Friday, February 10, 2006

Inilah kehidupan


Al-Fatihah (10 Muharram)


Aku mengalirkan air mata. Aku yang lambat tahu berita ini. Memang tak sempat nak baca blog dan entry sesiapa dalam minggu ni dan pagi ni bila aku masuk opis agak lambat (aku tiba 8.20 pagi) dengan cerita dan kisah yang terjadi pagi tadi…bila aku baca entry elin baca komen yang begitu banyak aku terkaku seketika. Apa ni apahal ni semua orang ucap takziah sana sini pada elin. elin baru aje happy adiknya bertunang. Baru aje aku baca blog yang dia tak sabar nak tunggu kroni dari KT tiba ke KL dan apa semua ni. ya ALLAH kau tabahkanlah hati sahabatku itu. Ya ALLAH berikan kekuatan kepada dia serta ahli kelurganya yang lain kerana mereka telah kehilangan ibu yang disayangi sekelip mata didalam kemalangan jalanraya.Lagi pula condition ayahnya masih belum diketahui. Aku speechless kalau boleh nak jumpa elin sekarang dan peluk serta tenangkan diri dia seboleh mungkin. Ya ALLAH selamatkan lah ayah elin, Ujian yang satu itu memang terlalu berat untuk dipikul oleh mereka semua Tabahkan hatimu adik..tabahkan hatimu..sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya dan aku hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga roh ibu elin ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-fatihah.



10 Muharram


Malam tadi aku,ingat aku tahu dan memang aku tahu 10 Muharam antara hari2 yang aku tak patut biarkan berlalu begitu sahaja Kebetulan ianya jatuh pada malam Jumaat. Lepas sembahyang maghrib aku baca Quran. Habiskan satu surah pendek dalam 5 muka. Aku doa banyak-banyak pada ALLAH…ya ALLAH selamatkan anak-anak aku..aku ulang doa yang sama seberapa banyak yang boleh Ya ALLAH selamatkan anak2 aku dunia dan akhirat. Aku terus berdoa agar kedua ibu-bapaku ibu bapa mertuaku serta kaum keluargaku diselamatkan didunia dan diakhirat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aku doa dan terus berdoa. Ya ALLAH berikan aku kebahagiaan, keselamatan, kesenangan dunia akhirat. Ya ALLAH makbulkan segala permintaan dan doa yang aku panjatkan kepadamu selama ini. Aku memang muka tak malu selalu sangat meminta2 dengan ALLAH. Tapi ALLAH maha pemurah siapa yang rajin meminta insyaALLAH akan dimakbulkan :)



Antara keringat dan airmata


Sedar tak sedar mata aku berair bila dengar ceramah dalam forum perdana malam tadi. Antara keringat mak ayah yang bersusah payah membesarkan aku menjadi manusia pada hari ini memang tidak terbalas segala jasa dan budi yang ditaburkan tanpa henti. Aku sedar semua itu kalau boleh semua kesenangan yang aku ada hari ni nak aku berikan 100% kepada mak dan ayah bagi membalas budi mereka. Dan sesungguhnya aku tak mahu setitik pun airmata kesedihan dari mereka berdua. Aku haramkan airmata kesedihan keluar dari mata mak dan ayah hanya kerana aku. Mak dan ayah selagi hayat dikandung badan aku akan tetap memberi kesenangan dan kebahagian kepada mereka. Sekarang masa mak dan ayah berehat menikmati kemanisan diatas kepayahan yang terpaksa mereka tanggung sewaktu kami masih kecil dahulu. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah. Kalau kita dapat sedikit kesenangan, jangan lupa panjangkan kesenangan tersebut kepada kedua orang tua kita. Kalau kita tak mampu memberi kesenagan wang ringgit kepada orang tua kita berilah kesenangan lain dalam bantuan tenaga dan sebagainya. Kalau kita tak mampu membantu mak dan ayah kita jangan sekali-kali meyusahkan mereka yang dah memang cukup susah waktu nak membesarkan kita dan mendidik kita.Tapi hari ini banyak anak2 yang memang suka nak menyusahkan mak dah ayah. Dah bekerja pun masih nak bergantung kepada mak dan ayah. Dah berumahtangga sekali pun masih nak susahkan mak dan ayah dengan masalah mereka. Dah tua2 ni mak dan ayah yang terpaksa menjenguk diorang kat pusat serenti, penjara. Mak dan ayah yang dah tua tu jugak yang bawak kan makanan untuk mereka. Apalah nak jadi dengan mentality anak bangsaku ini.



