3 malam lepas mak telefon. Memang memeranjat dan melemahkan lutut aku bila dengar khabar tu. Apatah lagi mak dan ayah tentu risau kat umah tu. Aku boleh bayang kan. Aku pun pelik betul ngan adik lelaki aku yang sorang ni. Adik aku yang ke-5 sekolah asrama di sekolah agama kat Melaka dalam tingkatan 3. Mak kata sejak hari ahad dia tak balik asrama (mak call hari Selasa). Hari Isnin tu patutnya dia exam sebelum start cuti sekolah tapi dia tak de kat asrama dia menghilangkan diri.Call Hp dia pun tak dapat. Kawan-kawan asrama semuanya tak tahu . 3-4 kali ustaz call rumah tanya dia ada kat umah ke tidak.Mak call moklong kat KL kot dia datang KL ke. Manalah kitorang tak risau. Aku kata kat mak..report polis aje..aku pun risau kalau macam ni buat hal pulak dia..tahu ajelah zaman sekarang ni bukan selamat pun mcm-mcm boleh berlaku kalau apa-apa jadi pada dia memang kami sekeluarga putih mata sebab tak tahu siapa kawan dia tak tahu mana nak contact dan kawan kat asrama pun tak tahu dengan siapa dia berkawan.
Baru aje minggu lepas keluar kat berita kawan dia mati kena bunuh balik dari pasar malam. Dia memang tak pernah buat kerja mcm ni. Even ni aku kira sebagai sejarah dalam adik beradik aku yang 6 orang. Kami 4 orang yang dah habis study dan dah bekerja ni memang tak pernah terfikir nak buat benda macam ni pada mak dan ayah.Kami memang dididik dengan style kampung yang memang disiplin betul. Kalau tak balik sembahyang tu memang kena turut, mak jerit satu kampung boleh dengar. kalau keluar town tu kena balik rumah sebelum jam 5.00 petang Turun bas aje dah nampak ayah tercongok kat motor tunggu. Tapi bila tiba zaman dia sedap aje pergi town balik pun pukul 10 malam dan ayah pun tak marah sgt flexible dengan anak2 yang last ni. Bila mak tegur dan marah balik lambat ayah pun masih berlembut lagi dengan dia. Aku memang tak boleh bercakap dengan adik aku yang sorang sebab dia kuat melawan dan aku pantang kalau orang melawan. Nanti jadi gaduh so bila hal dia aku memang diamkan diri dan malas nak masuk campur. Mungkin zaman aku dah berakhir dengan adik yang 3 org tu dulu. Dah puas jadi kak long, dah puas adik-adik kena tempik dan pukul dengan aku. Diorang semua dah merasa betapa garangnya aku jadi kak long semata-mata nak bagi dioarang sedar. Kita ni orang susah ok..buka mata sikit
Aku harapkan adik lelaki aku yang no-3 yang memang pukul dia dan banyak kali bagi warning kat dia. Tapi dia bukan ingat, apatah lagi serik. Dia ingat pada usia 15 tahun tu dia dah besar sangat dah boleh buat keputusan sendiri. Aku memang membara yang amat sebab ada peristiwa yang berlaku antara aku dgn adik aku ni masa aku cuti berpantang kat kampung dulu memang aku tak akan lupa. So aku malas nak layan lebih baik aku mendiamkan diri.Ya ALLAH sabar aje lah memang menguji kesabaran mak dan ayah dengan anak yang mcm ni.. Tadi aku call, mak kata dia dah balik rumah...bila ayah tanya dia kata dia kerja kat kedai makan (geram betul ayah hantar pergi sekolah suruh belajar pandai-pandai suruh jadi imam dia pulak sibuk nak kerja- tak cukup sanagat duit agaknya). rasa mcm nak lempang2 aje mamat ni..iskkkhhh memang geram betul lah. Masa dia tak balik tu ayah dah start darah gemuruh rupanya (boleh kena heart attack ayah dibuatnya), tak makan tak minum tak boleh bangun. Aku pun tak tahu ayah mcm tu sebab mak tak bagitahu tapi moklong yang cakap pada aku. sampai ayah masuk hospital fikir pasal adik aku ni. Sabar ajelah tak pernah lagi adik beradik yang lain buat macam ni apalah nak jadi dengan kau ni yek.
