Wednesday, April 12, 2006

Projek rumah seterusnya...

So next project untuk rumah ialah nak tampal center panel yang dah berkurun aku beli. Nak tunggukan eko atau Mie sampai berkulat semua barang aku tu. Janji dari hari ke sehari. Mula-mula aku called kak zana. “Hmm tak payah pasanglah CP tu zira, sekarang trend orang pasang cornice aje”. Kata kak Zana bagi nasihat. Aku plak “saya dah beli dah kak CP tu berkurun dulu”. “Oooo heeh oklah akak dah lupa contactor PC akak tu.”. Nak called Ah Tat, zie kata dia dah balik Kedah buat projek kat sana. Pastu aku called Pak Ali plak. Kautim dengan Pak Ali. Dia nak satu CP RM50. Aku kautim mintak RM40. Pak Ali setuju tapi Pak Ali tak boleh ubah kipas ngan lampu dan dia tengah banyak projek sekarang . Aku ada 6 CP. Semua sekali RM240. Tu tak termasuk kos untuk pindahkan lampu dan kipas bagi center. Total cost RM300. “Oklah Pak Ali saya contact abang Ramli dulu ubahkan lampu ngan kipas, nanti dah siap saya call Pak Ali semula”. Kata aku. Pastu aku call En. Syahid. Lepas kautim dia nak CP kecik RM30 CP besar RM50 so total RM260 (4 besar 2 kecik). Lepas tu aku kata nak ubah lampu ngan kipas.”Ok yang tu tak apalah tak payah kira, saya boleh buat” kata En. Syahid. Aku setuju ngan En. Syahid, maka sabtu ni bermula lagi projek umah aku secara kecil-kecilan. Entah bila agaknya nak habis projekkan umah..ada aje kerjanya (ini cara orang tak berduit wat projek sikit-sikit)….lepas satu-satu. Lepas ni aku nak alter semula langsir. Memang nak kena pinjam mesin jahit shima. Silap2 kena mintak tolong shima guntingkan. Maklumlah aku ni tergolong dalam kategori tangan keras.


Malam tadi first time hunny dengan geng2 taman meronda malam. Team hunny Beta Delta kena berkawal dari pukul1.30 pagi sampai 5.00 pagi. Itu pun kami terlajak tidur sampai dekat pukul 2.00 pagi. Nasib baik Hj call dan kejutkan. Aku tak sedar pukul berapa hunny balik. Sedar time alarm bunyi hunny dah ada kat sebelah. Tak sempat lagi nak sembang pasal rondaan malam tadi. Tak sempat lagi nak tahu perkembangan social hunny dengan penduduk taman. Maklumlah hubby aku tu pendiam dan anti social sikit :) . At least rukun tetangga mcm ni good for him untuk berkenal mesra ngan kawan2 kat taman. Tak macam wife dia ni…the very friendly one…heeh hehh. Kena ada kontralah kan.



Pastu bila dah set tarikh ngan En Syahid kat phone tadi baru aku teringat sabtu ni kat Taman ada Hi Tea dan aku pulak jadi ketua tukang masak. Nampaknya kena angkut bala tentera pi umah shima sebab Hi tea bulan ni dia jadi tuan rumah dan en hunny kerja..En syahid tinggai umah dok buat kerja. Hmm lagipun aku masak simple aje kan jadi aku mai lepas Zohor aje lah…Hi tea start pukul 5.00 sampai pukul 7.00. Jemputan dalam 50 orang so aku rasa kerja memang banyak. Kalau shima sorang nak buat matiu makcik tu. Hrap geng2 taman yang lain turun padang bantu tuan rumah :)


Malam tadi aku mimpi classmate aku Jessim. Hehh sungguhlah lucu mimpi ku ittew. Pertama aku mimpi mamat ni kawin untuk kali kedua, iaitu dengan ex gelfren dia Ana. Both were my gang Palapes. Depa bercinta sakan masa kat Uni tapi tak kawin. Malam tadi aku mimpi depa kawin, Jessim bangga menunjukkan perut dia yang dah tak boroi compared to masa dia kat Uni. Aku memang kagum kat dalam mimpi tu sebab dia kecik betul. Then kami pi attend majlis depa kat Dewan somewhere in Kelana Jaya yang dibuat secara sederhana (supposed in real life depa pasti buat besar-besaran coz Jessim anak datuk) mungkin sebab perkahwinan kedua. Aku plak sedondon anak beranak berbaju merah dan one of my classmate siap mcm nak kenen sedondon with my husband..but tak nampak muka orang ittewww ceeehhh ada unsur2 cemburu dia situ..siapalah classmate ku itteww. Aku plak dalam mimpi siap sempat tanya jessim bini first dia mana..dan anak dia dah ada tiga orang. Apara punya mimpi mengarut betul…heehh heehhh. Apa-apa pun aku doakan semoga kawan-kawan aku semua sihat sentiasa, gembira selalu dan dirahmati ALLAH amin…

16 comments:

Anonymous said...

gittew ler caranya nak decorate rumah..sikit2 lama2 cun melecun ler nanti jadiknya..ye dak?

*wink*

tee said...

masa mula2 masuk rumah kat Puncak Alam dulu pun hubby kena ronda..maklumlah kaw baru pas tu banyak break-in. ade sekali tu, sebelum tido hubby suruh goreng keropok banyak2 sebab mlm tu turn group dia... eh, ni nak meronda ke nak makan ? he he he...

NONIE AZIZ said...

Zira, semalam petang ko ada gi Alamanda tak?

