Aku balik kampung weekend baru ni. Kami balik Muo dulu. Mak kata durian banyak yang dah gugur tapi rupanya mak tak tahu yang anak dia dah tak makan durian sangat dan mak memang dah tahu menantu dia (bukan hantu occay) yang sorang ni memang hantu durian. Cuma aku memang dah control mengambilan durian kerana bila memikirkan kandungan kalori seulas durian humang aii takut dibuatnya lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni bila berjumpa dengan kawan2 lama tak de yang kata “uisshh kau dah kurus laaa” sebaliknya semua memberi ayat-ayat kontra yang tak sedap didengar oleh telinga ku ini. Tapi itu satu kenyataan yang aku harus terima dan ambil sebagai cabaran. Selalunya bila beraga depan cermin aku akan cuba menidakkan imej yang terlihat itu adalah diriku sekarang sambil berlawak menyalahkan hunny yang tak nak bagi izin aku peggy untuk kali ketiga…huaarghhhh aci tak alasan aku ittewww kawan-kawan. Dan pagi tadi dalam perjalanan ke opis langit sungguh cerah dan awan sungguh cantik. Aku terlihat segumpalan awan besar putih di langit yang bersih.”Kakak cantik awak tu gemuk kan”. Tanpa insuran deena menjawab “ahah gemuk macam mama kan”. Adus sabar aje lah.
Tapi dalam dok control2 tu…masa kat muo sempat aku rembat 2 biji durian sedehana besar tanpa bantuan sesiapa. Deena ngan Ilman pun sama macam addy tak makan durian. Kata deena bau durian busuk. Iskhh anak-anak aku ni…banyak belah addy sampai deena tu mengaku dia anak jawa bukan anak melayu. Last sekali tengok hunny makan durian masa kami baru2 kawin. Kami berdua ni naik motor ke dusun di bukit. Masa tu memang tgh musim durian..hunny kutip durian masa tu dapat dlm 6 bijik..dia kupas 2 bijik pastu dia makan seulas selebihnya aku yang pulun sorang2. Sejak dari tu memang tak pernah tengok dia makan durian lagi. Pelik betul
Kami tiba KU tengah malam tu pukul 1.30 pagi sebab kami bertolak lepas aku habis kelas agama malam tu. Pelik betul lah hunny ni dia selalu buat keputusan tak plan dulu. Tergesa-gesa dan semuanya main up jadi. Aku ternganga-nganga..yang aku tahu dia cuma kata mak saya telefon suruh balik kampung ada hal sedikit. Bunyik macam urgent aje. Nasib baiklah isteri dia yang terchenta ni flexible sedikit dan boleh le nak fixkan diri dengan mana-mana situasi. Maka aku pun terpaksalah mengikut perancangan yang tak dirancang oleh suamiku itteww. Balik kampong memang merupakan therapy untuk diri aku. Tak kiralah balik melaka atau muo. Dua-duanya memang membuatkan aku rasa seronok suasana kampung yang sejuk nyaman bunyik monyet, bunyik unggas dan binatang hutan air sungai air tasik dan air laut. Memang best lagi-lagi kat muo lepas bangun solat subuh tu pastu lepak dulu kat depan rumah uisshhh sojuk..
Semasa kat muo biasalah agenda aku yang sentiasa di updatekan oleh MIL dengan isu2 terkini yang berlaku dikalangan adik beradik hunny. Minggu ni kat umah mak hanya ada 4 orang anak lelaki mak termasuk saiful dan ajam. Saiful baru aje dapat anak perempuan yang pertama 5/6/06 heehh liza bersalin cepat sejam..kalau tak anak dia lahir 06/06/06. Kalau aku ada time tu sure aku suruh liza hold dulu jangan bersalin sebab dia bersalin masa tu dah 12.30 malam 5/6..Izzah Qaimah nama anak diorang. Ajam plak sampai harini aku masih belum berjaya bersembang dengan dia. Walaupun dia tu peramah dengan kawan2 pompuan bila tiba balik kampong jadi pendiam lah pulak. So memang tak berpeluang nak bercerita berbanding dengan saiful yang lebih rapat dengan hunny berbanding adik-beradik yang lain. Ajam kes dia dengan perempuan tu masih tak selesai. Mak dengan abah sampai pening kepala sebab perempuan tu datang rumah dengan abang2 dia sebab nak kepastian dari abah pulak. Abah tegas kata kami tak setuju kalau ajam nak kawin dengan dia. Teruk betul kemaruk pompuan tu dengan Ajam.
