Wednesday, April 19, 2006

Gathering blogger - Apa kata survey

Ayu yang bukak topik ni dulu membuatkan hati aku tak senang nak tidur malam. Aku ni sejak sekolah sejak masuk uni sampai kerja memang suka ajak kawan bertekek dan melepak kat umah aku. Suka nak panggil orang datang rumah makan-makan sambil berpotluck bersembang kerana tetamu tu sentiasa membawa rezeki kepada kita jadi kita kena layan tetamu dengan baik samada diundang atau pun tidak. Tapi sejak dah kawin ni aktiviti aku bergather2 ngan geng2 memang dah berkurangan. Yang terakhir aku buat ialah pot luck berbuka puasa kat umah aku tahun lepas.


Jadi sebelum aku menyahut cabaran ayu tu baik le aku buat survey dahulu. Kiranya secara dasar aku memang bersetuju bangeett majlis bathering geng blogger diadakan dirumah aku secara pot luck. Bagi aku inilah pentas virtual yang mampu menambahkan lagi rakan dan kenalan aku. Kawan ni penting dalam hidup..banyak manfaatnya jadi dengan membuat gathering dapatlah kita semua bersemuka secara life dan mengenali character masing-masing secara lebih telus. Tapi sebelum aku decide tarikh atau sebagainya aku nak juga tahu siapakah gerangan kawan-kawan blogger yang sudi datang ke majlis potluck itu nanti. Maka dengan itu apa kata survey jika kita adakan potluck di rumah Kopisuam yang sekangkang kera di Kajang. Siapa yang sudi nak datang sila angkat tangan sila bagi cadangan makanan apa yang korang plan nak bawak sila bagi cadangan tarikh bilakah yang paling sesuai untuk kita buat majlis tersebut. Sebagai Tuan rumah pintu kayu umah kami tu memang sentiasa terbuka kepada semua tetamu yang sudi menjadi kawan, rakan dan sahabat. Tapi pintu sliding door aku masih terkunci aku akan buka masa hari buat pot luck tu nanti..Jadi jom pakat2 dan war2kan kepada pemblogger tegar semua bahawa kita nak buat gathering…hoiii orang-orang kampung sekelian dengar sini…kita nak buat gathering silalah bagi feedback senang sikit tuan rumah ni nak budget kesesuaian masa, kemudahan dan tempat serta segalanya. Habis kisah gathering.


Entry ni tak de kaitan ngan gathering tu tau…..Bila aku kata aku sengkek macam tak percaya aje. Tapi percayalah dunia bahawa aku memang tengah sengkek sebab pulus tarak sekarang ni. Duit dalam ATM memang dah kering bulan ni…ntah mana lah silap perkiraan aku bulan ni… aku memang kena mintak tolong hunny kaber mana-mana perbelanjaan aku yang dah rongak. Hmm sejak harga minyak naik ni perbelanjaan aku memang tak balance lansung. Dah dua bulan berturut2 aku terpaksa belanjakan sedikit saving aku untuk tampung belanja harian yang makin meningkat. Pening kepala kalau macam ni. Tadi masa bekfes ngan opismate dia pun dok gelak2 meluahkan kekeringan pulus dia sampai nak beli vitamin untuk wife dia yang pregnant pun terpaksa berkira dahulu sebabnya pulus tak cukup.

Hmm semakin hari semakin terasa. Semua benda semakin tersekat. Minyak kete pulak uissshh ibarat air terjun yang mencurah-curah dengan lajunya. Tapi bila fikir semula alhamdulillah aku ni belum lagi tahap kebuluran. Tapi huaaarghhh tak dak duit mak mati akal wei..tak kan mak nak korek saving mak tetiap bulan…..mati le macam ni… aku tak tau lagi tang mana yang aku perlu berjimat…..dah habis berjimat dah aku ni rasanya…kalau macam ni selalu kuruslah duit simpanan aku jawabnya. Betullah aku semakin terasa yang inflasi semakin meningkat. Harga barang pun makin meningkat sebenarnya…nasib baik le kami ni jenis yang memang tak makan kat luar sangat..kalau tak…lagilah…MR hang tubuh tabung untuk bantu aku buleeehhh heehh bila aku dah jadi jutawan nanti dengan duit tabung tu aku hire hang jadi PA aku nak tak…huuu huu huuu…heehh heehh

12 comments:

tee said...

ehhh, kita yg first ke? tapi memang betul la, terasa betol akan kekempisan kantung ku ini... tu pun weekday dok kat rumah mak kat subang jaya. pas tu weekend baru balik puncak alam. kalau tak buat cam ni, petrol expenses mesti double nyer...

