Tuesday, May 16, 2006

Gambarnya kat fotopages

Orang yang menumpang kemudahan company seperti aku ni sekali lagi terpaksa akur. Pada korang yang menantikan gambar master dan family are yang aku dah cat tu korang boleh tengok gambar tu kat fotopages kami selain gambar cat mengecat tu ada juga gambar deena masa kena chicken pox tempohari. Memang simple aje bilik dan family area tu boleh lah setakat menampung kami 4 beranak but aku suka family area aku tu fresh! Kat sini tru email aku tak boleh nak upload gambo. Komen korang amat dialukan. Aku tak tahu mcm mana nak bagi master bedroom tu nampak ala-ala hotel sytle memang lenggang betul bilik tu. Apa perabot yang aku patut nak tambah. Tu yang aku dok surf dan cari maklumat untuk menceriakan bilik kami. Tapi aku tak suka master bedroom tu semak-semak sgt. Tak habis-habis projek umah aku ni kan. Lagi suka bila tahu kak wan kata kat area Bintang tu ada satu kedai yang jual peralatan hotel dari Hong Kong dan China. Aku belum berkesempatan nak ke sana.

Dulu-dulu masa sebelum pindah memang ada aku survey kedai mcm ni. Pernah dulu aku ke jalan kuching, memang menarik perabot2 hotel kat kedai ni. Kalau nasib baik dapat yang memang 90% elok lagi. Kayu semua jenis padu dan design banyak yang english sytle. Aku suka wardrobe hotel sebab besar dan tinggi. Tapi kalau aku pergi pun yang kat bintang aku nak cari bench atau corner set (kerusi dua plus meja bulat tu) untuk bilik ku plus tv rack untuk master bedroom. Hehh ini baru plan-plan aje dulu belum berkesempatan nak pergi lagi ni lagi pun ongkosnya pun nak juga kena kecek2 atau sedia2 kan mana yang patut.

Ooo ok berkenaann dengan kes gigi aku haritu...hai sana sini orang sakit gigi. Ayu pun muka bengkak sebab gigi punya hal syikin pun sama sampai sakit2 kepala kerana gigi. Maka aku pun berjumpalah dentist pada hari Sabtu sebab Jumaat yang aku janjikan dah ramai orang. Pagi tu tak sampai 20 minit jumpa doktor segalanya selesai. Paling tak best aku bagi cadangan doc untuk cabut gigi yang tinggal dan tanam gigi palsu tapi doc tak setuju. Doc kata akarnya masih kuat lagipun aku dah buat root canal gusi aku tak kan sakit. Tapi aku rasa tak best sangat dengan tampalan yang ada dalam mulut ni. Iyelah mcm kita makan daging dan terselit dicelah gigi memang tak selesa.Untuk Pengetahuan satu hari minimum aku gosok gigi 2 kali sehari ( pagi dan malam sebelum tidur) ...kekadang 3 kali atau empat kali lepas makan, atau nak solat. Kira aku ni kategori menjaga gigi jugak sebenarnya cuma nasib gigi yang satu ni saja yang tak dapek den nak tolong.

Semalam dalam sibuk2 rush nak pergi kerja sampai tertinggal beg sekolah Irdeena. Aku ni memang bila tiba kalut mcm tu lagi pulak memang dah lambat semuanya nak cepat. Semua main capai dan dah tak boleh nak berfikir panjang. Dah sampai tol the mines baru aku perasan beg anak dara dah tertinggal. Nak patah balik ke umah memang tak de lah jawabnya kan dan jauh dan buang masa dah. So aku terus jugak hantar deena pi sekolah sambil pesan kat pengasuh. Beg deena tertinggal mandi nanti pakai baju ni semula. Tak pe lah sebab pagi-pagi sebelum gi sekolah deena memang dah mandi cumanya mungkin tak selesalah kot deena dok pakai baju kurung dari pagi sampai ke petang. Deena ni baju kurung tu memang uniform dia pergi sekolah setiap pagi. Nasib baik le baju kurung tu banyak ada 6 pasang. So memang setiap hari berganti lah sehelai dari Isnin sampai lah Sabtu.
 
 
 
 
 
 

5 comments:

Anonymous said...

anda perlu ada program tv sendiri macam casa impian tu. ada bakatlah!

Kaklong Syikin said...

eh..ks buat root canal tu bila? taukan lepas 6 bln buat root canal tu kena buat crown? nak elakkan gigi tu jadi rapuh sbb akarnya dah dimatikan. jd crown or sarung gigi tu berfungsi utk protect gigi tu drp hancur. yelah kita duk mengunyah2 lama gigi tu blh jd lemah.

baguslah beli baju sek. anak tu byk pasang sbb ks kejekan. mcm makcik saya sorang tu yg bekerja, anaknya dah sekolah 4 orang, semua sekolah rendah n sekolah agama. sorang ada 5 psng baju sekolah rendah n 5 psng baju sek. agama..just imagine that...

BooK said...

cun! [satu kalimah satu suku kata untuk kau! er.. maksud aku hasil kerja kau.]

Angah said...

ada pattern master bedroom yang cantik.. masa tu angah pergi hotel M suite JB. very practical lah..

depan katil ada rak TV selebar katil, rak besar jugak boleh lah letak apa pun.. tempat tv tu boleh pusing 180 degree.

depannya pulak ada setee ngan meja kopi..so rak tv ni between katil ngan setee.. both places also can watch TV ler...

NBK466 said...

Den dulu pun cat sendiri rumah dgn wife....dekat sebulan jugak baru siap sampai menangkap2 buah pinggang...he..he..he..

Oh...master bedroom nya ala2 L shaped ker? Maybe buleh buat sudut membaca, letak coffe table yg 2 seater tuh atau letak mini fountain..he..he..he..