Kami balik Melaka sabtu petang tu pun dah dekat2 senja. Itu pun selepas puas memujuk cik abang sebab katanya tak plan pun balik Melaka kali ni. Iskhh tak aci kata aku sebab setiap kali balik melaka mesti kami balik muar. Ini antara cabaran2 orang yang dah berumahtangga masing-masing nak duduk lama kat kampung masing2. Sempat gak aku bermasam muka dengan hunny yang buat muka toya bila aku ajak balik melaka pada awalnya. Akhirnya terpaksalah cik abang aku tu mengalah (aku tahu dia sayang kat aku) dan kami sampai melaka jam 7.30 malam. Yahuuu heeh heehh aku menang walaupun senjata aku bukan dengan air mata…tapi balik dari melaka aku kena bayar tol perjalanan balik KL nanti…tak pe lah tak kisah as long as dapat balik kampong jenguk mak dengan ayah itu yang penting. Lagipun aku kesian gak kat hunny sebab balik muo tu dia dah isi minyak RM60 ngam-ngam aje untuk jalan KL-Muar-Melaka pastu nak kena isi minyak gak lagi nak balik KL nanti pastu tol lagi dekat RM20…so kira cam kesian jugak dia nak bayar semua.
Dari Muo MIL bekalkan durian dalam 8 bijik. So instead of bawak balik KL (tak siapa yang makan kecuali diriku ini) aku suruh mak masak pulut durian kat umah boleh gak jamah2 kan makcik2 aku nanti. Maka petang tu dapatlah makan pulut durian. Kat kampong aku ronda-ronda lah kebun aku yang dah semak penat pujuk hunny tolong meracun tapi dia malas nak layan…heehh heeh masih marah ke yang muaahh I love you. Nampaknya rambutan gula batu memang banyak buah tapi belum mencelah lagi. Mungkin bulan depan sedang elok aje kot kalau aku balik. Pisang memang banyak betul tapi balik kalini tak de plak pisang nipah yang masak. Cuma aku bawak balik setandan pisang restali kot…iskhh aku bukan kenal sgt pisang selain pisang tanduk, nipah dan pisang emas. Pokok durian ada sebatang aje kat kebun tu itu pun macam pokok tak cukup zat lain2 pokok mangga, nagka, cempedak, limau kasturi (yang sgt lebat buahnya), langsat, pulasan, ubi petai jering…memang sedang tunggu masa untuk mengeluarkan hasil. Kalau aku dok kampong ni sure banyak lagi pokok buah-buahan yang aku akan tanam.
9 comments:
huwaa..aku dah teringin deghoyan....
dapat gaji nanti, mesti aku nak beli sebijik kat pasar malam...
wah bestnya makan doreyan kampung
adeiii.... dah lama teringin nak makan deroyan. suh pakwe beli x beli2 pun. sib baik teringin biasa jerk. kalo teringin tgh bunting.... melelah ayo liur anak
nak beli kat pasar malam pun mahal ler doyan skang nih
aku tak brape suka durian tapi apa yang pasti masa aku mengandungkan syasya aku boleh etringin nak makan durian!!
macam baca halaman pertanian plak ehehehe..
aku balik kelantan ari tuh punyalah teringin nak makan durian. Hubby beli sampai 10 bijik. AKu makan cuma 2 ulas hahahaha
aku suka giler durian tapi sejak dua menjak ni aku muntah bila bau durian.. kenapa eh? uwaaa aku nak duriannnnnnnnnn
sonok kan zira layan durian... best gilerr...
Memandangkan KS bukan Hantu Durian.. cuba2 lah buat R&D pengganti petrol dari durian... buleh balik kampung sokmo..hi..hi..hi..
Aku pun ckp benda sama kat anak dara aku pasal awan cantik semalam, tp dia xdela respon 'cute' cam deena tu.
Aku dah nekad sblm beranak aku nak melantak durian dulu. Dlm pantang boleh belasah tak ?? hehe
-z.i.e-
Post a Comment