Aku kat opis di HQ. This week aku busy dengan financial evaluation untuk project security. Jadi selama seminggu aku bertekek kat HQ dan terpaksa menumpang pc orang kalau nak cek email dan nak update blog. Kecualilah benda ni siap awal maka aku boleh balik ke opis aku semula
Harini nak cerita betapa agak penatnya weekend aku yang baru ni. Sabtu tu aku tak kerja so kesempatan cuti yang aku ada aku gunakan untuk buat washing pakaian seminggu. Humang aiii tak pernah2 dibuat aku. Selama ni aku buat washing 2 kali seminggu tapi ntah camner agaknya minggu kemalasan aku pada minggu lepas jadi baju memang menimbun2. terpaksa lah basuh 2 kali round walaupun washing machine aku tu boleh tampung 11kg setiap kali basuhan. So boleh imagine bagaimana banyaknya baju kami 4 beranak Paling banyak of courselah baju budak berdua ittew sebab sehari 3 pasang baju bagi deena dan 3 pasang baju bagi ilman. Lepas sidai baju so aku bersiap2 untuk masak. Tapi dalam pukul 12.00 tu hujan pulak turun. Kelam kabut dengan baju yang menimbun terpaksalah rumah aku jadi mcm pusat dobi. Baju tersidai di tangga di sofa meja makan dan ampaian bulat. Sungguhlah tak cun permandangan rumah aku pada hari sabtu tu. Jadi terpaksalah aku tak mesra jiran sket sebab kena lah tutup pintu. Satgi orang terjengul depan muka pintu umah aku ada yang terkezut dan pengsan tengok kain baju yang menimbun itu.
Kami tak ada aktiviti yang menarik weekend baru ni. Lepas hunny balik kerja kami just leparking anak beranak tengok tv dan titun. Petang tu aku keluar untuk cari sesuatu yang aku nak bawak ke hi tea umah cikgu zura ni. Hmm dah tak leh nak fikir dah last2 aku beli buah tembikai dan sedikit buah plum. Hi tea cam biasa tapi kali ni kedatangan tak berapa memberansangkan. Anyway dapat jugak berkenalan dengan ramai lagi muka2 baru kat TS. Termasuk berkenalan dengan kak umi yang glamer kat forum lagi satu tu.
Hari ahad kami ada wedding yang nak di kunjungi di Pantai Dalam. Sebelum tu pagi2 lagi hunny dah ajak pergi main heli. Aku ok aje. So pagi tu sebelum sempat sarapan kami keluar ke hulu langat untuk teman hunny main heli dengan geng2 dia. Dah lama jugak kami tak ke
Habis main heli 10.30 kami singgah breakfast dulu kat restoran Aziz. Pastu balik umah, cuaca agak panas aku settlekan kain baju yang masih lembap dan sidai semula kat luar sementara kami bersiap2 untuk ke wedding. Sementara tunggu Is datang kain baju aku pun dah kering. Sampai ke majlis dalam pukul 1.00 banyak lah muka2 opis mate yang kami jumpa. Pastu kami habis makan GM plak tiba dan duduk sebelah kerusi kami. Balik dari wedding kami singgah umah moklong. Lama gak aku tak ke
Petang tu is mulanya nak ajak ke nilai untuk carik tiles…aku memang dah ok aje. Hunny pun ok aje sebab kami memang tak de agenda petang tu. Tapi makcik tu malas pulak so tak jadi. Kami balik TS semuanya dah melepak. Tidur dulu pastu belah petang kami ke
2 comments:
tiles dekat White Horse, nilai tu ker? murah tak?
byk sungguh aktiviti kejiranan KS. Bagus aa gitu.
Post a Comment