Tuesday, February 28, 2006

Harga minyak naik lagi - hampehhh

Harga minyak naik lagi bukan seposen, bukan due posen tapi tige puluh sen. It’s about 20% kenaikan. Gilllossss.. Lepas tu Mayba** plak isytihar naik kan BLR dari 6.25 kepada 6.5% setahun and after this mungkin bank2 lain akan menyusul gak. Masak orang-orang yang pakai kete dan motor serta orang-orang yang menggunakan petrol dan diesel. Lagi masak orang2 yang amik loan umah dan loan kete atau personal loan conventional dengan MB. Aku yang dengar berita pagi tadi mcm tergamam ntah macam termenung mamai sekejap bila dengar berita tu sedih pun ada. Tunggu bulan depan company aku plak naik kan tariff. Lama-lama rakyat Malaysia terpaksa tanggung semua kerugian negara. Aku rasa kenaikan hari ni sebab nak tanggung kerugian keretakan MRR2 yang bernilai 40 Juta. Dah lah tu Datuk SSV I ingat you better step down before rakyat mengungkit semua projek yang you buat sampai double triple payment kepada contarctor. Really I’m sick of this. Golek kiri golek kanan memang sah kita memang tertindas. (ibarat timun dan durian). Kesian aku dan bangsa-bangsa ku…sejarah mengajar kita, hari ini kita cuba bangkit tapi kita masih lagi ditindas rakus oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab – cukup-cukuplah tu Pak L** kenapa tak salurkan aje bebanan kerugian negara kepada orang yang bertanggungjawab kepada menteri2 yang kaya raya kepada wakil raya yang rumah pun ibarat Jutawan.



Contigency plan, memang tak de pun kalau semua berlaku serentak tanpa amaran, kalau minyak naik, tariff naik, BLR naik semua kejadah tok nenek naik, gaji jugak yang tak naik-naik – gaji hunny yang dah 3 tahun tak naik hampeh. Memang boleh survive tapi pada takat level orang kampung ajelah. Kalau macam tu baik suruh bangsamu ini balik kampung tanam jagung tanam sayur lagi banyak untung. Kos sara hidup pun rendah. Memang hidup makin hari makin mencabar, Bekalan simpanan pun baru ada ciput itu pun bukannya best sangat bonus dan dividen yang diorang leh bagi kat kita. Nak harapkan duit simpanan kita bekerja kalau pulangan setakat 4 -5% setahun baik lah balik kampung. Nak harapkan ASB yang kononnya nak bantu bangsa Melayu tapi hampeh jugak. Apasal kome control sangat bonus div Asb tu. Dulu-dulu boleh aje bayar belas2 % sekarang separuh kerajaan dah sapu. Camner nak menyimpan banyak kalau setiap tahun ada aje kenaikan dan pertambahan kos2 yang tak terjangka mcam ni . Aduh serius memang pening kepala. Walaupun kenaikan 30sen (nampak mcm ciput) tapi ini kenaikn berkala. Minyak orang guna setiap hari…setiap masa setiap bulan setiap tahun…dulu full tank 65 ringgit sekarang ni mau RM80. = banyak beza tu. Sebulan aku isi minyak 4 kali (4 x 15 = RM60). So renung-renungkan la bersama.Kenaikan tu aku leh isi minyak sekali lagi dekat2 full tank..


Anak aku belum bersekolah jadi bebanan aku masih berpusat kepada kos2 selenggaraan harian dan sara hidup, mcm mana orang yang anak-anak dah bersekolah, orang yang family besar. Aduh kesian pada kita semua. Lainlah kalau kita ni memang celik2 mata aje kekayaan dah memang menanti untuk kita.Mak ayah kita jutawan. Tapi rata2 80% bangsa aku ni bertapak dari bawah, bermula dari susah. Kalau ada pun yang kaya raya jutawan tu belum besar lagi bilangannnya. Bagi yang terpaksa bermula dari bawah macam aku ni memang perit untuk sediakan payung yang besar sebelum hujan. Ni hujan rintik-rintik dah pun mencurah jadi…sediakan payung yang lebih besar dan kebal serta kalis hujan, api angin air supaya lepas ni kalau ribut taufan plak melanda kita anak beranak selamat dibawah teduhannya.

