Tuesday, May 30, 2006

Balik kampung

Aku baru masuk kerja semula harini selepas seronok bercuti balik kampung selama 3 hari. Jumaat petang tu lepas opis hujan turun dengan lebatnya sampai aku tersangkut nak pergi ke kereta terpaksa menanti belas ehsan kawan-kawan untuk pinjamkan payung. Nasib baik ada fad yang tengah tunggu husband. Aku plak petang tu parking kat luar sebab lunch time tu aku keluar. Kami bertolak balik melaka 8.30 mlm. Waktu tu hujan masih lebat tapi perjalanan ok. Cuma bila dah masuk area nilai hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan langsung so terpaksa hunny bawak kereta berhati-hati. Aku jadi mata ketiga dan keempat untuk hunny dok ingatkan dia jangan ikut rapat2 sangat jalan licin. Lagi pulak kereta memang agak banyak malam tu. Sampai kat Seremban / Senawang kami nyaris accident (betul2 kat area exit senawang) sebab hunny tak perasan yang kereta depan dah stop sebab dah terlanggar kereta yang satu lagi. Masa sebelum tu aku dah cakap kat hunny "yang apasal lampu brek berkumpul2 kat situ" tapi kereta tetap meluncur laju. Nasib baik hunny emergency brek dan pull off kereta ke belah tepi...ngam2 seinci lagi mencium bont*t kancil depan kami. iskkhhh tapi skreeetttt jugak lah bunyik tayar. Alhamdulillah kami sampai melaka dekat jam 11.00 malam dan deena menyambut mama dengan gembiranya. Mula-mula cam jual mahal aje anak dara tu...heeh hehe malu-malu kucing seminggu tak jumpa.

Malam tu rupanya masih kecoh lagi pasal adik lelaki aku tu. Ya ALLAH sabar ajelah rupanya petang tu dia menghilangkan diri lagi selepas pulang ke rumah. Masa aku tiba mak dengan cousin aku dua orang dan adik lelaki aku sedang bersiap untuk cari MAA kat MC. Aku tengok ayah pun tak berapa sihat. Mak pun tak berapa ok aku lagilah geram dengan perangai adik aku tu. Tapi aku tak nak campur kalau aku campur nanti jadi perang besar dan sudah pasti ada adegan pukul memukul dan tampar siap sekali. So dalam pukul 12.00 malam diorang balik masa tu semua orang dok berkumpul kat tengah rumah dok tarbiyah adik lelaki aku. Aku ni memasang telinga saja dalam bilik. Berpura-pura tidur tapi aku mendengar setiap biji butir perbualan antara mak, ayah dan adik2 adik aku yang lain. Mcm2 janji yang ayah, mak dan adik lelaki no.3 suruh MAA ni buat. Harap-harap dia berubah sebab menyusahkan hati mak dan ayah aje. Esoknya kami bersiap-sipa untuk ke wedding. Cousin aku kawin, tapi ayah tak berapa sihat. Aku jenguk ayah dalam bilik sedang berselubung dengan selimut sebab pening kepala dan demam. Kesian kat ayah. Ya ALLAH berikan kekuatan kepada kedua orang tuaku menghadapi situasi ini. Mak pun berpura-pura ceria melindungi gelodak hatinya. Aku geram meluap dalam hati ajelah...mungkin tunggu masa untuk meletup

Wedding cam biasa lah meriah ramai kaum kerabat yang datang. Makcik pakcik dan semua sepupu2 aku ada balik. Sepupu aku kawin ngan orang kedah. Jumpa masa dia study kat UIA...tapi hubby dia pegawai pendaftar pelajar kat UIA..Habis wedding petang tu kami pun bersiap2 untuk balik Muar pulak. Petang tu dalam pukul 6.30 kami bertolak balik Muar dah malam kami lalu highway aje. Selalunya kalau sinag kami suka lalu dalam...permandangan cantik cuti mata tengok kampung. Sampai Muar dekat jam 8.00 uisshh meriahnya..ada 2-3 bijik kereta kat umah mak.rupanya kak zie dan kak kamar pun ada balik jugak.Kami
sampai mak baru aje keluar pi mengaji kat masjid.