Nawaitu


Niat aku keluar rumah seawal 6.40 pagi tadi kononya untuk isi minyak dahulu. Jarak Shell dengan umah aku lebih kurang 2km aje. So boleh lah aku tiba ke opis awal. Tapi segala perancangan aku gagal di tengah2 highway SILK ketika mendaki fly over di Sungai Ramal enjin kereta aku tersekat2 dan semput. Tiba-tiba enjin keretaku mati sendiri. (Kereta aku tak ada fuel indicator) tetapi berdasarkan pengalaman sebelum ni kalau meter minyak kat takat tu memang lepas lagi untuk drive 10km. Aku yang dalam keadaan kepanikan sedikit tak tergamak nak call hunny (nanti kalau hunny datang dengan motor mcm mana dengan adik man). Memang aku biasakan diri untuk tidak terlalu bergantung kepada hubby dalam hal2 yang aku boleh handle sendiri lagipun aku kan dah janji kalau boleh tak nak susahkan hunny dengan perkara2 remeh. Aku nekad hidupkan emergency light dan keluar sambil tahan2 motor. Aku memang nekad dan alhamdulillah seawal 6.50 pagi di atas lebuhraya SILK ada juga insan yang sudi nak bantu. Aku bagi dia RM20 dan mintak tolong belikan minyak kat stesyen yang jaraknya tak sampai 500m dari kereta aku.



Beberapa minit kemudian kereta peronda SILK datang untuk tarik kereta aku…dan sejurus selepas itu mamat motor itu tiba sambil menghulurkan 3 botol kecik minyak dan baki duit beberapa belas ringgit. Aku capat plastik minyak dan bagi aje balance duit pada adik tu walaupun mulanya dia menolak. Tapi bila aku bertegas juga adik tu berlalu dnegan ucapan terima kasih. Terima kasih sebab dah tolong akak pagi-pagi ni. Mungkin sebab aku adik tu jugak lambat masuk opis dan punch card dia merah. Apalah sangat nilai duit belasan ringgit berbanding keikhlasan dan kesungguhan adik tu nak menolong aku. Syukur masih ada lagi bangsaku yang ikhlas begini.

7 comments:

Anonymous said...

Ya Allah Kak Zira, baru tahu pesal Elin's family bila baca blog akak.Dunno what to say,in the office,I'm so speechless and tears are falling now.

Kopi Suam said...

Akak pun baru tahu pagi ni -baru masuk opis, itu pun sebab nak baca blog elin - nak claim kopok yang akak mintak dia beli haritu, pastu tengok apasal komen banyak sgt kat blog dia ni...

sedihlah kesian kat elin..akak harap dia tabah dan tak lemah semangat...tak boleh bayangkan kalau akak yang berada di tempat elin sekarang ni...aduh nangis lagi.

:(

y@tipruzz said...

itula...kita merancang tp Dia yg lebey arif dlm menentukan perancangan hidup kita kan...sian kak elin...kalo ade pepe berita pasal ayah dia akak jgn lupa tulis dlm blog ok.

Anonymous said...

apa blog elin tuh?....i think i know her. could u please inform me the name of her blog. i feel sorry for her......I need to get thru her ASAP. Could u please help me....thanks in advance for your assistance...

y@tipruzz said...

elin's blog: the-kek.blogspot.com

Kopi Suam said...

thanks yati :)

kalau nak contact number elin..please email me personally

aziraa@tnb.com.my

Kopi Suam said...

Just got smses from Elin

"thanx to all the prayers and condolences. Arwah dah selamat dikebumikan at 11am tadi. Everything went thru without a glinch"

then akak tanya lagi
"ayah macam mana"

elin said "he is ok"

alhamdulillah...