10 comments:

Nic said...

yupp agree with u kak zira, takde contigency plan pun yang boleh selamatkan kita.. To me, bila barang makin naik nie bukanla kita makin miskin, tapi mmg tak mampu nak improve taraf hidup..

NONIE AZIZ said...

Betulkan zira...serba-serbi naik...tapi gajinya kalau naik alahaii ciput ajer...yang bengang pasal kita ni negara pengeluar minyak...yg kerajaan asik bandingkan harga minyak negara kita dgn singapore, thailand...dewang minyak mahal pasal dewang tak de minyak...bangang betul kan!!!

dzirhans said...

kete aku dah 85 full tank .... huwaaaaa

ummi said...

tu dia. kopi suam dah jadi kopi panas.

SETUJU. SETUJU. derang apa kisah Pn Kopi oii.. minyak keta ada elaun kot? berkhidmat tuk rakyat konon. yang paling gabak rumah ngan keta, depa jugak. anak remaja yang tak tentu hala, anak depa jugak. pastu bila kat jalanraya nak pakai escort lagi. abeh tu org lain takde anakbini tgu kat rumah. pandai suruh org manage, sendiri mao pikirlah. otak ada buat apa? marah nih.

kita ni sib baik gak ada gaji. yang takde gaji tetap??

Kopi Suam said...

Nic,
tu la akak fikir kalau berterusan macam ni memang lah tak tercatch up kita. Habislah wawasan macam ni.

MR,
Alasan yang dua tu balik2 diulang dah basi dah...iskhh menyampah betul...sakitnya hati ini....

Dzirhan,
Kita nak sedih camner harga minyak tetap naik jugak. Bawak motor ajelah pergi opis lepas ni...kau gheti bawak motor ke? mcm tak pernah tengok aje masa kat kampus dulu

mom,
memang tengah panas menggelegak sekarang ni.

Am,
hati tengah hot so tak de mood nak tulis pasal tu lagi..tunggulah nanti time annivesary kot2 lah feeling tu datang....

Tunggu rakyat plak bagi hadiah kat depa lepas ni. Cinta ku sudah berpaling tadah

Anonymous said...

itulah jadinya bila yg memimpin tak beriman, ingat perut sendiri. Pemimpin yg spend so much money on entertainment, pleasure, dan benda2 yg Allah terang2 halang. Tak kata part* sebelah lagi tu baik. Cuma mmg betul... bila Islam tak dipakai, mmg tak akan ada keadilan.
Tapi esok dah nak dekat hari pangkah, mesti depa sogok bonus ke apa... terlupa lagi lah melayu :-)

Anonymous said...

teringin jugak nak tau,
kalau mahathir, mcm mana dia nak setel.

sbb
keadaan sekarang rasa mcm lebih teruk dari krisis masa 1998

ibuVouge said...

btoi cakap KS, blom anak sekolah..kalau sekolah tah macam mana nak survive..
tingat maka bah kat kg, adik 3 org laki belajar..selagi mampu hulur le setakat ada

Anonymous said...

Nk pjg crita. BLR lak naik....teruk le nk bayar utang ruma.

Rata2 semua nk mintak naik (tambang bas, kedai mamak/restoran).Mujur juga ada AI, rega ayam & telur turun tapi cuak jugak nk beli/makan benda2 tu.

Alahai........INFLATION

Angah said...

you are totally right.. teringat lirik lagu "warisan".. ada tau ka?

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi milik diancam orang
(now ni, yang mengancam orang sendiri!!)

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman
(now ni, tergadai harta bende sebab gomen! boleh??)

eerr.. sori le.. teremosional jap.