Executive Training. Masa tu aku batch ke-3. Mulai first gaji memang aku dah nekad nak tolong mak. Setiap bulan aku bagi mak duit, walaupun tak banyak tapi at least aku membantu aku tak pernah merasakan bantuan aku pada mak dan ayah membebankan sedikit pun tidak sedetik pun tidak walau adakalanya aku dalam keadaan amat terdesak tapi bila mak dan ayah perlukan bantuan aku sanggup buat apa sahaja. Walaupun mak dan ayah minta semua harta aku harini, aku memang sesekali tak akan refuse untuk memberikan segalanya.. Dalam masa yang sama aku start menyimpan sebahagian besar gaji aku. Adik aku masih belajar dan bersekolah aku satu-satunya sumber untuk meringankan beban mak dan ayah.


Lepas aku dah kerja lama sikit ayah beli kereta pak cik yang lama. Kereta pertama ayah, walaupun kereta lama tapi ayah bangga memandunya kami pun tumpang bangga, Dapat juga ayah merasa bawa kereta sendiri. BBB tulah yang digunakan oleh ayah untuk ulang alik dengan mak dari KL ke Melaka. Kehidupan kami semakin berubah. Alhamdulillah dua-dua adik aku selamat grad dan Ana sambung diploma di Politeknik PD. Selepas bekerja lebih 3 tahun keadaan menjadi semakin mudah dengan bantuan 2 adik lain yang dah bekerja. Adik beradik aku lengkap 6 orang semua. 3 lelaki dan 3 perempuan.


Itulah reality kehidupan aku. Jadi memang tak pelik kalau korang mengenali aku seperti aku hari ini tegas, bersemangat, garang dengan anak-anak sebab banyak sungguh kenangan suka duka dan getir yang terpaksa aku lalui demi satu perubahan. Aku tak kisah tentang aku yang terpaksa susah tapi aku kisah sebab mak dan ayah yang terpaksa lalui itu semua demi membesarkan kami adik beradik sungguh kami tak mampu nak membalas segala jasa mak dan ayah.. Aku tak mahu anak-anak aku melalui zaman seperti itu, cukup aku sahaja yang merasainya. Kalau pun saat ini aku diminta menceritakan kisah hidup aku satu persatu, aku pasti akan ingat setiap satu peristiwa secara details dan terperinci. Apa-apa pun syukur aku berada disini pada hari ini. Syukur mak dan ayah dah tak perlu lalui zaman kesusahan mereka lagi, syukur makwe pun turut sama merasa kesenangan kami.

Kisah hidup lalu adalah sejarah, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup orang lain supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita dalam masa yang sama kita lebih bersedia jikalau kita menghadapi situasi yang sama. Dan dalam banyak-banyak surah inilah surah yang aku pegang dari aku kanak-kanak sehingga hari ini. Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang berpesan kepada kebenaran, dan orang-orang yang berpesan kepada kesabaran. Amin…


Al-Fatihah untuk semua watak-watak yang telah meninggal dunia didalam entry ku ini.

T.A.M.A.T

2 comments:

dzirhans said...

ko betterlah from aku. aku dpt 20 sen sehari masa sekolah rendah ... ko dpt 30 sen ... mewah tu.

Kopi Suam said...

Ala lebih seposen aje..itu pun nak berkira ke...aku anak sulong kau anak bongsu lain laaa...heehh heehh nak jugak menang aku ni sabar aje laaa...