errr... pasal gathering tu, kita ok je, tapi kena tengok gak date nye... sebab 13 mei adik hubby kawin kat besut. pas tu, 21/5 lak ayahanda hubby ade operation by-pass kat IJN... selain dari tu, semua ok jer..

pasal food no problemo, sebut jer nak makan ape, nanti kita bawakkan..

aishah said...

huhuhu.. akak masukkan la msjbox nyer shoutbox dlm blog nih...nnti leh plak joint kami gi gat msjbox plak 14 hb 5 ni jln2 mkn sate kjg...huhuuhuhu kalau aka berminat nak masukkan shoutbox msjbox akak tinggalkan email kat ct nyer komen kat blog yer..huhuhuhu nak mee gorenng aritu...sedap sgt..tak puas mkn laa muhahaha

NONIE AZIZ said...

AKU SETUJUUUUUUUU psl potluck tu...kalau aku tubuhkan tabung tu agak2 kalau aku masuk lokap ko nak jamin aku ker?

aishah said...

akak kasik email akak kat ct..akak letak kat msjbox ct tu email akak..kalau ct tak sempat ada la yang tolong invitekan nanti

Ayu Mohamad said...

zirap, aku ok jer..tp nak masak apa tuh nanti aku pikirkan yaaaa hehehe

WRA said...

kalau akak sorang ok aje..and akak rasa 98% sure hubby akak mesti tanak pegi sebab dia ni pemalu sikit ngan org yg dia tak kenal...

so kalau dia nak kasi akak pegi sorang (hopefully dia kasi), akak boleh free hari Sabtu je sebab Ahad sah2 tak leh gi mana2...tang makanan pun tak kisah...boleh aje nak bawak apa2...hehehehe

tang fulus tu, memang sama la kita...cuma akak punya simpanan jenis yg susah nak dikeluarkan, so kena ikhtiar cari sumber lain la gitu huhuhuhu

Sir Mute Key Chicks said...

erm.gath?nak pegi gak.aper theme?haha

Kaklong Syikin said...

ks..saya nak pegi.tak tak leh janji.

ks tak minat ke wat part time keje?

Anonymous said...

aduh! payah juga! saya dah pun berada di JB. Gathering di KL. Kalau sesuai dengan tarikh dan kos minyak, saya sampai.. teruskan hajat KS!

Kopi Suam said...

Tee,
minyak naik ni memang sakit yang amat nak keman-mana pun pasti berkira. Ok tee nanti kami decide tarikh..yang pasti bukan hari ahad lah kot sebab kak wan tak leh lepas kalau hari ahad...

Ct,
ok nanti akak kasi email..kata mee tu sedap tapi kome makan sikit aje :(

Ayu,
hang dengan ina memang kena jadi second man aku lah...hmmm seawal subuh hang dah kena ada kat umah aku tau

moon,
wah bagus le cenggitu...aku lebih suka pot luck sebab food lebih variasi...kajang umah aku tu insyaALLAH tak sesat kot cuma nak masuk dalam tu agak jauh sket

Kak wan,
sorang tu biasalah saya pun kekadang berdua ngan anak aje sebab hubby pun jenis yang kureng selesa sikit kalau ramai ngan kawan2 saya...datang ye nanti. Kak ikhtiar cara lain tu camner...kalau best boleh gak saya try...saya terpaksa ada saving yang mudah keluar kalau tak nanti tak makan jawabnya kalau terputus belanja.Saving yang payah keluar tu memang tak boleh nak sentuh

Syikin,
datanglah nanti tau nak juga kita berkenalan ngan awak...part time kerja tu kerja apa syikin. Kalau best dan menarik boleh juga but bukan MLM tau saya memang tak minat langsung


Nizam,
tak pe lah tapi kalau kau ada tentative date kau nak balik KL kau inform le kitaorang so kita boleh plan buat minggu tu jugak..

kasutVINCCI said...

Alaa KS, kv pun terasa nak join the gathering. Tapi masalahnya kv dok jauh. Takpe lah, korang terus kan. Nanti jgn lupa letak gambar kat blog yer.

Kv pun sjak minyak naik ni terasa dah bahawa duit tu kluar cam air saje. Hmmm..teruk kan. Harapnya kopi suam boleh manage duit dgn lebih baik lepas ni. Sama gak ngan kv.;)

Ayu Mohamad said...

Zirap weii....

idak le sesudah subuh wei hahahaha.. tapi aku leh la tolong lepas tuh.. fizi leh la tunggu aku nanti. mai awai pon bleh tapi idak le seawai tuh hahahaha.. mungkin sesudah subuh sebelum zohor aku dtg hahahaha