Inilah kisahnya yang buat aku lemah lutut lepas cakap kat telefon dgn mak. 2 -3 hari aku risau dan tak tenteram fikir pasal adik aku yang sorang ni. Tak tahu keadaan hati mak dan ayah mcm mana. Walaupun aku tak suka nak bercakap ngan adik aku yang ni but still dia adik aku kalau apa-apa jadi kat dia kan menyusahkan mak ayah dan kami jugak..bila mak kata dia dah balik tu memang aku lega sgt alhamdullilah sebab tak de apa yang buruk terjadi pada dia.. Dah tak payah duduk asrama lagi. lepas ni mak kata balik sekolah biasa biar mak nampak muka dia hari-hari. Sekolah agama pun tak guna kalau macam ni menyusahkan mak dengan ayah pastu perangai tak berubah jugak. Iskhh geram betul. Apasal lah suka nak ambil tindakan bodoh yang macam ni. Nak kata tak cukup kasih sayang hmmm berlebih-lebih iyelah dah tinggal berdua dengan adik bongsu aku. Duduk asrama setiap minggu mak ayah tengok. Mintak duit ngan ayah tak pernah yang tak dapat. Nak banding zaman aku dulu hmm memang le jauh panggang dari api. Ni sekolah tingkatan 3 pun dah ada hp bagai. Anak-anak zaman sekarang memang tak tahu nak bersyukur tak tahu lah mak ayah tu sayang melangit tinggi.
Harap muka aje hensem macam Fahrin Ahmad (memang dia hensem dan rupa dia memang mcm fahrin pun)...perangai bawak-bawak lah berubah. Kalau dah nak kerja sangat dah tak payah pergi sekolah. Lepas ni kalau susah pi memotong getah ke kerja kilang ke. Iskhh payah lah nak cakap dengan orang keras kepala macam ni Pening kepala aku dibuatnya.
5 comments:
Tak tau nak komen apa la kalau mcm tu....
pssst...kalu dah hensem macam fahrin tu...jadi pelakon sure famous tu.... :D
rasanya, mak ngko kena bertegas gak..mcm adik aku dulu, beriya2 nak pindah skolah..mak plak keras hati, suh sambung belajar sekolah agama..sampai ayah pun cakap tak guna nak paksa dia..tapi berkat keras hati mak tu, alhamdulillah..adik aku dah habis belajar kat maahad tahfiz..sekarang nih tinggal few months jek belajar kat indon, bab agama gak..bukannya apa, aku rasa mak nak jugak kut sorang anak lelaki yang ada belajar agama, yg akan doakan depa bila dah takde nanti..
ks, org cakapkan, dlm setandan kelapa, tak semua buahnya elok. Terselit jugak yg tak elok. Dlm keluarga kv pun, kv ada sorang abg yg mmg mengharubirukan keluarga kami. Entahlah. Sampaikan,
la ni kami hanya berserah. Kalau dia tak mau ingat sejarah silam dia dan jadikan pengajaran, dia terima lah padahnya sbb adik beradik dah abih usaha. Hanya mampu mendoakan. Moga adik KS berubah, sbb umur dia masih baru dan belum terlambat.
budak lelaki ni lain skit lagi kita tegah lagi nak buat!!Adik aku dulu pun ada gak masalah camni..Tapi nasib baik cepat sedar..lagi satu kengkadang kita kena tau dgn sapa dia berkawan! macam adik sepupu aku baru umur 13 tahun berlagak macam dah besar sangat..tak nak pegi sekolah..mak dia anto sek. dia lari...Last sekali baru2 lari datang kl kononnya kerja jadi cameraman..tak tau betul ke tak...sian aku tgk mak sedara aku tu!!
Sabar ajerlah....
Post a Comment