Wednesday, June 28, 2006

Inilah aku tak habis-habis...

Mulanya aku bercadang menulis blog di pagi hari kerana hatiku yang sangat happy tatkala dua pasukan pujaan hatiku menang dalam perlawanan bolasepak tengah malam dan pagi tadi. Bravo Brazil and France tapi yang tak bestnya dua-dua akan bertemu dalam perlawanan selepas ini mcm final world cup 1998 tak aci sungguh. Demi Ronaldinho next game aku sokong Brazil untuk menang ke perlawanan seterusnya. Anyway aku terlupa plak pagi tadi kami ada monthly gathering. Pastu dapat plak kerja-kerja data conversion untuk CSI project kami. Leka sat but now is lunchtime jadi kononnya nak menulis sekarang tapi terlupa plak yang harini hari rabu dan ada kelas Arab. Tapi sekerat jalan ke tingkat atas kelas di batalkan. So now I’m here in front of my pc sambil jari menari-nari mencurahkan idea.

 

 

Malam tadi buat sekian kalinya aku berjaya menyelinap ke BB dengan siapa lagi korang pun dah boleh teka kan untuk menikmati air hijau. Dengan menaiki Opel frontera yang dah dipasang radio sony yang baru…heehh sabar ajelah kalau fifah baca blog ni harus aku kena luku…bukan apa terasa lebih seronok perjalanan dengan 4x4 yang dah ada radio power. Tapi malangnya air hijau yang menjadi pujaan dan sanjungan pelepak tegar TS telah memberi kemudaratan kepada aku. Al-kisahnya selepas kami membuat booking lane bowling di warta maka kami pun bercadang mengisi perut dulu di air hijau. Aku makan mihun sup dan fifah makan tomyam tulang dan kami order air hijau. Kalau nak tahu air hijau ni rasanya seperti makan ais krim ‘split’ kegemaranku ittew. So aku assume korang dah boleh jangka mcm mana rasa air hijau. Kandungannya ialah air lemon yang di campur ais krim vanilla bersama green jelly dan juga jelly yang bulat2 kecik tu. Memang lah sedap aku memulun tapi aku tak tahu apa ingredient dalam tu yang berjaya membuat aku dapat semput dan muntah tengah2 malam buta. Sepanjang malam aku terbatuk-batuk dan asyik terjaga akibat semput tak boleh bernafas ok…kalau setakat batuk-batuk biasa tu oklah lagi. Akhirnya aku terpaksa bangun dan batuk dalam toilet dan memuntahkan segala isi perut aku habis semua lend*r asma aku keluar dengan banyaknya. Lepas dah keluar semua tu terus jadi lega. Pelik sekali sebab rasa mcm makan ubat semata-mata untuk buang segala lend*r. Hmm haruskah aku menjadikan air hijau semalam yang pertama dan terakhir…tapi semalam masa tengah dok sedap makan berangan gak nak bawak mak dan ayah makan kat situ sebab makanannya boleh tahan jugak sedapnya.

 

 

 

Balik kampong baru ni aku berjaya bawak balik tikar Sarawak yang aku kirim adik lelaki aku semasa dia kerja di pelantar di Miri. Tikar tu memang dah lama ada kat umah Melaka Cuma aku saja yang rasa malas nak bawak balik KL. So balik kampong tu kereta memang penuh dengan tikar sarawak dengan pasu yang dah siap bertanam pokok bunga sebanyak 6 biji pasu tu memang aku punya tapi pokok tu ditanam atas belas ehsan mak…heehh dalam masa tu sempat aku tibai pokok langsuir mak dua pasu kecik. Aku kan sekarang dalam mood menghias rumah. Kah kah kah kekadang aku ni pelik betul dengan diri sendiri. Nak hias rumah pun ada masa pasang surut. So now aku dah arrange letak tikar Sarawak kat living. Display cabinet pun aku dah ubah buat style corner cabinet. Kebetulan bulan lepas aku pi beli tikar palembang (geng tikar Sarawak jugak tapi jenis petak2 kayu kecik). Memang dah lama suka tikar ni tapi tak beli-beli jugak. Walaupun harganya tak padan sungguh 5x7 size pada harga RM250 aku tak tahu le murah ke mahal tapi aku tengok kat anjung seri selalunya kalau size mcm tu harga RM380 so aku pun grab aje lah satu. Tikar tu aku letak kat dining area untuk alas meja makan. Meja makan pun dah arrange letak bagi center. Pulun aku ubah-ubah perabot sampai hunny pun pening kejap ubah camtu kejap ubah camni. Yang dia pening kan tu pasal nak ubah almari aku jerit dia mintak tolong, nak alih meja makan pun aku jerit dia jugak. Tak senang kawan tu nak tengok tv…heeh hehh..Biasalah orang kretive dan terlebih rajin macam aku ni memang cepat boring kalau tengok perabot tu static aje kat situ berbulan-bulan. So sekarang ni kira aku rasa puas hatilah susun atur perabot aku tu. Tapi tu pun tak tahulah bertahan berapa lama. Knowing me very well aku ni memang cepat jemu dan suka nak ubah sana ubah ni. Ni pun dok fakir balik pasal cermin besar yang aku ngan fifah plan nak tempah. Hai nampak mcm jadi aje…sabar aje lah

2 comments:

tee said...

waa, bizi nye interior deco kite ni. nak lawan eric ke? tapi, memang kalau asyik cam tu jer suusnan memang boring kan. tikar palembang tu memang ok. tapi yg tak ok nye, sebab ada lubang2. kalau nak nyapu mesti jenuh gak tu. :0 tapi KS kan jenis rajin, so tak de problem kut ? he he he...

selamat menghias rumah.. :)

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.