NBK466 said...

Decorate rumah nie bergantung kepada budget memasing... Tapi bila buat semasa dah move in nie agak leceh sikit especially kalau ada kanak2. BTW CP tuh camner yek ghupanya....Ada kaitan dgn plaster ceiling ker?

p/s : lagu Trisha Yearwood tuh... oh nostalgia sungguh...Lagu cinta masa kat UK dulu...balik M'sia pun lagu nie belum keluar lagi.

Kopi Suam said...

Anon,
Begitulah kalau orang yang budget ciput2 ni...heeh hehhtak pe lah sikit-sikit lama-lama completelah kan.. :)

Tee,
Memang wajib meronda malam..kalau tak makin bermaharajalela lah malaun2 pencuri tu...alhamdulillah sejak dah ada rondaan ni tak de plak dengar kes2 terbaru.


MR,
Petang semalam tu bukan kami lah...deena memang ada desak kami pi Alamanda tapi malas le pulak..lagi pun mama dia ni dok merewang umah jiran2 sebab nak diskus pasal hi tea sabtu ni :)

NBK466,
Memang leceh pun specially bila melibatkan nak ubah kipas ngan lampu..habislah berabuk perabot aku..kena selubung dengan selimutlah kalau tak putih2 lah jawabnya. CP tu yang orang dok tampal kat tgh2 tu yang bunga untuk tempat kipas dan lampu

jiwang gak kau ni yek :)...

Admin said...

umah kita pakai security sebulan 30 hengget...nak kawal mlm2 tak larat...

zino said...

saya dengan mem langsung tak boleh sentuh pasal bab renovation ni.. bila discuss je sure berakhir dengan bertegang leher.. hehe.. zino jadi pembangkang dengan sebarang cadangan.. hehe

so last2 zino cakap jangan sebut lagi le pasal renovation ni.. duduk je dengan apa yg ada ni.. hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Bila rasa-rasa nak buat landskap nanti contact saya ye.... hehehe...

Kaklong Syikin said...

bestnya ks, kat area rmh ks ni wat hi tea..seronok dpt join program camtu. kat area rmh saya ni cam biasalah,kau kau..aku aku..sbb area rmh saya ni ramai cino, pas tu jiran2 pompuan melayu jenih tak keluar rmh termasuk saya hehe

maklang said...

Nak renovate rumah ni memang pening kapla. Poket lagi pening...

Sir Mute Key Chicks said...

uit.aku pon decorate umah sendirik tau.haha

Kaklong Syikin said...

ks..lupalak, center panel tu apa dia? saya ni menyewa, jd tak de can la nak renovate rmh...

aNIe said...

kopisuam....dah lama tak dengar pasal Rukun Tetangga...seronok jugak ye ade tetangga di taman2 yang perihatin menghidupkan semula tradisi meronda kawasan waktu malam ni...

akak pun nak tanya aper tu center panel...akak ni takde rumah sendiri tak pernah renovate rumah pun...tu yang tak tau aper ke bendenya tu

Kopi Suam said...

limaunipis,
kitaorang tgh berbincang lagi pasal security ni..boleh bagi contact number tak security korang tu sebab agak murah jugak. Lagipun kebanyakan umah kat taman tu dah pasang ADT (monthly kena bayar RM75) tu yang depa tak berapa nak agree bila nak call for security.

zino,
bagilah peluang kat mem tu...hulur2 le sikit apa yang patut kan nak cantikkan umah korang gak hehh heehh...
hubby memang tak masuk campur hal mendeco rumah ni...sebab budget KS sendiri tapi kalau projek besar memang kena mintak dia support separuh lah...kalau sorang2 mahu bengkok KS dibuatnya.


Syikin,
Alhamdulillah geng2 kat taman saya ni..actually email yang merapatkan kami sebab memang 90% yang dok kat sini semuanya bekerja. Jadi kami memang keep in touch kat yahoogroups, plan semua benda dan update tentang perkara berkaitan pemaju dan taman melalui email. Ni Hi Tea kami yang kedua. Kali ni pasti meriah bangeett


Maklang,
Ahah poket memang pening ada aje benda yang nak ditambah. So sebab takmo terasa sakit sgt poket tu buatlah sikit sikit :)


Semut,
Iye ke...uisshhh cayalah...kita geng lah kiranya ni...heehh heehhh
aku ni kira terpaksa sebab hubby aku bukannya minat....kalau ikut dia punya plan semuanya tak perlu heee heehh sib baik aku ni memang minat menghias-hias ni..

Kak Lady,
Memang seblum kes kecurian dulu depa dah plan nak buat rukun tetangga ni..tapi sebab banyak kes kecurian depa pun percepatkan lah projek tu...hmmm ada yang isteri depa siap masak nasik lemak malam2 bekal2 orang yang meronda...heeh hehh...

Syikin and kak lady..center panel tu camner ekk nak describe...tunggulah bila dah pasang nanti saya snap gambar letak dalam ni.. :)

kasutVINCCI said...

best aaa...dah ada rumah sendiri boleh renovate bagai. Dekorasi ikut citarasa sendiri. Rasa puas sgt, kan?
Alahaii mimpi...

NBK466 said...

Oh mmg sgt jiwangzz KS... Kisah cinta dgn Y nie (N3 diawal2 blog dulu). Lagu ni kira lagu perpisahaan before den balik M'sia. Rasanya macam den yg perkenalkan lagu nie kat M'sia (kononnya..padahal tak pun..he.he..he..) coz bawak balik single lagu nie dari soundtrack Con Air dulu...