Kat Muar biasalah..tak de apa-apa aktiviti menarik selain dari tengok tv, memasak kemas rumah. Rutin biasa hari Ahad pagi ialah hunny dengan abang2nya  dan adiknya serta mak dan abah pi kebun ambik kelapa sawit. Tapi pagi tu aku tengok hunny ambik kelapa kat kebun belakang aje belakang umah mak. Rupanya abah dah upah orang untuk ambik kelapa kat kebun2 yang jauh So pagi tu ambik kelapa 3 tempat ajelah sekali dengan kebun belakang rumah. Aku plak dengan kak zie dan anak-anak aku serta anak2 saudara aku ke Bukit Gambir ke pasar tani cari lauk sambil2 tu kami merewang la sekejap kat Bukit Gambir yang makin happening tu. Siap ada KFC bergerak kat situ dahsyat betul. Balik BG kami memasak pastu sembang-sembang  (jarang2 jumpa ngan kakak2 ipar dan biras2 ku kecuali time raya) iskhh tak produktif le kat muar. Hunny le yang produktif ada aje kerja yang dia nak buat...sampai nak ajak meronggeng pi tengok sungai pun tak sempat. Kira sejarah le ni balik kg kali ni tak pi sungai. Sesekali balik kampung tu mcm-mcm cerita lah yang keluar.So banyaklah cerita-cerita sensasi yang aku tahu heeh heehh. Seronok keluarga besar ni..

Mak kata Doc Su (adik bawah hubby) nak transfer ke Kubang Krian awal blan 6 sebab husband dia nak further buat specialist. Aku ngan kak zie ngan kak kamar syok la..boleh plan meronggeng ke Kelantan bila Su pindah sana nanti. Pastu Adun (adik bongsu) plak baru aje grade dan dah ambik diploma kat UiTM baru ni(nak suruh further ambik degree tak nak) dok rumah mencari kerja. Tapi dok kampung tak kisah..kalau rajin pi tolong mak toreh getah kat kebun lagi banyak duit masyukkk tapi kerja tak glamer la kan. Kisah ajam dengan janda tu mungkin dah berakhir. Mak kata janda tu called tapi mak 'bahasa' kan dia. Pastu ajam dah ada awek baru anak dara. Mak pun kata tak payah tunggu lagi suruh ajam bawak balik awek dia kalau berkenan cepat2 kawin kan. Macam-macam kisah yang buat aku tersenyum sendiri.Bila anak ramai mcm-mcm kerenah masing-masing

Pagi isnin hunny tolong abah menoreh getah di bukit. Cik abang tu manalah boleh duduk diam rajin betul kalau dia balik kampung. Kak Zie dengan kak kamar dah balik hari ahad petang. tinggallah aku sekeluarga dengan kak faridah sekeluarga yang datang pada ahad petang. So petang tu kami bertolak balik Kajang jam 5.00. Addy dan Ilman gunting rambut dulu kat Pekan Kundang (depan sekolah addy). Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami sampai Kajang jam 6.40 petang. Aku yang drive balik semalam dalam keadaan cuaca yang cun melecun kereta pun kurang aku tekan 130kmh all the way...dah lama tak buat kerja  mcm ni..sekali sekali teringin....heehh heehh

5 comments:

NONIE AZIZ said...

muahahhaha..sempat lagi terasa teringin tu...kalau baba suruh aku bawa kereta kawan boleh pesan...jgn laju2 160 jer eik!!!

zino said...

amboi laju tu.. tapi 20 km je melebihi had laju..

parasan tak sepanjang hiway tu ada di pasang beberapa high speed camera utk mengambil gambar kereta tertentu je.. agaknya yg melebihi 20 km dari had laju terlepas lagi kot.. hehe

NBK466 said...

Again sebagai MB Senawang nie... harap rakan2 blogers sekalian berhati memandu di kawasan jajahan den nie disebabkan kerja pembesaran h/way masih giat dijalankan. Dan kalau sesapa terkena speed trap yg Zino katakan tuh (khas utk mereka2 yg melebih 20km/jam sahaja) sila berjumpa dgn den...biar den DOUBLEKAN samannya...muah..ha..ha...

Pandang Dengar Diam said...

sekarang kat mana2 jer ada speed trap.......save driving..ingatlah orang yg tersayang

Mamamanja said...

waa.... balik kampung gak erk? best la.. cuti2 mesia. hehehe