Wednesday, May 31, 2006

Terkini dari TS

Hidung aku tak semena-mena tersumbat sejak pagi tadi. Susahnya nak bernafas. Menci betul kalau time hidung tersumbat ni. Apa yang aku salah makan agaknya. Cakap kat telefon pun orang payah nak faham sengau aje bunyiknyer. Lunch tadi aku dan cik delinn ke Amcorp Mall untuk berjumpa Yusmi yang sedang kursus di KL. Kami lunch kat Kenny Rogers sambil  bergossip-gossip. Biasalah bila makcik woks bertemu banyak betul cerita sensasi yang keluar. Kebanyakannya berkisar tentang kawan-kawan dan family.  Iskhh tak faham awat lah yusmi kata dia dah gumuk...moskel mak kurus macam tu pun kata gumuk. Aku kalau diet 5 tahun pun lom tentu dapat jadi besaq cam hang Yusmi. Kalau mak ni declare mak dah gumuk memang lah aci. tapi mak tak heran janji mak bahagia. Alhamdulillah.

Dalam aku dok membanggakan kebahagiaan dan keharmonian yang aku kecapi di TS rupanya disebalik segala yang nampak indah ada juga kepincangan yang aku temui. TS ni kebanyakan penghuninya baya-baya aku dan hunny jugak. Ramai cerdik pandai yang kreatif kat TS ni aku rasa mereka ni ramai yang berpangkat besar tidak seperti aku yang kuli ini. Tapi yang tak sedapnya bila kebijaksaan dan kepandaian disalah gunakan untuk menunjuk-nunjuk kebagusan disamping menjatuhkan maruah, mencaci mencerca memburukkan dan menyusahkan orang lain. Aduh aku harap matlamat untuk memanjangkan silaturahim dan mengeratkan lagi persaudaraan penduduk di TS dapat dilaksanakan. Manusia seperti ini memang ada di mana-mana aku telah pun merasa dan melaluinya. Penduduk TS ni selain dari e-group ada halaman tabloid kami sendiri maka disitulah mereka meluahkan perasaan rasa ketidakpuasan hati dengan kata-kata yang agak tidak terpelajar sungguh. Wah kini di TS sudah berpuak-puak. tapi nampaknya geng pompuan tidak terlibat langsung dalam hal ini. Apa-apa pun kami akan tetap meneruskan aktiviti2 kewanitaan kami.

Semalam Fifah and Shima menyerbu rumah aku sebelah petang sebab nak ajak berjumpa Ustazah. Tapi alamak waktu itu aku tengah sibuk berperang di dapur memasak lauk untuk dinner maka tak dapat le aku nak bersama mereka berdua untuk membincangkan tentang kelas agama yang kami ingin laksanakan. Nampaknya selepas ini bacaan Yaasin hanya boleh dibuat sebulan sekali. Dan 3 minggu lagi kami akan buat kelas agama yang merangkumi kelas Solat, Tauhid, Feqah dan Al-Quran. Aku harap aku akan dapat manfaat dari kelas2 yang dilaksanakan nanti kalau boleh aku nak mewarisi ayah menjadi guru agama dan memberi ilmu kepada orang lain pula. Dah lama aku mencari guru untuk mendalami ilmu-ilmu seperti ini. Banyak benda yang aku masih jahil.

Nampaknya penduduk TS dan sepakat untuk hire security guard bagi menjaga keselamatan taman kami. Untuk itu setiap rumah dikehendaki membayar RM35 sebulan. Korang rasa berat tak RM35 itteww. Aku pun tak tahu. Hunny belum bayar lagi.Untuk permulaan kami dikehendaki membayar RM70 sebagai deposit  Kat lorong aku yang aku nampak satu rumah aje (out of 7 yang berpenghuni dari 16 buah rumah) yang dah ditampal sticker"rumah ini dikawal oleh pengawal keselamatan". Selebihnya mungkin masih blur dan berkira-kira budget seperti aku. Don't worry petang ni aku akan pujuk hunny untuk bayar duit guard dan juga duit surau. Aku pulak nak sediakan duit untuk kelas agama aku. Itulah perkembangan terkini dari Taman yang aku cintai. Sekarang petang-petang aku merelease tension dengan bermain layang2 di tepi tasik bersama anak-anak aku.

5 comments:

NBK466 said...

Udah berbayar tuh harap Pak Guard akan menjalankan tugas dgn penuh dedikasi...chewah... Idup Pak Guard!!!

NONIE AZIZ said...

sebenarnya benda nipun ada berlaku kat Puncak perdana gak...siap ada tiga team tu......aku semua group aku masuk...ok gak kalau ada guard sekurang2 nanti kalau balik kampung tak risau...

tee said...

bayar je la... utk safety sekeluarga gak.. kat puncak alam msa baru2 bukak dulu, derang sendiri yg jadi guard ala-ala rukun tetangga gitu... masing2 take turn.. alhamdulillah tak de kejadian yg tak diingini berlaku kat fasa kitaorang. cuma kat fasa laik lak yg selalu terjadi break-in. nasib baik tak diapa2kan orang kat dlm rumah tu..

Amir Syafiqah said...

Zira, dulu 'selim', la ni dah naik sana sini, berlari/berjalan sikit dah mengah, tu yg aku declare 'gumuk' dan nak turunkan sikit yg mana naik tu...Utk kesihatan gak...
:P

y@tipruzz said...

dasat eh kak konflik kat TS skang..cian adnan sampai merajuk bunyi email dia huhu